Monday, June 29, 2009

Demokrasi di Malaysia? Ye ke ni...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Aku terpanggil untuk luahkan pa ang aku rasa satu ketidakadilan di dalam sistem Demokrasi di Malaysia.

2. Aku sekarang duduk di Johor, jadi kadang2 tu dapat la tengok siaran TV 2 buah negara jiran kita iaitu Singapura dan Indonesia.

3. Semalam sewaktu bermalam di JB, aku amik peluang la menonton TV Indonesia. Tengah tengok satu cerita best iaitu "Pemberian Misterius" (jap lagi aku citer pasal citer ni), tetiba kuar la iklan. Aku pun tengok la dengan penuh minat sebab nak bandingkan dengan iklan TV Malaysia.

4. Lebih kurang je pun iklannya. Contoh kalu iklan sabun, sama ke cuma yang bezanya jenama sabun tu. Hehehe... Ok, tetiba kuar la satu iklan yang menarik. Rupanya iklan kempen pilihanraya Presiden Indonesia.

5. Mula2 aku tgk kempen Presiden skrang Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dengan pasangannya Boediono dalam TV tu. So kuar la janji2 politik yang akan dilaksanakan. So aku pun just wat biasa la sebab tau SBY tu Presiden skarang. So bila ditampuk kuasa, kuar TV tu biasala.

6. Tapi bila tiba sesi iklan skali lagi, aku teruja sebab kuar pula kempen pesaing SBY-Boediono iaitu Megawati Sukarnoputri - Prabowo Subianto. So TV tu pun tunjuk la apa pula janji2 Megawati andai terpilih menjadi Presiden Indonesia.

7. Aku terpikir, bagaimana pula di Malaysia sewaktu Pilihanraya? Xkisah la pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Adakah berlaku sama seperti di Indonesia? Adakah kedua2 pihak iaitu kerajaan dan pembangkang diberi peluang untuk berkempen di TV? Aku rasa semua tahu, hanya satu pihak je yang boleh kuar kat TV. Semua siaran TV perdana dan radio hanya menyiarkan kempen sebelah pihak yang berkuasa sahaja.

8. Kenapa pihak yang satu lagi dinafikan hak untuk dapat kemudahan yang sama? Kalau nak kata itu TV kerajaan, kita kena ingat duit untuk kerajaan berfungsi, peratus terbesar pun datang dari cukai yang dibayar kerajaan. Kerajaan yang sebenar adalah kerajaan rakyat bukan kerajaan parti. Anda setuju?

9. Malam tu pula aku g kedai makan. So ambil la peluang tengok Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam. Seperti biasa la, mesti ada berita tentang H1N1 yang makin teruk menular di negara kita. Then kuar la berita pasal pilihanraya kecil di Manik Urai.

10. Apa berita pasal Manik Urai tu, aku xyah la cerita. tapi berkisar tentang calon dari parti yang bertanding. Apa yang menimbulkan rasa kurang selesa adalah sikap tidak professional media tersebut iaitu TV3.

11. Apa motifnya menyebut calon dari PAS hanya seorang 'pemborong ikan'? Kenapa tidak disebut peniaga ke, usahawan ke? Sedikit rasa kurang selesa dengan ayat yang digunakan media.

12. Entahlah, korang suma pikir la sendiri yang samada adanya keadilan atau tidak........ Oh ya, aku bukan menyebelahi mana2 pihak ya. Sekadar rakyat yang menilai setiap yang berlaku dalam negara tercinta ni...

13. Ok, pasal cerita "Pemberian Misterius" yang aku cakap tadi. Memang sangat2 menarik cerita ni. Cerita ni nak cari orang yang betul2 punya hati yang ikhlas nak bantu orang lain dengan menggunakan seorang pengemis yang pakaiannya kotor, tidak terurus dan rambut yang kusut masai.

14. Pengemis tu akan berjalan dan jumpa jer sape2 dia akan cuba dekati. Ala, macam kita jumpa pengemis kat jalanan tu la. Then mesti hampir kesemua kita akan lari. Btul x?

15. Ok, bila pengemis tu berjaya tegur sape2, dia akan mulakan untuk minta bantuan orang ni. Dia akan minta tolong hantarkan satu bungkusan berisi wang ke satu rumah yang alamatnya ada dalam bungkusan tu. Bila buka bungkusan tu akan nmpak la wang n alamatnya. Mean that orang tu tau dalam bungkusan tu ada duit. Disini la nak uji kejujuran orang tu pulak.

16. Suma individu yang pengemis tadi jumpa semuanya xnak tolong. Smpailah kepada seorang pakcik ni, nama dia Pak Sukarno. Pak Sukarno seorang pengawal lalulintas jer. Pengemis tadi dekati Pak Sukarno ni, then cakap nak minum. Pak Sukarno ni belikan air untuk dia. Kemudia baru la dia ckap nak mintak tlg antarkan wang tu kepada satu keluarga yang pengemis tu kata adik dia.

17. Pak Sukarno ni setuju nak bantu. Dia siap tanya kepada pengemis tu, "bapak percaya sama saya?". Ye la kan, silap2 kang Pak Sukarno tu kebas duit tu lak.

18. Sebelum Pak Sukarno nak beredar, pengemis tu uji lagi Pak Sukarno. Dia pesan minta belikan roti untuk adik dia tu. Pak Sukarno setuju dan siap belikan untuk pengemis tu sekali.

19. So bila Pak Sukarno g hantar, rupanya adik pengemis tadi satu keluarga yang sangat susah. Nama adik pengemis td Sutinah. Ibu Sutinah ni anaknya pula cacat sejak lahir lagi. Duduk pun di rumah nelayan yang mana hanya satu bilik untuk didiami oleh satu keluarga.

20. Lepas je Pak Sukarno bagi wang dan roti, menangis2 keluarga ni. Sebak gak aku tgk babak tu. Then selepas tu, Pak Sukarno pun balik la.

21. Kemudian di rumah Pak Sukarno, sesuatu yang surprise menanti keluarga Pak Sukarno. Ketika wakil produksi ke rumah Pak Sukarno, dia xbalik kerja lagi pun. So hadiah misteri tu akan diberikan kepada keluarganya. Hadiahnya adalah satu lori yang penuh dengan ayam hidup untuk diternak. Menangis2 keluarga Pak Sukarno ni. Oh ya, keluarga Pak Sukarno ni pun keluarga susah tau.

22. So bayangkan, diri sendiri susah, tapi bila lihat orang lagi susah, adakah kita akan sedia membantu seperti Pak Sukarno? Renungan untuk aku sendiri dan kawan2 semua....

23. Apa yang wat aku tertarik adalah konsep yang digunakan dalam "Pemberian Misterius" ni. Keluarga susah seperti Pak Sukarno dibantu bukan dengan beri wang ringgit tapi satu benda yang boleh diusahakan dan dengan benda tu boleh merubah kehidupan keluarga tersebut.

24. Aku rasa kaedah ni lagi berkesan untuk membantu keluarga miskin. Kalu di Malaysia, kita ada rancangan "Bersama mu". Aku kurang setuju dengan cara memberi wang, tapi beri benda yang boleh diusahakan. So faedahnya adalah untuk jangkamasa panjang..

25. Jadi kalau ada sape2 yang kenal dengan pihak TV3 atau produksi "Bersama mu", cadang2 kan la ya konsep "Pemberian Misterius" td tu..

Wassalam...

Monday, June 22, 2009

hari ini, 22 Jun 2009..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. First of all, Selamat Ulang tahun kelahiran yang ke-59 buat ayahanda tercinta, Hj. Mohd Yazid bin Ibrahim yang berada nun jauh di Ipoh sana. Semoga abah yang terbaik kat dunia ni kekal diberikan kesihatan menjalani kehidupan seharian bersama emak tersayang. Aminn...

2. K, arini gak aku jumpa kawan2 di UMP dekat Bandar Penawar ni. Aku g pejabat pos bayar bil, tetiba ternamak sorang mamat ni. Tgk mcm kenal jer. Rupanya mmg kenal pun, dak meki UMP. So kami tukar2 la no n janji nk makan melam sesama. And yang bestnya, ada lagi 3 orang dak UMP yang keje skali dgn dia. Salah sorangnya Vicky, dak letrik gak.

3. So tadi kami jumpa la kat Tasik Bandar Penawar. Macam2 citer kuar. So pasni xla aku bosan dah kat Bandar Penawar ni, da jumpa geng. Insyallah la xde lagi la makan sorang2, kuar g Kota tggi sorang2 n xde lagi dah kot g tgk wayang kat Jusco Tebrau City sorang2 macam aritu. Hahaha..

4. Arini gak aku rasa sgt best sebab cuaca mendung sepanjang ari. Xnampak lgsg matahari. Tgh mlm smlm ujan, so pagi td jalan mash basah. So xbajet la mendung jer. Tgk2 mendung sampai kepetang. Kan best kalu cuaca berterusan camni, tak la aku ni makin gelap. Hehehe..

5. Ada satu situasi yang best berlaku masa sembang pasal mendung ni...

Aizat : Kalau macamni tiap2 ari kan senang...

Hairul : Tak jugak. Kalu mendung jer, nak cat paip pun susah..

Aizat : Tu ar pasal. Time kita nak wat keje luar, sikit pnya panas. Mintak mendung.

Tapi time mendung nak wat keje yg perlu panas lak..

Hairul : Tu la dugaan keje namanya..

Mamat : Tu maknanya hidup ni ada tuhan..

Hairul & Aizat : ........

6. Perghhh..memang best dialog terakhir tu. Leh wat jadi pengajaran. Tu pasal aku share dengan korang suma.

7. So, ape2 pun kita wat, kita kena ingat ada yang Maha Berkuasa yang memerhatikan kita ya..Sama2 kita tingkatkan amalan kita disamping kita mengejar dunia ini. Insyallah..

8. K ar, da ilang lak idea aku. Nanti aku tulis lagi ya.

Wassalam..

Wednesday, June 17, 2009

I'm back...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Hari ni genap sebulan 2 hari aku tak update blog ni. Hari ni gak genap umur aku 24 tahun 1 bulan. So dalam sebulan 2 hari ni macam2 perkara yang berlaku. mana yang aku ingat je la aku leh tulis dalam ni..

2. Firstly, Selamat Pengantin Baru kepada Akmal Hariz bin Mansor a.k.a sepupu aku yang selamat diijab kabulkan dengan wife dia 2 minggu lepas di taman Melawati. Minggu lepas, 13 Jun pula kenduri sebelah laki kat kampung aku di Pedas, Rembau.

3. So kat sana dapat la aku jumpa mak abah n adk bradik aku setelah sekian lama xjumpa. Rindu oo.. Suma balik kali ni. Ha, ada satu pengajaran untuk aku sewaktu kenduri ni iaitu, 'kalau kenduri sepupu, xpayah mengade-ngade nak pakai segak2. Pakai t-shirt sudah..'

4. Alkisahnya, aku dan sorang sepupua aku, Izzul Syafiq a.k.a Kacang pakat la pakai kemeja pagi Sabtu tu. Tiba je kat sana, xsampai 15 minit da kena dduk kat tempat basuh pinggan. Mula tu tahan la gak basuh pakai kemeja, tapi da asik kena kutuk je, kitaorang terus tukar pakai t-shirt. hampeh tul..

5. Lepas kenduri tu, aku cabut lari ikut mak abah g dusun durian even keje kat kenduri tu banyak lagi. Hahaha.. Kitaorang satu family ikut family kak long g dusun durian kat Linggi. Dusun tuan umah sewa yang kat KL tu. Da lama aku xmakan durian sepuas-puasnya. aritu aku belasah memang xingat pnya. Aku bajet kalu demam pun xpe, puas ati. Tapi Alhamdulillah tak demam.

6. Emm..ape lagi ya yang aku nak citer kat sini. Tadi macam banyak idea. Tapi skang da ilang. Adeiii.. Banyak yang berlaku pun pasal keje la especially kat site. Macam-macam jenis manusia aku jumpa. So macam2 jenis dugaan gak la aku kena hadapi. Insyallah aku akan kuatkan ati untuk survive dalam bidang ni. Amin..

7. Aku dapat makluman yang tarikh konvokesyen aku 3 dan 4 October. So lepas raya la. Aku rasa dah xsabar lak nak g konvo. Leh jumpa kawan2. Aku jamin mesti seronok bila masing2 bukak cerita n pengalaman masing2. Huhuhu...

8. K la, insyallah aku akan antar posting lagi minggu ni. Actually aku dapat broadband ni da dekat 2 minggu tapi baru malam ni aku tetiba jadi rajin nak update blog ni. Hehehe... Kemalasan menguasai diri ini...

9. K ya, jumpa lagi.

Wassalam..




Friday, May 15, 2009

Lamanya..

Assalamualaikum..

1. Lamanya aku tak antar posting kat blog ni. Kesibukan bekerja yang asyik keluar sana sini membataskan aku nak menulis dalam blog nih.

2. Jangan kata masa nak tulis blog, masa untuk diri sendiri pun da semakin kurang rasanya. Takpe la, nak berjaya mesti ada sesuatu yang kita korbankan. Balasan pengorbanan suma tu akan tiba nanti. Insyallah.

3. Dulu masa mula keje, aku bawa la juga laptop ni. So ade masa free kejap2 tu leh la online jap. Tapi masuk je mggu kedua, aku da mula xbawak laptop. Sebabnya banyak masa diluar ofis berbanding masa kat ofis.

4. Kena ulang alik g Raub, g antar tender da g jumpa macam2 orang. Yang terbaru aku kena outstation kat Bandar Penawar, Johor. Ade projek IKBN kat sana. Jauh lak tu, kira2 5 jam dari KL. 5 jam kalu naik kete bos, kalu naik ABU, mau 7 jam. Hahaha..

5. So lepas ni aku rasanya bukan stakat seminggu dua aku xupdate blog ni, mau cecah sebulan kot. Aku da kena stay kat Bandar Penawar mula isnin ni (18 Mei). Tak tau la ape nak jadi kat blog ni pasni..

6. Ape2 pun, aku enjoy la dengan keje aku skang ni. Macam2 bnda baru aku blajar. Tq sgt2 la kat bos aku yg stylo tuh. Hehehe..

7. So, mcm aku ckap td, pasni aku akan kurg da antar posting baru.. sape ang free2 tu, teruskan la berblog ya...

Sekian, wassalam....

Friday, April 24, 2009

Susah sangat ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Mesti ada yg tertanya2 kenapa dengan tajuk posting aku kali ni kn? Ya, persoalan utama aku adalah "Susah sangat ke nak wat keputusan?".

2. Aku sebenarnya dalam dilema dengan banyak sangat perkara yang memerlukan aku membuat satu keputusan yang terbaik samada untuk diri sendiri atau melibatkan orang lain. Terutamanya keputusan yang berkait dengan kelangsungan hidup masa depan.

3. Ya, aku dah merasa cmne susahnya bila bekerja. Aku da sedar bahawa ayat " bestnya kalu keje nnti" yang sering terkeluar masa belajar dulu, tidak membawa maksud seperti yang diharapkan.

4. Memang la da keje xyah pikir dah pasal kuiz ke, assignment ke, test or final exam (or yang paling best PSM tu la), tapi dari segi masa untuk diri sendiri, kawan2 dan keluarga, waktu belajar la yang paling banyak untuk suma tu. (betul ke ayat aku ni??)

5. Seronok sbnarnya keje especially kalu bnda yang kita minat. Bukan maksud aku, aku tak enjoy or suka keje yang aku dapat skang ni. Cuma kadang2 tu rasa serabut, maybe sebab2 tertentu yang aku je tau or org2 yg da keje je tau. Hehehe..

6. Kenapa ya kita susah sangat untuk capai keputusan dalam satu2 masalah? Actually, bukan kita rasanya. Aku ni kot yang alwaz susah nak wat keputusan.

7. Maybe sebab aku ni terlampau banyak sangat consider pada sekeliling aku ke? Or sebab aku terlampau pikirkan kesan buruk setiap keputusan aku tu ke? Atau memang aku terlampau banyak pilihan untuk setiap masalah yang timbul tu ke?

8. Otak aku kadang2 tu sampai terproses rasa takut bila pikirkan hal masa depan especially bila sentuh hal kewangan. Tak tau la kenapa ya. Betul la cakap orang dan cakap aku sendiri, masalah ni kalu terlampau sangat dipikirkan, leh wat gila.

9. Then kalu tak dipikrkan pula, nnti masalah tu yang menghantui kita. Adus, bisa buntu kalu alwaz cenggini.

10. Tapi as seorang Muslim, aku yakin semua ni dugaanNya untuk uji kekuatan aku. Dah memang dijanjikan Allah, manusia takkan diuji dengan ujian dan dugaan yang tak mampu tertampung oleh seseorang tu. Aku juga yakin aku boleh hadapi semua ini dan juga dugaan yang mendatang. Insyallah..

Arghhh...serabutnya...

Monday, April 20, 2009

Susan Boyle??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Ada satu video yang aku rasa ramai yang dah tahu, seorang wanita berusia 47 tahun yang memiliki suara yang mantap (tapi kena ingat, suma tu ciptaan dan kurniaan Allah jua)..

2. Yang bestnya, masa mula dia masuk pentas waktu sesi Britains Got Talent 2009, ada muka2 yang mencebik, mulut2 yang mengata dia. Ye la, dari segi penampilan dia agak kureng la. Tapi once dia nyanyi, suma tergamam!

3. Laman Youtube dia setakat ni pun dah di'view' oleh lebih 33,000,000 @ 33 juta orang dari serata dunia. Dahsyat gak tuh..

4. Nk URL Youtube tu, korang klik je tajuk postong nih ya.

5. Sekadar berkongsi dengan sesape yang maybe tak tahu lagi..

Sekian, wassalam.

Saturday, April 18, 2009

Proton Exora Prestige Concept..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Alhamdulillah, kita suma dah dapat tengok macammana rupabentuk model terbaru pengeluar kereta nasional, PROTON. Aku dulu ade gak masuk peraduan menamakan kereta ni, tapi belum rezeki aku. MAnatau untuk model seterusnya kot. Hehehe...

2. So kat posting ni aku bukan nak citer pasal Proton Exora yang dijual untuk orang ramai, tapi ada satu model concept car yang Proton wat guna platform Exora iaitu Proton Exora Prestige Concept.

3. Lepas aku tengok gambar2 Exora Prestige tu, aku da jatuh ati kat Exora ni. Hehe.. Bukan ape, bila baca spesifikasinya, aku rasa sesuai kalu Prestige ni digunakan oleh VVIP kat Malaysia ni. Kata pun nak support kereta buatan Malaysia kn?

4. OK, antara ciri2 Exora Prestige ni adalah kerusi belakang VIP yang leh dikawal secara automatik dan leh gak mengurut penumpang, sistem bunyi subwoofer 8 inci, 5.1 DVD player (ada 2 tuh), kotak sejuk (cooler box), dan meja sedia bina (built in la).

5. Ada lagi. Pemisah antara ruang pemandu dan penumpang belakang dipisahkan oleh satu panel cermin supaya ada privacy untuk penumpang belakang. Siap ada TV LCD 19 inci dan intercom tu. Da macam dalam kete limousine yg kita slalu tgk kat tv tu. Memang best...

6. Malas la aku nk citer lebih2 lg. Korang baca dan tgk la sndiri kat web ni ya. http://paultan.org/archives/2009/04/16/proton-exora-prestige-concept/

7. Thanks to paultan.org for the info.

Friday, April 17, 2009

Transformasi diri???

1. Kenapa sekarang ni aku rasa banyak benda da xsama macam dulu? Yang paling ketara adalah dulu zaman belajar tapi sekarang da masuk zaman bekerja. Sangat banyak bezanya.

2. Dulu dalam sehari, dari pagi smpai petang macam2 benda leh wat sebab kelas bukannya direct dlm sehari tu. Ada selang sejam la, selang 2 jam la. Siap leh tdo lagi semnetara tunggu next class.

3. Tapi sekarang ni, masa da xmacam tu dah. Masuk keje jul 8.30 pagi, sampai la pukul 5.00 petang. Rehat pun sejam je kul 1.00 tengahari sampai 2.00 petang. Nak tdo?? Mana sempat, dengan nak makan lg, nak solat lagi.

4. Dulu waktu tido tak kisah kul bape pun nak tido. Malam2 kalu xde wat ape, sempat je layan movie sampai lewat mlm, kadang2 sampai ke subuh. Kalu ngantok ke, penat ke, leh je tido kalu xde kelas. Tapi sekarang tak lagi mcm tu.

5. Balik keje je da kul 5.30 petang. G joging (amalkan gaya hidup sihat ya kawan2..), then da masuk magrib. Mandi, solat n apa2 yang patut, then kul 8.00 malam tgk berita sampai la pukul 9.00 malam. Kul 9 naik atas, xpun ajar2 Danial n Aleesya wat homework, da smpai kul 10 lebih. Kul 11 lak da rasa ngantuk.

6. Kalu nak stay smpai lewat2 leh je, tapi sok kat ofis siapla, zikir kat meja. Da la baru keje, xkn la nak tido plak. Agak2 ar. So, nak tak nak, kena la tido paling lewat kul 12 mlm. Cuma Sabtu malam Ahad je la kalu nak layan movie or wat so ever sebab Ahad je cuti..

7. Emm..ni la dugaan hidup sbnarnya. Mana ada bnda yg senang kn? Tambah lak baru mula keje ni kn, da lama2 sok Insyallah la ok. Juz doa la byk2 agar ape je kita wat dipermudahkan. Amin...

8. Ha, ak baru dpt surat agreement dari AJP. Selak punya selak, aku ternampak satu point iaitu pasal Employees Provident Fund (EPF) a.k.a KWSP. Statement tu kata "In accordance with statutory rates, which are currently, 11% by employee and 12% by Employer which sum shall deducted from Employee's monthly salary and contributed by the Company respectively."

9. Adei, aku mana la ingat da aku pnya KWSP pnya no. Aku jumpa admin, dia kata g je KWSP, tunjuk IC nnti diaorg bgtau la ape no account aku. Last skali aku ingat pasal KWSP ni masa aku keje kat Pliss Expressway masa lepas SPM dlu. Dalam 7 tahun lepas tuh..

10. Waa..banyak gak benda2 yg kena amik tau bila da keje. Dalam agreement tu pun ade je lagi bnda2 yg aku kurang paham. Xpe2, Hj. Yazid ada. Nnti aku tanya..

11. So, sape yg skang ni tgh belajar kat U, or kat mana2, abiskan sisa masa korg tu dengan sebaiknya. Nnti rindu maa nak belajar semula. Tapi yg best keje ni, xyah ingat da test ke, assignment ke, kuiz ke. Hehehhe...

12. K la. Aku nk wat2 rajin jap. Kang bos nampak asik ngadap laptop je, kang dia ngat ape plak kn? So, all da best utk korang suma untuk ape saja yang korang wat. Wat something tu, biar bnda yg kita minat ya..

Sekian, wassalam.

Thursday, April 9, 2009

Gaya Hidup Sihat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

1. Susulan dari posting sebelum ni, aku teruskan niat asal aku nak post pasal kesihatan. Actually, juz nak share apa yang aku wat as rutin tiap-tiap ari.

2. Memandangkan kat tempat keje baru ni aku abis keje awal, iaitu kul 5.00ptg (tapi Sabtu kene keje maa..), so aku ada masa untuk diri sendiri setiap petang. Kalu sebelum ni, kul 6.15 baru smpai umah. Tu pun paling awal.

3. Skarang, dalam pukul 5.20 aku da leh smpai umah. Jadi aku dah tetapkan tiap2 petang adalah masa untuk bersenam. Ye la, aku g UMP aritu, suma pakat tanya pasal perut aku yang makin sihat ni. Hahaha.. Ni belum kawin da naik, da kawin sok cmne la yek... Cuak2..

4. Aku dah mulakan rutin aku ni da seminggu. Minggu lepas Alhamdulillah aku dapat disiplinkan diri aku tanpa tinggal sehari pun joging. Penat beb! Ye la, last skali aku joging pun ntah bila ntah. Aku pun da xingat.

5. 1st day tu aku joging je. Abis basah kuyup baju aku. So 2nd day dan seterusnya aku berbasikal smpai ke padang tempat jog tu. So kat padang tu la aku jog n exercise macam2 gaya yg lain. Pumping la, sit-up la, star jump and so on. Aku guna la sedikit pengalaman masa aktif bersukan kat SMK Gunung Rapat dulu.

6. So, minggu ni masuk minggu kedua aku dgn rutin baru nih. Da timbul rasa malas lak ni ha. Adeii.. Baru seminggu.. Hahaha... Takpe2, aku bagi masa kat diri aku selama 1 bulan, nak tgk ada hasil ke tak, especially kat perut aku ni ha. Hahaha..

7. Oh ya, makan pun kena jaga gak kn? Ha, aku skang mlm da xmakan nasi. Tapi xla tiap2 malam tak makan nasi. Kempunan aku nnti..

8. Kalu ade sape2 yg ade idea cmne aku nk wat supaya lagi efisien untuk aku menjadi 'kurus' dan 'slim' macam dulu bgtau la yek. Korang pun sama gak, kena bersenam. Jgn sok da jadi mcm aku ni, susah ooo nak turun especially yg perut da makin ke depan. Hahaha...

9. Ok la ya, da leh balik umah. Nak g jog lagi. Sape2 yg nak join, leh la datang kat Taman Prima Selayang, aku tggu sana. Heheheh..

Majulah sukan untuk negara!

Sekian, wassalam..

p.s : aku jamin, mesti ada yg kutuk2 aku pasni. Hahaha...

6 Natural Tips for Deep Sleep

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ni ada artikel menarik tentang kesihatan. Kebetulan pulak aku pun nak tulis skit pasal kesihatan. Artikel ni aku amik kat Yahoo!.

Would you like to sleep like a baby without taking drugs? Americans spend upwards of 3 billion dollars a year on sleep medications, but to avoid the side effects, there are a number of natural remedies you can try first. Read on to learn some of the ways to get a good quality night's sleep.

1. Relaxing Rituals to Rest Easy
In Chinese Medicine, nighttime is yin time—or, simply, when the body takes care of itself instead of your desires. Proper sleep is required for your body to repair itself and regenerate. To reach deep, restful sleep, your spirit and heart must be calm. Excessive worry, anxiety, and depression can all disturb the spirit and activate the mind—making it near impossible to fall asleep and stay asleep. Rituals to sooth your spirit and induce a sleep response before bed include soaking your feet in Epson salts for 15 minutes, writing all of your thoughts in a journal to get them out of your head, and practicing relaxation before bed, like the Stress Release meditation below.

2. When Food Disturbs Sleep
When you eat late, you wake up tired. Your body will be busy digesting your dinner while you are trying to sleep, so you won't feel rested in the morning. Do not eat anything for at least three hours before bedtime. Also, cut back on eating bacon, cheese, chocolate, ham, potatoes, tomatoes, and sausage, especially before bed. These foods contain tyramine, which inhibits neurochemicals like norepinephrine and can cause insomnia. And, of course if you have sleep problems, caffeine should be cut out.

Eat for sleep! Try eating more grains at dinner; carbohydrates tend to make people sleepy. Another snooze snack is a warm cup of milk; because milk is rich in the amino acid tryptophan, it can sometimes aid in deep sleep. Mix in natural vanilla flavoring for a soothing snack. Or if you prefer, eat 1 cup of natural yogurt an hour before bedtime.

3. A Peaceful Place for Sleep
Your sleeping environment makes a huge difference to the quality of your sleep. Do everything you can to create a quiet and cozy atmosphere. Ideally, your bedroom should be located in the quietest area of your home. Keep the décor minimal. Lighting should be dim and any music that is played should be soothing. Research has found that lavender, vanilla, and green apple are among the best scents to help lower anxiety and induce sleep, making these smells a good choice for a scented candle or heated essential oil. Try to limit your pets to outside of the bedroom because their movements will keep with your body from fully relaxing into deep R. E. M. sleep. As much as possible, your bedroom should be only for sleep.

4. Exercise Enables Sleep
People with regular exercise routines often sleep better and have fewer incidents of insomnia than those don't get regular physical activity. Exercise promotes sleep and improves sleep quality by altering brain chemistry. Exercising moderately for 20 to 30 minutes three times a day, combined with meditation or tai chi in the evening, will not only help you fall and stay asleep, but will also increase the amount of time you spend in R.E.M. sleep. In fact, for some people, exercise alone is enough to overcome sleep problems. Exercise in the morning or afternoon, but do not exercise for at least two hours before bed.

5. Herbs to Sleep Tight
A calming tea before bedtime can ensure a good night's sleep. Drink valerian or passionflower (or passiflora) tea before bedtime every night for one month. Simply steep 1 to 2 tablespoons of the dried herbs in one cup of hot water and drink just before bed. Or look for one with the traditional Chinese herbs zizyphus or jujube seed, bamboo shavings, and oyster shell, which soothe the mind and spirit.

You might also try Calm-Fort/Sleep formula with useful herbs like lily bulbs, polygala and turmeric that help manage stress and calm the spirit while relieving restlessness and insomnia.

6. A Sleep-Friendly Meditation
I had one patient with insomnia who also felt anxious and even a little depressed. In addition to acupuncture and herbal therapies, I decided to teach her a stress release meditation that she could do before bedtime to help with her anxiety. I am happy to report that she is now sleeping like a baby.

Try this Stress Release meditation, which works for the majority of my patients who have sleeping problems:

Sit comfortably or lie down on your back. Slow your respiration to deep, abdominal breathing. Utter the word "calm" in your mind with every exhalation. Focus on relaxing each area of your body in sequence, from the top of your head to your toes. Starting with the top of your head, inhale and then exhale while visualizing your scalp muscles relaxing. Say "calm" in your mind. Repeat this with each body part as you move down through all body parts, front, back, and sides, in succession: your face, throat, chest, arms, stomach, abdomen, thighs, knees, legs, ankles, until finally you reach your feet. When you've relaxed your feet, visualize all the tension in your body leaving through your toes as dark smoke. Practice this for at least 15 minutes before bedtime.

*Thanks to Dr. Maoshing Ni for the article.

Wednesday, April 8, 2009

Politik2...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Ok, kali aku juz nak sentuh sikit2 hal yang berlaku dan yang penting buat aku terpikir sejenak. Kalu ikutkan banyak, tapi aku juz coretkan mana yang terlintas kat fikiran ni.

2. Firstly pasal peralihan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Datuk Sri Najib Tun Razak secara rasminya telah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6. Syabas dan tahniah kepada beliau dan keluarga. Yang wat aku terpikir adalah tentang betapa Malaysia ni berkali-kali baik keadaannya berbanding negara lain di luar sana.

3. Even keadaan politik kita agak kelam kabut kebelakangan ni, tapi peralihan kuasa masih berjalan dengan aman. Kita lihat jiran terdekat kita, Thailand. Even dah ade PM baru, tapi skang masih huru hara suruh desak PM Thai tu letak jawatan. Kat Malaysia ni sekadar kuar retorik2 politik je pun antara kerajaan dan pembangkang.

4. Biasa la tu, da nama pun pembangkang, mestilah tidak setuju Datuk Sri Najib jadi PM kerana katanya beliau banyak skandal yang masih belum dibersihkan. Kalu setuju je semuanya dengan kerajaan, tu penyokong bukan pembangkang namanya. Betul kn?

5. Ok, next thing is ape yang PM sarankan kepada pihak media. Jujur dan adil dalam menjalankan tugas. Jujur ke? Dan yang paling penting ADIL ke? Aku rasa masing2 ada pendapat masing2.

6. Tapi pada aku, aku amik contoh TV3. Dalam membuat liputan kempen pilihanraya, adakah TV3 berlaku adil kepada semua calon? Adil ke kalau hanya yang baik semuanya hanya tertumpu pada seorang calon sahaja dan calon lain semua berita buruk2 belaka? Ini ke prinsip keadilan yang dimaksudkan?

7. Kadang aku rasa sedih dengan apa yang berlaku. Sampai bila keadaan ni akan berterusan. Betul la kata penganalisis politik yang majoriti golongan muda menolak kerajaan yang memerintah. Ini kerana golongan muda ni mendapat sumber maklumat dan berita terus dari internet.

8. Dengan akal dan fikiran orang muda yang matang, mereka dapat nilai sendiri yang mana satu yang betul. Skang bukan lagi zaman nak berkempen dengan cara yang tidak adil tu, semakin banyak saluran untuk rakyat dapatkan berita yang sebenarnya.

9. Sekrang keputusannya telah pun diketahui. Ketiga-tiga DUN/Parlimen masih dipegang oleh calon dari parti terdahulu. Tapi yang aku rasa paling menarik perhatian adalah di Parlimen Bukit Gantang yang mana menyaksikan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin bertanding dan telah menang dengan majoriti yang lebih berbanding PRU ke-12 dulu.

10. Apa2 pun. Tahniah juga kepada calon BN di Batang Air dan Calon PKR di Bukit Selambau. So sekarang ni kita akan melihat berbagai-bagai komen dan ulasan dari semua pihak terutama yang menang dan kalah. Korang suma da bijak pandai kan? So nilai la sendiri ya. Apa yang korang nak percaya, tu pilihan diri sendiri.

11. Oh ya, kepada sape yang baca blog ni, tima kasih byk2. Juz nk mintak tolong satu pkara je, korang rasa apa isu atau perkara yang menarik untuk aku ceritakan ya? Juz nak dapatkan feedback je sebabnya kang kalu asik citer pasal kehidupan sndiri, orang meluat pulak kn? So, tolong ek...

12. K la, da lewat ni. Sok keje lak. Insyallah kalu sok keje siap cepat, leh aku update lagi. Jumpa lagi ya.

Sekian, wassalam.

Setelah lama menyepi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

1. Lama rasanya dah tak update blog ni. Tq kat jamil sebab sound aku. Hahahaha.. Dulu duduk UMP leh la tiap-tiap ari update, tapi skang suasana dah lain. Jamil, ko tunggu la sok da keje. Hehehe... Tapi aku yakin, ko tetap leh konsisten.

2. Sedikit perkembangan pasal diri aku yang boleh dikongsi bersama. Pertamanya, Alhamdulillah sekarang aku sudah pun berkerja. Mula 1 April lepas. Masih lagi staff AJP, tapi aku dihantar ke Strength Electrical Sdn. Bhd untuk satu tempoh yang telah dipersetujui. Strength ni kontraktor elektrik.

3. Sebab aku dihantar kat sini adalah untuk memberi pendedahan secara terus macam mana satu-satu projek tu berjalan dan peluang lebih terbuka untuk sentiasa ke site. Ofis aku skarang kat Batu Caves jer, lagi dekat dengan umah. Keje kat Strength, tapi gaji AJP yang bayar. Hahaha...

4. So kat sini aku da mula familiar dengan dokumen-dokumen yang berkaitan dan semakin banyak ilmu tentang cost dan prosedur. Yang bestnya, staff kat sini sama macam AJP, sangat supportive kepada staf yang baru. Dan paling best, bos aku kat sini iaitu Mr. Khor Hoe Chuan sangatlah stylo dan BEST! Kalu nak tau kenapa, korang sms la aku. Hahaha..

5. Tapi yang kureng bestnya, AKU KENA KERJA HARI SABTU! Giler ar, tak pernah2 aku kerja ari sabtu, ttba kena lak. Tapi xpela, suma ni dugaan la kn?? (Mesti ada yang lepas baca ni gelakkan aku!) Tapi keja sabtu pun, separuh ari je la.

6. Then lepas ni, berdasarkan projek2 semasa, aku dapat bayangkan hidup aku pasni akan 'melancong' ke sana ke mari. Raub la, Sg. Petani la, Rawang lg, Dan tender2 yang baru masuk, sumanya jauh2 gak. Xpe2, best tuh!!

7. Tapi suma yang akan berlaku tu, aku yakin akan memberi kebaikan kepada diri aku gak. At least, aku still lagi ada benda untuk dibuat selepas tamat LI. Aku dengar2, ada kawan2 aku yang still lagi 'berehat' selepas tamat LI. Kiranya aku ni sedikit bernasib baik dari mereka. Syukur atas nikmat Allah.

8. Bila da kerja ni, tetiba lak datang rasa rajin nak belajar. Aku dok terpikir2 gak untuk sambung MASTER. Baca je newspaper, banyak peluang2 untuk sambung wat Master ditawarkan dek kesan Bajet Mini yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak. Tapi terdetik gak untuk teruskan kerja sebab bukan mudah nk dapat peluang kerja sekarang ni.

9. Ah, aku mula rasa berbelah bagi. Aku rasa yang terbaik aku cuba dapatkan sebanyak mungkin pendapat dari mereka yang mungkin pernah lalui atau lagi arif tentang perkara tu. Korang doalah aku dipermudahkan segala yang akan aku lalui. Amin...

10. Cabaran aku pulak lepas ni adalah nak wat rumusan den keputusan yang terbaik lepas dengar pendapat2 orang lain. Susah tuh. Lepas orang ni ckap cmni, aku rasa nak yang ni. Then lepas ade yang ckap mcm lain, aku nak pulak bnda yang lain. Muahahha...Manusia tak pernah puas!

11. Insyallah, dengan sokongan mak abah aku, satu masa aku akan dapat mana yang terbaik untuk diri aku. Korang suma pun try yang terbaik untuk diri sendiri. Kepada yang masih belajar, teruskan belajar sebaiknya, dan make sure ada perancangan yang terbaik untuk diri sendiri. Anda semua akan lalui waktu yang aku lalui ni cuma bezanya cara kita hadapi dan lalui cabaran ni.

12. Apa2 pun, ayuh kita teruskan berdoa dan berusaha untuk capai yang sebaiknya. Semua manusia sama sahaja kemampuan diri, bezanya usaha dan ikhtiar untuk mencapai apa yang dihajati.

13. Sekian dahulu untuk kali ni. Insyallah pasni jumpa lagi ya.

(P/s : Pasal PPSMI tu aku still ingat lagi, juz tnggu masa yang sesuai jer. Skang tgh panas dgn isu lain. Hehehe....)

Wassalam..

Tuesday, March 24, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

1. Setelah lama tak balik UMP, alhamdulillah petang semalam (23 Mac) sampai juga aku ke UMP semula. Patutnya aku leh sampai tengahari, tapi masa nk kuar td, si ABU tu lak wat hal xmau start. Puncanya bateri la sebab 6 hari tinggal, lampu kat dalam lak xtutup. Hahaha..

2. Giler berat tul ABU tuh, nk patah pinggang aku tolak ketepi jalan sebab aku terbijak lak lepas 'hand brake' Udah ABU yg dari elok kat dalam umah terus turun ke jalan. Hampeh tul..

3. Ok lah, aku xlarat nak tulis panjang2. Mata pun da berat ni, tapi repot LI xsiap gak lagi. Huhuhu.. Aku masukkan gambar je la untuk tatapan suma. Asik tulis ayat je, bosan gak..

4. Part 1 ni gambar masa g last site visit masa LI aritu. Hotel De Palma Shah Alam....

Papan ni korang penah tengokkan kat merata tempat??


Ni untuk pasang suis lampu or power..


Ha, camne nak tau wayar kaler lain2 tu g mana?


Nampak senang je kn?


Eh, ter'mencapub' la pulak.. Hehehe..



Serabut tgk..

Grandball Room..

TNB Double Chamber Sub-station.


5. Ok, yang ni pulak masa 2nd last day kat AJP tu. Kami wat makan-makan untuk suma..


Yang mana satu pilihan korang? Hahaha..



Nyam..nyam..

M&E Section staf.. Mr. Lim je yg xde..


6. K, seperti yang dijanjikan, ni ade sikit gambar kawasan plak peringatan sidang DUN Perak yang diadakan dulu. Plaknya dah xde da, MBI da runtuhkan..

Ni Bangunan Perak Darul Ridzuan dari hadapan.

Pintu masuk utama.


Ha, ni la pokoknya...


Da xde ape dah....

Kesan batu jer..

7. Oklah, aku da xtahan lagi da. Ade je lagi gambar lain. Maybe next time.... Jom tido..

Wassalam..

Wednesday, March 18, 2009

Home Sweet Home...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Allopz suma.. Apa khabar arini? Aku skang ni ada kat Ipoh. Best maa dapat balik ipoh. Semalam aku smpai kul 4.00 petang naik train.

2. First time aku naik train balik Ipoh. Yang xbleh aku terima, aku duduk mengadap belakang. So keretapi tu bergerak ke depan tapi aku dduk mengadap belakang, satu perkara yang xpernah aku wat. So kira semalam aku balik mengundur la.. Muahaha..

3. Yang best naik train ni adalah masa smpai accurate ikut jadual. Aku naik kat Kepong Sentral tepat jam 120 tghari (lewat 1 minit jer) dan smpai stesen Ipoh kul 4.03 (lewat 3 minit jer). Tapi yang xbest, agak bising gak la dengan bunyi gerabak (kalu pintu tak tutup) dan bunyi orang kat dalam koc tu.

4. Smpai kat stesen Ipoh tu, bleh plak jammed kat depan tu. Sumanya gara-gara ada perjumpaan Calon/Perwakilan UMNO yang dibuat kat Dewan Bandaran tu. Yang aku nampak jammed sebab ada la orang yg suka-suka ati je letak kete kat tepi-tepi jalan. Yang aku tau, mesti ramai VIP yang ada kat dalam tu sebab no.plate kete banyak yg ade plat "Ahli Parlimen Malaysia".

5. Tau la bawak kete besar2, tapi pikir la skit bila nak paking tu. Bikin panas tul. Diaorg dok bersuka ria kat dalam dewan tu, orang ramai yang kat luar lak yang tersangkut tak pasal2. Ade sorang pakcik tu tetiba dia jerit. " ha, ni la pasalnya. Sokong lagi UMNO ramai2. Menyusahkan orang jer". Aku hanya mampu tersenyum jer. Hehehe..

6. Then ade apek tua sorang ni, bawak kete yang antik, dok tekan hon kete tak berhenti-henti. Sakit telinga dibuatnya. Tapi dia wat muka selamber jer. Then aku nampak smpai je nk kuar dr stesen tu, ade polis trafik sound dia kot. Hahaha.. Macam2 ragam manusia ni bila da marah..

7. Masuk je kete, bapak aku cakap Ali Rustam xle bertanding. Oooo..dia la rupanya calon Tmb. Presiden UMNO yang diperkatakan xle bertanding tu. Emm..dunia politik, sukar untuk diduga. Malas la aku nak cakap hal politik dah...

8. Tapi aku nak g tengok plat yang Pakatan Rakyat wat tapi da diruntuhkan oleh MBI tu. Nak g tengok, cmne keadaannya kat sana. Kalu aku g tgk, tak menyalahai AUKU kn?? Hahaha..

9. K la, nanti aku sambung tulis lagi apa yang mungkin buleh dikongsikan bersama ya. Kalu aku sempat amik gambar kat tempat sidang DUN Perak bawah pokok tu, aku muatkan kat sini....

10. Doakan aku selamat ya (Xkena AUKU)..Hehehe....

Friday, March 13, 2009

Last day LI.. Yahooo!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Alhamdulillah, arini merupakan last day aku menjalani LI kat AJP Sdn. Bhd. Kejap je rasanya, da abis 3 bulan. Cepatnya masa berlalu.

2. So, ada baki lagi lebih kurang 1 am ni, aku gunakan la untuk update blog ni. Pasni susah nk dapat internet free dah. Kat umah tu masa internet xtentu. Hehehe..

3. Semalam n hari ni, aku dduk kat ofis ni kenyang giler. Pagi smlm, aku n aprtner aku wat makan2 sikit untuk suma staf AJP ni. Kami order nasi lemak ayam, karipap n cupcakes. Mula makan kul 9.30pg.

4. Menu yang pertama abis disapu semestinya cupcakes. Cupcakes ni si Syafiq yang bawak sebab awek dia memang wat kek untuk dijual. So, sape2 yang nk beli leh tempah kat dia. G je kat http://dcupcake.blogspot.com. Kepada Bing, pasni kalu jualan meningkat, ko kena belanja aku sebab tlg promotekan secara free. Haha...

5. Nasi lemak lak memang banyak. Rata-rata kami siap leh makan skali lagi masa tghari tu. Aku suh makcik aku je masak nasi lemak tu sebab dia bukak kedai makan kat Prima Selayang.

6. Arini plak, akak-akak kat M&E Section ni plak wat makan untuk kami berdua. Pagi td, mula2 kuih n air teh jer. So, kami ni wat la muka selamber bedal kuih-kuih tu. Ade karipap. kuih koci, donut n ape ntah nama kuih tu.

7. Tetiba kul 11, kak Ida tnya, "KFC yang set 2 ketul tu bape ek?". Aku pun tlg la surfkn. Mula tu ngat dia nk bawak anak dia g makan ke mlm kang. Rupanya, diaorg da pakat nk belanja KFC. Muaahahaha.. Makan free lagi. Aku n Syafiq pun g la beli 9 set ayam n air n ais. So, makan la KFC sbgai juadah tghari. Hehehe..

8. So, selepas 3 bulan aku kat sini, aku dapat macam2 bnda yang berguna. Memang aku akui, masa kat U tak banyak yg kita belajar akan dipraktikkan kat tempat keje. Tapi dari segi pembawaan diri tu, cthnya cmne nk berdepan dgn org, dgn Big Boss, n so on, memang aku banyak belajar masa join program kat U dulu.

9. Pengalaman masa EXPOCONVO'07, MINDS dan lain2 program banyak mengajar aku untuk hadapi sindrom 'rasa tak yakin pada diri sendiri'. Rindu rasanya zaman belajar kat U dulu. Skang da keje ni, masa taip2 ari, fix 8 smpai 6 je keje. Ujung minggu baru nk wat aktiviti lain.

10. Lepas ni cuti 2 minggu, aku akan balik ke UMP tercinta untuk settlekan urusan laporan LI dan lain2 hal lagi yang melibatkan dokumen rasmi. Aku harap, korang suma doakan aku bjaya lagi ya pasni..

12. Oh ya, sepatutnya sebelum entry ni, aku nk tulis pasal PPSMI tapi nnti la dulu ya, aku nk kumpul maklumat lagi psal PPSMI. Insyallah dalam masa terdekat ni aku akan update psal PPSMI.

13. Oklah ya, aku nk g kemas2 ape yang patut. Nk pulangkan balik suma bnda yg aku pinjam spng LI ni. Jupa lagi d entry akn datang..

Sekian, wassalam.

Tuesday, March 10, 2009

Sambutan Maulidur Rasul..

Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad S.A.W.

1. Alhamdulillah pada hari semalam, umat Islam seluruh Malaysia dan dunia menyambut hari keputeraan Nabi S.A.W.

2. Tapi yang menjadi persoalan pada diri kita, apakah kesannya sambutan tersebut kepada kita? Adakah kita menghayati tujuan sambutan tersebut diadakan? Sama-sama kita renungkan.

3. Aku tidak mampu untuk mencoret kisah-kisah sirah Rasulullah S.A.W kerana kurangnya pengetahuan berbanding sahabat-sahabat lain. Tapi, mungkin apa yang ingin aku utarakan ni leh sama-sama kita fikir-fikirkan..

4. Aku buka satu daripada akhbar perdana di pejabat pagi tadi. Sampai di satu halaman, terpapar gambar-gambar perarakan Maulidurrasul yang disertai oleh pemimpin dan pembesar negeri bersama rakyat jelata.

5. Tapi apa yang menimbulkan persoalan dibenak fikiran aku adalah, kenapa perlu perarakan tersebut disertai oleh bendera parti politik tanah air? Aku kurang pastu tujuan bendera tersebut diarak bersama. Mungkin pihak yang berkenaan ada tujuan atau motif yang baik. (Kita kena bersangka baik tau.. Hehehe..)

6. Kalau setakat satu atau dua tu, maybe boleh consider lagi, tapi yang konfiusnya sebab bendera tu banyak. Pendapat peribadi aku, aku kurang setuju dengan apa yang dilakukan.

7. Mungkin lain orang ada pendapat tersendiri yang bertentangan dengan pendapat aku. Itu terpulang la. Tapi kurang molek la dengan keadaan politik sekarang ni yang masih hangat dengan apa yang berlaku di Perak khususnya.

8. Entahla, mungkin diaorang ada niat baik kot, aku je yang buruk sangka. So, korang yang baca ni cmne ek? Apa pendapat korang ya????

Satu kebetulan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Alhamdulillah, tenang rasanya dapat balik ke Ipoh jumpa emak dan abah. Cuti Maulidur Rasul ni aku balik ke Ipoh memandangkan sepupu aku kawin di Ipoh.

2. Fadhli a.k.a 'Kopeng' telah selamat berkahwin dengan pasangannya, Ana Rahayu. Family kopeng dtg dari Melaka Ahad petang dan terus ke rumah aku sebelum check-in do hotel. Oh ya, family aku kenal family Kopeng ni sebab dulu mak aku anak angkat opah kopeng yang duduk kat Klang. Tok wan dia kenal dengan tok wan aku kat Felda Sg. Tiang, Pendang.

3. So, aku dapat la jumpa kopeng ni setelah hampir 5 tahun xjumpa sejak keluar KMM dlu. Dia makin sihat la. Aku pun makin sihat gak. Hahaha..

4. So, kami sembang la ramai2. Masa sembang ni la yang best skali sebab sumanya terbongkar. K, aku citer satu persatu mula dari yang paling tua. Hehehe..

5. Ayah kopeng ni dulu satu sekolah dgn bapak aku, Sekolah Dato' Abdul Rahman, (SDAR). Yang leh tau satu sekolah tu sebab abah aku tunjuk album lama kat dia. Dia tgh belek2, tetiba dia terdiam n tunjuk satu gambar bapak aku yang masa tu kacak berjambul. Abah aku ckap la tu dia. So, terkantoi la satu lagi rahsia yang abah aku n bapak kopeng dulu junior and senior, selang 2 bilik je.

6. Then rahsia seterusnya, juga melalui gambar family. Ada satu gambar tu ada gambar adik beradik abah aku termasuk la Pak usu n Mak usu aku yang dduk kat Melaka tu. Ayah kopeng gak yang perasan then dia tnya tu sape. Aah ckap la tu adik abah yang bongsu. Dia kata la kenal sgt2. Hahaha.. Akhirnya...

7. Ada lagi perkaitannya. Si pengantin pompuan tu aku kenal. Dulu penah tuisyen dengan aku. Then kakak dia, Cikgu Aisyah dulu cikgu aku kat Sek. Men. Keb. Gunung Rapat, Ipoh. Masa mula dia nmpk aku, dia kata dok perhati sebab macam kenal jer. Muahaha....

8. So, makin banyak la kaitan antara kitaorang. Then masa kenduri kat dewan Silveritage, aku dduk n makan dengan Uda, abg si kopeng tu. Sembang2 punya sembang, dia kenal senior aku kat KMM dlu, Abg Muhsin n Kak Mashitah. Keciknya dunia kn..

9. Jadi, apa yang berlaku semalam menambahkan perkaitan yang sedia ada. Aku dgn kopeng dlu satu aras, selang 2 bilik jer. Then Ustaz Aziz kat KMM dlu tu lak ayah sedara si kopeng tu. Ishhhkkkk3... Seronoknya bila tau suma ni...

10. Lepas ni, sape la pulak yang mungkin jadi lagi cmni. Betul kata orang, jodoh pertemuan di tangan Allah. So, Insyallah dengan izin Allah, aku akan meneruskan tali persaudaraan yang sedia terjalin di rumah Kopeng di Melaka Sabtu ni. Kalu mak abah aku xle g, aku je la jadi wakilnya.

11. Moga-moga yang sedia terjalin makin rapat ukhwanya, yang belum terjalin dipercepatkan pertemuannya. Aminnn....

Sekian, wassalam..

Tuesday, March 3, 2009

Latihan Industri (LI)..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Sedar tak sedar aku dah nak habis menjalani LI. Rasa macam baru je masuk, tapi da 11 minggu dah aku berada dalam industri.

2. Before that, aku tulis posting ni sebab memenuhi janji aku kat kawan-kawan yang ada kat UMP tercinta. Hehehe.. So, wahai rakan BEN ku yang akan LI sem depan, korang leh la kot gambarkan sikit-siki apa yang bakal korang suma lalui lpas baca apa yang aku nak kongsikan ni..

3. Firstly, aku akan citer sikit psal company tmpat aku LI. Aku LI di sebuah syarikat jurutera konsultan iaitu Antara Jurutera Perunding Sdn. Bhd. (AJP). AJP ni da establish since 1974, 11 years before i see da world. Haha... Lama tuh..

4. AJP ni dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu kita. Owner dia Ir. Haji Mansor Salleh. Orangnya humble n steady. Masa mula jumpa dia, cuak gak beb. Tapi dari respon staf2 yang da lama kat sini, dia seorang yang baik. Lg 2 co-owner adalah Ir. Hj. Al-Azmy dan Ir. Hj. Zulemy. Antara projek2 yang pernah AJP terlibat adalah Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) Headquarters, KLIA dan skang projek double trekking Ipoh-Padang Besar.

5. So enviroment kat sini sangat tenang sebab office kn. Aku ditempatkan kat M&E Section. Ada 4 engineer iaitu Mr. Beh (SV aku), Mr. Hamzah, Mr. Lim and Mr. Hairu. Then lain2 ada akak2 designer yang sumanya best2 blaka. Diaorang kat sini sumanya da berbelas tahun keje kat sini.

6. Ok, cukup psal company. Aku nak citer plak ape yang aku da wat spanjang 11 minggu kat sini. Actually, walaupun aku banyak dduk di office ngadap laptop, aku ade gak g site visit. Aku citer dlu ape aku wat kat ofis.

7. Kat ofis kebanyakkan masa aku akan mengadap AutoCAD sebab as consultant, we need to prepare all the services such as Electrical Services (lightning, switch socket outlet, distribution board and etc.), Mechanical Services (fire protection, sanitary and plumbing, and so on), and also for Civil & Structure. Some project, we just involve as M&E Engineer, some as C&S Engineer and maybe both. Depends la..

8. Then the company give an assignment to be done during LI. They give an architect drawing for Sek. Keb. Putrajaya Presint 18 so that I can learn how the project being done starting from architect drawing until the end of the project, making a contract document.

9. Aku diberi juga projek-projek lain seperti PKNS, DBKL, Bangunan Kraftangan dan lain2. So, macam-macam benda aku belajar kat sini. Serius, memang sikit je ape yang aku belajar digunapakai kat sini. AutoCAD je la. Tu pun blajar masa tahun 1 semester kedua. So, da btahun-tahun tinggal, memang meraba aku masa mula-mula nak guna AutoCAD. Haha...

10. K, pasal site visit lak, aku g several tempat. 1st yang aku g, Institut Jantung Negara (IJN). Gi IJN ni masa 1st week masuk da g da. So memang bersemangat la nak g. Aku kena wat inspection on existing electrical services for updating 'As Built' Plan.

11. So masa kat IJN ni, aku leh masuk kesemua area dlm IJN ni. Tapi yg xbestnya, msa aku g tu, hanya tinggal tingkat 1 dan ground floor je yang belum wat. Aras 2 smpai 7 da siap wat da sebelum ni. Ishh..ape ni, kejap tingkat, kejap floor, kejap aras.. Hahaha... Aku tgh bengong ni sebab keje banyak. Da nak abis LI, lg byk plak keje diaorg bagi. Hehehe..

12. Antara tempat yang best aku masuk wad2 kat IJN. Aku masuk ICU, PICU, CCU dan macam2 U lagi la. Yang best leh masuk skali bilik persalinan. Hahahaa.... Tapi masa masuk PICU, kat sini wad budak-budak kecik yang ade masalah jantung macam jantung berlubang, dan lain2 lagi. Siannya tengok diaorg. :-(

13. Aku smpat gak masuk wad Radioalogi. Kat sini la diaorg wat scan jantung pesakit. Aku sempat la menjeling tgk jantung org tgh berdenyut kat skrin komputer tu. Yang bestnya, masuk sini aku kena pkai topi, alas kaki dan baju khas. Da macam doktor plak jadinya. Nasib xle bawa kamera, kalu tak memang aku da posing2 dalam wad tu. Hehehe..

14. Ok, cukup psal IJN. Untuk site visit, aku g gak ke Melaka, sebalah MITC, Ayer Keroh. Projek hotel 5 bintang ni baru je nk mula. So masa g site, xde ape2 pun lagi. Then masa makan tengahari tu yang best tu. Gila banyak lauk dihidangkan. Meja untuk 10 tapi meja aku ade 6 orang je. Aku pun belasah la 2 ekor puyuh masak kicap. Ketam, udang n sotong pun turut jadi mangsa perut aku yang kejam ni. Hahaha...

15. Then next site visit is Kilang Pemasangan Rim Tayar at Serendah, Rawang next to Perodua Factory. This project almost 40% finished. So, i get da opportunity to see how engineer have discussion with contractor at site. There's a lot of problem occur and i can see how engineer should face the problem. I just imagine, one day, can i be at that situation as an engineer??

16. So, aku rasa da citer skit2 ape yang aku lalui masa LI ni. Actually LI aku akn tamat hujung Mei, tapi berlaku sedikit perubahan pada tarikhnya. Aku akan tamat pada 15 Mac 2009 sebabnya senat dah luluskan untuk tamat awal. Reasonnya ada kaitan gak la dengan accreditation (betul ke aku eja ni).

17. So, ni minggu second last aku kat sini. Samada dapat keje kat sini atau tidak, belum dapat dipastikan lagi. Insyallah ada rezeki, ada la. Korang doakan la ya. Skang ni da kena pikirkan plak untuk siapkan report sebabnya hanya ada 2 minggu je untuk diselesaikan.

18. Buku log tebal giler tapi sikit je la isinya sebab 3 bulan jer. Hehehe... Report pun aku xtau ape yang aku nak karang dalam tu. Kena wat dalam BI maa.. Tu yang kadang2 aku tulis dalam BI. Hehehe.. Rasa nak lak bincang isu PPSMI dalam ni, tapi nnti la ya. Next posting.

19. Aku rasa da sangat panjang da ni. Kalu ada apa-apa nak tanya, insyallah leh sama-sama kita kongsikan benda-benda lain yang aku xtulis dalam ni. So, selamat LI kepada kawan-kawan yang akan LI sem depan. Cari tempat yang korang bleh blajar banyak benda. All da best untuk korang suma..

Sekian, wassalam.

Tuesday, February 24, 2009

Perkahwinan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Mesti ada yang terkejut bila tgk tajuk entry ni. Hehe.. Tak tau kenapa tetiba jer rasa nk tulis pasal kahwin ni.

2. Actually, terpikir pasal kawin ni lepas mak aku telefon dan bgtau 8 Mac ni sedara aku kahwin. Dia kahwin dengan orang Ipoh. Ayu nama dia. Member aku masa sekolah rendah dulu.

3. Sedara aku tu plak aku kenal masa kat Kolej Matrikulasi Melaka. Member dia panggil dia 'kopeng'. Yang bestnya, aku kenal je mamat ni tapi xtau plak family dia dan family aku ada kaitan. Aku dapat tau pun masa mamat tu g bertunang dan family dia lepak kat umah aku. Punya terkejut aku. Keciknya dunia ni..

4. So aku pun terpikir la, aku ni bila plak nak kahwin ek? Hahaha.. Soalan yang suma orang tanya bila g kenduri kahwin member2. Ramai je member2 yang sebaya yang da kahwin. Contoh masa kat UMP dulu, Ubai, Shuhairi Said dan Shukri Mat Nor. Syabas la ya kawan2 ku yang da selamat. Lpas ni jadi ayah la korang. Hehe..

5. Masing-masing ada rezeki masing2 la kn. Masing2 ade sasaran dan haluan hidup masing2. Insyallah sampai masa aku akan kahwin la. Ala, korang yang baca ni pun akan kahwin gak. Juz cepat dan lambat jer bezanya.

6. Ye la, nak kahwin ni bukan leh main2. Komitmen seumur hidup maa... Sok dengan anak2 lg (ceh, belum kahwin da ckap psal anak2.Hehehe..). Kena plak skang ni ekonomi makin tidak menentu..

7. Ape2 pun, aku akan kahwin gak. Calon dah sedia menanti. Siap xsabar2 lak tu. Asik ckap hal kahwin jer. Aku tau la dia dok bagi signal suh masuk minang, tapi aku wat xreti n xfaham jer. Muahahaha...

8. Ala, bukannya aku main2 or tak serius, tapi belum masanya. Akn tiba satu ari nanti. Sabar2...

9. Emm.. Aku xpasti la ape respon korang bila baca entry ni. Mesti ade pnya yang dok ckap aku ni da kritikal ni, da kena kahwin nih.. Hahaha...

10. Xpe2, nnti aku jemput k.. Cukup, aku xle terus tulis psal kahwin ni, nnti mcm2 lak aku merapu. Aku nak gunakan masa free bos xde ni nk wat bnda lain plak...Hehehe...

Wassalam...

Sunday, February 22, 2009

HP hilang & Exam Khas PTD..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

1. Untuk makluman, wat masa ni no. Maxis 012-3489565 tak dapat dihubungi kerana HP aku telah hilang semalam. Hilang kat SM Sains Alam Shah.

2. Sedih tu mmg la sbb no. contact mber2 yg penting tuh. HP hilang leh beli baru tapi no. kwan xdpt la balik. Pada aku, HP ilang ni murah rezeki sebab leh beli HP baru. Hehehe...

3. Semalam aku selamat menjawab soklan2 exam Khas PTD Gred M41 kat SM. Sains Alam Shah, Cheras. Kat sini la lokasi HP aku Hilang. Hehehe..

4. Well, soklannya mmg la susah. Ada 5 bahagian yg kena jawab. 3 paper objektif dan 2 esei.

5. Bahagian A pasal pengetahuan am. 60 soklan jawab 45 minit. Aku belasah je mana yang aku xtau sebabnya masa sgt2 berharga. Da xtau, mmg aku xpikir da, terus tembak n skip je soklan tu.

5. Bahagian B pulak psal penyelesaian pengiraan. Ni mmg sgt2 giler dibuatnya. Ada 40 soklan jawab 45 minit. Yang bestnya, aku tgk kiri kanan aku, bila pengawas nk kutip, suma main tenyeh je ketas OMR tu sbb xsempat nk wat. Aku pun sama gak la.. Hahaha..

6. Bahagian C plak pemahaman BM & BI. jawab 20 soklan dlm 35 minit. Ada 2 esei BM dan 2 esei BI. Ni memang menguji pemahaman la.. Suma jawapan rasa betul. Huhuhu..

7. Bahagian D plak esei BM. Ada 3 tajuk, pilih 1. Aku wat pasal penerokaan kawasan tanah tinggi. Lg dua tu xsilap psal ekonomi n ape ntah.. Kena wat 300 - 500 perkataan. Giler tergeliat tangan tulis esei. Da la lama xtulis esei semenjak SPM dulu..

8. Bahagian E esei BI. Aku wat pasal security camera in public area. I need to give my own opinion bout this coz some people agains this because for them, this invaded their privacy. So we need to give opinion and example. The essay must be around 300 words. Eh, speaking la plak... Hahaha..

9. So, exam semalam tu baru 1st stage. Byk lagi cabaran n tapisan yang kena harungi kalu nk jadi PTD ni. Aku tak terlalu letak harapan yang tinggi sebab kalu xdapat pun aku redha. Atleast aku da usaha kn.. Korang doakan la aku leh jadi PTD. Aminn....

10. So, aku dlm sbulan dua ni akn cuak menunggu keputusan exam ni. Semangat ingin tau result sgt2 tinggi. Xpe2, ade rezeki insyallah akan dimudahkan Allah..

11. Mudah-mudahan ape yg aku tulis kat atas leh bg gambaran secara ringkas cmne nk jadi pTD bagi yang mungkin berminat. Oh ya, nk apply korang kena masuk kat www.spa.gov.my. Isi online apllication kat web tu.

12. Insyallah kalau ade apa2 maklumat psal SPA, aku akan maklumkan..

Sekian, wassalam..

Monday, February 16, 2009

Cis, Derhakalah Kamu!

Cis, Derhakalah Kamu!

Oleh Hishamuddin Rais


Apabila Hang Jebat bangun melawan Sultan Melaka itu bukan menderhaka. Hang Jebat membetulkan apa yang salah. Bendahara Melaka tidak membunuh Hang Tuah, walau pun telah dititahkan oleh Baginda Sultan. Tindakan Bendahara ini juga bukan menderhaka. Bendahara membuat pekara yang betul. Sultan Melaka yang salah.


Derhaka adalah satu konsep yang wujud dalam pembudayaan Melayu. Kita selalu mendengar Anak Derhaka. Konsep derkaha berkait rapat dengan perintah. Anak dikatakan derhaka terhadap ibu bapa jika TIDAK menurut perintah emak dan ayah.


Derhaka disini di gunakan untuk mendidik anak-anak agar mendengar cakap orang yang lebih tua. Atau nasihat dari orang yang lebih berpengalaman. Ianya adalah pagar budaya agar mereka yang lebih muda dan kurang berpengalaman tidak akan terjerumus membuat kesilapan.


Konsep pembudayaan Melayu untuk mendidik anak-anak ini telah ‘dirampas’ dan ‘dirompak’ oleh gulungan feudal Melayu untuk menerap dan memperkukuhkan kuasa feudal mereka terhadap manusia Melayu.


Sistem ekonomi feudal didalam dunia ini memiliki ciri dan pola yang sama. Sistem feudal muncul di zaman peralihan tamadun manusia, di zaman manusia mula hidup berkelompok dan berpuak-puak. Secara tersendiri dalam kelompok-kelompok ini akan lahir pemimpin, gedebe atau kepala. Mungkin kerana badannya sasa dan berani bertempur. Mungkin kerana dia memiliki bakat pimpinan. Kalau dalam budaya Melayu susuk ini pandai ilmu silat dan keilmuan batin.


Akhirnya di Kampong Hulu ada pemimpi muncul. Di Kampong Hilir ada juga gedebe kampong. Pemimpin atau gedebe ini ini diperlukan untuk memberi arah tauladan ketika bekerjasama, berseraya atau bergotong royong ke hutan mencari makanan, mencari rotan, membuat rumah beramai-ramai atau ke sawah bersama-sama. Yang menjadi kepala atau yang gedebe ini akhirnya di anggap menjadi Tok Penghulu.


Budaya ini masih dipakai lagi di kalangan Orang Asal. Pemimpin mereka di panggil Tok Batin. Tok Batin ialah Tok Penghulu untuk Orang Asal. Kalau di Negeri Sembilan mereka ini menjadi Kepala Adat atau Datuk Undang.


Apabila masyarakat mula berkembang maka kumpulan-kumpulan ini menjadi besar. Kadang kala mereka bersatu. Ada yang bersatu kerana perkahwinan. Ada yang bersatu kerana keperluan ekonomi yang memerlukan lebih ramai tenaga untuk membuka sawah atau ladang yang lebih luas. Atau mereka bersatu kerana ada musuh dari luar datang merampas tanaman, sawah padi atau anak isteri mereka.


Dari sinilah munculnya mukim, daerah, wilayah dan akhirnya menjadi negeri. Kalau kita membaca buku Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Perak, Sejarah Kelantan – kita akan temui pergaduhan antara wilayah-wilayah ini. Kepala Tok Batin Negeri Sembilan bergaduh dengan Tok Batin Johor. Mereka berebut harta, tanah dan kekayaan. Akhirnya gedebe Negeri Sembilan ‘derhaka’ tidak lagi mahu menurut cakap dan ‘arahan’ gedebe Johor.


Harta dan kekayaan yang di rampas dan terkumpul menjadikan gedebe, Tok Batin atau Tok Penghuu ini berupaya untuk mengupah lebih ramai orang untuk bekerja di tanah hartanya. Jika ada pula tanah yang subur akan di teroka lagi oleh orang-orang upahan. Maka harta gedebe ini semakin banyak. Akhirya dengan harta yang banyak Tok Batin, Gedebe atau Tok Penghulu ini mendirikan bala tentera untuk menawan lebih banyak lagi tanah adan harta.


Dari sinilah timbulnya konsep Raja atau Sultan. Gedebe-gebebe ini kerana memiliki harta dan tentera lalu mengakui diri mereka sebagai Raja. Untuk terus menakut-nakutkan orang kampong di buat pelbagai cerita-cerita karut bahawa Raja ini keturunan dari Atas Angin, atau dari dunia kayangan atau seperti Raja Jepun mengakui mewakili Tuhan di atas dunia ini. Semua ini karut marut.


Dalam budaya feudal Melayu ditimbulkan pula konsep tulah – ertinya tidak boleh melawan kuasa Raja. Kalau melawan akan tulah. Bila tulah rakyat biasa akan sakit dan ubatnya kadangkala di cadangkan oleh bomoh ialah meminum air basuh kaki Raja. Lihatlah bertapa lebong dan kelentongnya gedebe-gedebe yang mengakui jadi raja ini. Ini berlaku di Tanah Melayu 600 atau 500 tahun dahulu. Justeru semua ini di terima pakai oleh manusia Melayu pada ketika itu.


Apabila penjajah British datang mereka melihat Raja-Raja ini boleh dijadikan orang perantaraan atau kadangkala jadi kuda tunggangan untuk diarah ke hulu ke hilir oleh British. British menggunakan Raja Raja Melayu sebagai orang tengah untuk melembutkan hati Melayu agar manusia Melayu tidak bangun memberontak melawan penjajah.


Marilah kita sama-sama ketawa kerana Raja-Raja yang dikatakan berdaulat ini tiba-tiba hilang daulatnya bila berhadapan dengan tentera British. Daulat Raja Melayu tidak boleh memakan Mat Salleh. Tulah Raja Melayu pun tidak ‘mengeras’ kepada Mat Salleh. Tidak ada soldadu British yang jatuh sakit kerana tulah Raja Melayu.


Mat Salleh sampai kiamat pun tidak akan meminum air basuh kaki Raja Untuk mereka ini kerja orang gila. Terbukti tidak ada daulat raja disini. Daulat sebenarnya ialah soldadu dan alat tentera British yang lebih canggih dari keris dan tombak Raja Melayu. Bom dan senapang British adalah daulat dan kuasa. Terbukti daulat dan tulah ini hanyalah cerita karut marut.


Justeru, penjajah British telah memecahkan tembelang daulat Raja, keramat Raja dan segala macam cerita-cerita karut tentang Raja-Raja Melayu. Akhirnya apa yang tinggal hanyalah slogan – Orang Melayu Pantang Derhaka Terhadap Raja.


Pantang Derhaka Terhadap Raja ini di jual kepada manusia Melayu kerana hendak membodek British. Ini kerana ada Gedebe-Gedebe Melayu dan penyokong-penyokongnya telah berani bangun mengangkat senjata melawan British. Ciss, pantang Melayu derhaka pada Rajanya adalah slogan karut yang digunakan agar manusia Melayu mengikut Raja yang kini telah menjadi pengikut dan pembodek British.


Ciss, Melayu Pantang Derhaka disini bermakna Melayu jangan melawan kuasa British. Pada hari ini tahun 2009 konsep tidak boleh derhaka terhadap Raja terbukti konsep karut. Pembudayaan Melayu telah berubah jauh dari 500 tahun dahulu. Kita sebagai manusia – Melayu, Cina, India atau sesiapa sahaja - memang di larang untuk TIDAK MENDERHAKA tetapi bukan kepada Raja. Kita sebagai manusia tidak boleh menderhaka terhadap kebenaran dan keadilan. Kita sebagai manusia tidak boleh derhaka terhadap Yang Maha Esa.


Hang Jebat tidak derhaka. Jebat telah melakukan apa yang wajib dilakukan kerana Sultan Melaka telah menjadi zalim dan memerintah mengikut kata hati. Datok Bendahara tidak mengikut titah Sultan Melaka untuk membunuh Hang Tuah kerana Bendahara sedar Sultan berada dipihak yang salah.


Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar. Jika Ayah yang salah maka ayah wajib di tegur. Ibu yang salah maka ibu wajib di ingatkan. Jika Adik Kecil yang betul maka Adik Kecil wajib didengari. Salah dan benar bukan kerana derajat, umur atau kerana dia Datok, Tun, Hukam , Hakim, Batang Seri atau Sultan.


Kebenaran dan keadilan bukan di monopoli oleh Raja, Sultan, Czar, Emperor atau Maharaja. Kebenaran dan keadilan adalah milik semua. Kita tidak perlu takut untuk menderhaka kalau kita menderhaka demi kebenaran dan keadilan. Malah dalam hidup ini kita diwajibkan menderhaka dan digalakan menderhaka demi kebenaran. Menderhakalah beramai-ramai jika menderhaka ini untuk kebaikan ramai.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ni adalah satu artikel yang menarik untuk dikaji. Diambil dari laman blog Anwar Ibrahim yang ditulis oleh Hishamuddin Rais. Ingin diingatkan, apa yang tertulis dalam artikel ni bukan bermaksud inilah pendirian saya tentang isu derhaka. Jadi kita sebagai pembaca perlulah bijak dengan apa yang kita baca. -Sekian.

Friday, February 6, 2009

Perak Darul Ridzuan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Semua orang sedang heboh memperkatakan tentang kemelut politik di Perak. Aku sebagai anak Perak semestinya mengikuti dengan penuh debaran setiap keputusan yang dibuat oleh orang-orang tertentu.

2. Sewaktu posting ni ditulis, media telah menyiarkan calon Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir, ADUN Pangkor akan mengangkat sumpah petang ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

3. Datuk Seri Ir. Nizar Jamaludin dititahkan oleh Sultan Perak untuk meletakkan jawatan serta-merta. Pihak pakatan pula membuat pendirian Ir. Nizar kekal menjadi Menteri Besar Perak.

4. Apa yang menyedihkan aku, sepatutnya sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah disambut dengan tenang dan aman. Tapi kemelut politik ini menyebabkan sambutan itu sedikit terjejas.

5. Info lain pulak mengatakan Ir. Nizar dan barisan exco akan memulaukan majlis angkat sumpah MB baru. Ramai 'hero' yang menghukum dengan mengatakan derhaka pada sultan dan sebagainya.

6. Kalau kita berada dalam situasi itu, apa kita akan buat ya? Dan anda rasa apa yang terbaik sebenarnya untuk negeri Perak?

7. Satu yang menarik perhatian aku semalam dalam Astro Awani, seorang panel menyatakan yang terbaik sekarang ini adalah membiarkan rakyat mengundi semula dan rata-rata rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap sistem demokrasi di Malaysia! Ini satu perkara yang harus dikaji.

8. Pada pendapat aku, biar je diadakan satu pilihanraya bagi negeri Perak. Biar rakyat yang menentukan. Tapi Sultan dah buat keputusan, mungkin ada sebab yang konkrik kenapa Sultan memilih untuk tidak membubarkan DUN.

9. Sama-sama la kita doakan yang terbaik buat negeri Perak Darul Ridzuan....

Sekian, wassalam..

Friday, January 30, 2009

Scorpene??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Lama xantar posting. Alasannya sama la, kesibukan. Kat umah plak da xde connection wireless. Maybe tuan umah yang provide free wireless tu cuti Raya Cina. Hopefully dalam dua tiga hari ni ada balik connection tu.

2. Pagi tadi sbelum g keje, aku sempat la belek2 Harian Metro 29 Januari 2009. Selak punya selak, tetiba aku terbaca satu berita yang menarik, berita yang buat aku terpikir lagi.

3. Muka surat berapa aku tak ingat, tapi bukan muka hadapan or page yg depan2 gak la. Berita tentang penerimaan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman. Setelah sekian lama tunggu, akhirnya sampai juga kapal selam ni, yang mana pembeliannya menimbulkan isu yang agak hangat satu masa dulu.

4. Aku sertakan URL berita tu untuk korang semua baca;

i) http://www.hmetro.com.my/Current_News
/myMetro/Thursday/Setempat/20090129090526/Article/index_html

ii)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0129&pub=utusan_malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_03.htm&arc=hive

5. Apa yang buat aku terpikir, kenapa berita ini tidak keluar pun di muka hadapan akhbar, terutama UTUSAN MELAYU?? Aku mula musykil...

6. Kenapa tiada liputan yang meluas tentang penerimaan harta milik negara sepertimana sewaktu pembeliannya satu ketika dulu? Kenapa ek? Tapi aku rasa maybe sebab aku yang xbaca news ni.

7. Ke sebab xnk jadi isu lg? Hahaha.. Aku dah mula bersangka buruk even apa yang aku pikir ni maybe sebab aku yang xamik tau hal tu...

8. Yang aku konfius, nape bukan Menteri or PM yang jadi ketua sewaktu penerimaan kapal selam pertama negara? Hanya Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan yang mengetuainya.

9. Takpe2, maybe sebab diaorang tengah sibuk uruskan hal politik diaorang yang sedikit bergolak dengan apa yang berlaku di Perak.

10. Saja aku tulis ni, sebab otak ni suka sangat pikir yang buruk kat orang lain. Nauzubillah..

11. By da way, sebut pasal Perak, aku berasa bangga bila baca berita yang sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah akan diadakan dengan semua perbelanjaan ditanggung keluarga Diraja. Inilah contoh Raja yang sepatutnya diikuti oleh pemimpin lain.

12. Hal-hal berkaitan diri sendiri, tidak menyusahkan atau membebankan orang lain. Kali ikutkan memang hak baginda as Sultan yang memerintah. Sungguh berjiwa rakyat. Aku as rakyat Perak Darul Ridzuan sangat-sangat berbangga dengan keluarga Diraja Perak.

13. Ini info tentang baginda; http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Azlan_Shah

13. Syabas dan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah serta kerabat diRaja Perak!!! Daulat Tuanku!

Sekian, wassalam.

Friday, January 23, 2009

'US' = ' Ungka Sial'..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Kalau sape yang sedar atau perasan, slalu aku antar posting isu yang sudah bbrapa hari atau mggu berlaku. Aku pun xtau nape. Tapi sgbai ayat covernya, aku nk cakap yang aku mengkaji isu tu dulu baru kemudian aku tulis dalam blog. Hahaha...

2. Satu dunia dok bercakap pasal perlantikan Presiden US (aku pggil US sbgai 'Ungka Sial') yang baru, Barrack Hussien Obama. Sebutan Obama dah nk sama dgn Osama. Hehehe..

3. Masing2 punya pendapat tersendiri ttg Obama. Persoalan yang berlegar-legar di setiap kepala kita adakah akan ada perubahan dalam pentadbiran US terutamanya terhadap isu-isu luar.

4. 'US' yang kononnya juara demokrasi, sebenarnya xdemokrasi mana pun. Memang dari satu sudut kita nmpk amalan demokrasi 'US' tu kalau kita tgk dari pemilihan Presidennya. Tapi dalam beberapa perkara, demokrasi diletakkan ketepi hanya untuk menjaga kepentingan mereka dan sekutu utama iaitu Israel.

5. Kalau tidak, kenapa Hamas yang terang-terang memenangi pilihanraya Palestin satu ketika dulu dinafikan hak untuk memerintah? Kenapa demokrasi yang telah berjalan tidak dihormati? Rakyat Palestin yang memilih Hamas tapi dinafikan oleh 'US'.

6. Puncanya hanya kerana Hamas merupakan pergerakan yang menentang Israel. Fatah juga yang diberi kepercayaan untuk memerintah. Fatah ni digelar boneka 'US'. Kita tgk apa yang dilakukan oleh Mahmoud Abbas ketika Gaza diserang?

7. Satu yang buat aku terpikir isu Palestin ni adalah, kenap kalangan negara Arab tidak sepakat? Adakah sebab hati sudah dinodai oleh kekayaan dunia dan kesenangan dunia?

8. Aku juga terpikir, kenapa Mesir, yang kita tau sebuah negara Islam boleh mengadakan sekatan di sempadan Rafah yang telah menyebabkan bantuan yang sangat2 diperlukan tersekat?

9. Ya Allah, apa yang telah berlaku kepada umat Islam hari ini? Kemana perginya semangat persaudaraan sesama Islam? Bila umat Islam akan bangkit semula menebus segala penindasan yang telah dilakukan oleh musuh agama Islam?

10. Tapi aku percaya, harinya akan tiba. Ya, memang akan tiba hari kemenangan tapi bukan dalam sehari dua, sebulan atau setahun. Mungkin sedekad atau berabad lamanya.

11. Kita kena ingat, kota Rom pun tidak didirikan dalam masa sehari!

12. Berbalik kepada Presiden 'US' yang baru tu, sama2 kita nantikan apa perubahan yang akan dilakukan walaupun kita seringkali mendengar tanpa restu pelobi2 Yahudi, seseorang tu tidak akan menang jawatan Presiden 'US'.

13. Samada kata2 yang terkeluar semasa berkempen, "Change, change, change" itu akan menjadi kenyataan atau tidak, masa yang akan menentukannya.

Sekian, wassalam.

Wednesday, January 21, 2009

Salah satu musim di Malaysia...

Assalamualaikum dan salam perpaduan...

1. Firstly aku nk ucapkan Selamat Tahun Baru kepada kawan-kawan yang berbangsa Cina. Wish awal sebab takut nanti terlupa or tak sempat. Bila xwish sok, macam-macam la alasan kluar. Hahaha..

2. Secondly, terima kasih kat member aku, Muhammad Akmal Ishak sebab bagi respon kat posting sebelum ni. Bestkn belajar "Maintenance Technology?". Hehehe..

3. Okay, kita berbalik pada tajuk yang aku tulis kat atas tu. Malaysia ni ada banyak musim. Sedar tak sedar, bermacam musim yang ada tanpa kita perasan. Musim buah, musim cuti sekolah, dan macam-macam musim lg la. Dan musim yang paling panas adalah 'Musim Pilihanraya'.

4. Kita semua dah tau keputusan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang berlangsung 17 Januari lepas. Calon PAS, Haji Mohd Abdul Wahid telah menang dengan majoriti lebih 2000 undi. Tahniah kepada barisan kepimpinan Pakatan Rakyat.

5. Calon BN, Dato Wan Farid Wan Salleh yang tewas terpaksa menerima kenyataan kekalahan bahkan terpaksa menerima kehilangan jawatan Senator yang disandangnya. Moralnya, bila berpolitik ni kita tak semestinya sentiasa diatas.

6. Aku nak kuarkan statement yang akan wat orang kata aku menyokong pembangkang. Hehehe.. Korang perasan x kat media massa dan media cetak perdana, lepas kekalahan calon BN, berita psal pilihanraya kecil tu sikit je kn? Kenapa ya? Fikir la sendiri.. Hehehe...

7. Ok, satu lagi jenis pilihanraya adalah Pilihanraya Kampus (PRK) yang masih panas di UM. Calon Pro-Mahasiswa telah memenangi PRK tahun ni. Calon Pro-Aspirasi telah mengaku akan kekalahan mereka. Pada masa artikel ni ditulis, kabinet MPMUM masih blom ade lg..

8. Macam-macam kisah dan cerita timbul masa kempem kat UM tu. Korang search la dalam internet. Banyak kisah2 yang berlaku, cthnya mcm isu kepala khinzir dalam masjid dan sbgainya. Tapi nasihat aku, baca sumber dari kedua belah pihak. Biar la adil baru kita leh wat penilaian.

9. Banyak benda yang boleh dicoretkan pasal politik ni. Kalu korang xminat mybe la rasa mcm xde ape je. Hehehe.. Ade sorang mber aku tu, Fuad (bukan nama sebenar) cakap dia spy KJ (bukan nama sebenar gak), sorang org kuat pemimpin Malaysia. Dia nk lapor pasal aku dok hentam kerajaan. Hahaha...

10. Btul ckap sorang TNC tu, (aku xngat TNC mana) memang student bebas bersuara tp ada tak kebebasan selepas bersuara? Btul kn?

11. Aku sarankan, kita teruskan suara apa yang kita rasa betul. Orang nak kata kita sebelah mana2 pihak, itu adatlah. Orang akan terus bersuara, tapi jgn biarkan suara orang tu menyekat kita..

Renung-renungkan...

Wassalam..

Monday, January 12, 2009

Apa yang buat aku terfikir minggu ni..

Asalamualaikum...

1. Firstly aku rasa geram, nk marah n nk bunuh orang jer... Mesti la psal Israel laknatullah tuh! Aku xnk tulis panjang lagi da sebab hampir suma akhbar dan tv cerita psal kekejaman Israel syaitan tu. Juz aku yakin, umat yang akan menakluk semula Al-Quds umat yang dibentuk dalam tempoh berpuluh, beratus bahkan beribu tahun. Ayuh, kita teruskan tanpa putus2 panjatkan doa kepada Allah SWT!

2. Ok, yang kedua aku nk luahkan sikit apa yang aku rasa akan buat orang anggap aku ni pembangkang. Hahaha.. Ckap la ape pun ya, aku xkisah.

3. Isunya adalah pembelian kereta Toyota Camry oleh kerajaan Perak dan Selangor. Dalam Buletin Utama semalam (11 Januari) ada dipaparkan berita kerajaan negeri telah terima sebahagian kereta yang dibeli.

4. Macam2 reaksi timbul. Yang masuk ke akhbar perdana sumanya kenyataan dan pandangan dan menghentam kerajaan negeri. Ada yang kata xde semangat patriotik la, menipu rakyat dan macam2 lagi la. Korang nilai la sendiri ya..

5. Xde pun kenyataan yang menyebelahi pihak kerajaan negeri dalam akhbar perdana dan berita TV. Suma masing2 nak jadi hero berjiwa patriotik. Dulu masa kes kerajaan Terengganu, sumanya senyap membisu. Dulu xckap ape pulak sebab pihak yang sama parti yang buat. Skang ni berdentam-dentum ckap soal patriotik. Tu yang buat aku rasa kurang senang.

6. Pada aku, langkah tu praktikal untuk jangka masa panjang. Nilai baik pulih kereta V6 untuk tempoh 5 tahun sbgai cthnya, lebih dari nilai baik pulih untuk tempoh sama bagi Camry. Mana sumbernya, korang semak la balik bape juta da abis untuk baik pulih kete V6 yang pernah dipaparkan nilainya dlu.

7. Bleh ke semangat cintakan negara dinilai dari segi kereta semata-mata? Adil ke? Kalu camtu, PM kita tu berjiwa Jerman la ya? Sbbnya kete rasmi PM Malaysia BMW 7 Series. So, nape xtimbul lak isu xpatriotik?? Btulkan?

8. Aku yakin keputusan yang dibuat untuk beli Camry tu sudah dikaji oleh pihak yang wat keputusan tu. Bukan main senang-senang je nak beli. Aku yakin dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat negeri kesayanganku, Perak Darul Ridzuan!

9. Ha,satu lg wat aku xpuas ati, kerajaan pusat xbagi pelepasan cukai kepada kereta yang dibeli oleh kerajaan Perak. Dulu Mercedes Terengganu boleh plak dapat pengecualian cukai. Sungguh tidak adil btul. Dan sungguh TIDAK PROFESSIONAL la...

10. Aku ni pembangkang? Hahaha... Ikutla korang nak nilai cmne pun. Aku juz menggunakan kebebasan yang ade pada aku untuk bersuara. Korang pulak macammana??

13. Fikir-fikirla ya...

Sekian, wassalam..

Wednesday, January 7, 2009

Take a look.... Boikot!

* Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.

* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.

* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.

* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.

* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam?

Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?

*(thanks to Sahabat Firdaus forum..)

List of Boikot..

Makanan

Syarikat Tasty Foods

Produk: Makanan Ringan Jenama: Samba, Fun, Lays... dan sebagainya.

Syarikat Heinz

Produk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato... dan sebagainya.

Syarikat Lambert

Produk: Gula-gula Jenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls... dan sebagainya.

Syarikat Hosstess

Produk: Makanan Ringan & Kek Jenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake... dan sebagainya.

Syarikat Cadbury

Produk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan... dan sebagainya.

Syarikat Coca-cola

Produk: Minuman bergas Jenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, Mountain Dew, Miranda... dan sebagainya.

Syarikat Hadaiq California Syarikat Rocky

Produk: Basbuosah, Jeli Om-Ali... dan sebagainya.

Syarikat Perrier-Vittel

Produk: Air Galian Barakah... dan sebagainya

Syarikat Nestle

Produk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran Masakan Jenama: Kit-kat, Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips... dan sebagainya.

Syarikat Americana

Produk: Burger, Sausage, Ayam... dan sebagainya. Minyak Sayuran Rawabi, Fern Makaroni Columbus, Hayo Chipsy Delta

Super Market

Sainsburry Heiz Edge Tesco

Kedai Makan/Restoran

McDonalds, Tikka, Kentucky Fried Chicken (KFC), Kantis Arby's, Pizza Hut, Chicken Tikka, Paradise.

Alat Pencuci dan Kecantikan

Syarikat Procter & Gamble

Produk: Kesihatan, Syampu, Sabun Jenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean... dan sebagainya.

Syarikat Palmolive

Produk: Pencuci dan Sabun Jenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy... dan sebagainya.

Syarikat Johnson & Johnson

Produk: Kesihatan dan Penjagaan Diri Syarikat Johnson Produk: Pewangi dan Ubat Nyah Serangga Jenama: Raid, Glade... dan sebaginya.

Syarikat Revlon Make-up

Syarikat East In Sambel

Syarikat Beverly Hills Syarikat Sitreen

Bahan Tenaga

Bateri Kenderaan Milestone, Bateri Kenderaan Powder, Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Everady... dan sebagainya.

Alatan Sukan

Nike, Universal, Power, Paramount & Youngers.

Pakaian

Jean's Basic, Kelvin Klein, Levi's & Ralph Lauren

Alatan Pejabat

Syarikat Delta Egypt, Parker Schiffer, Pen Schiffer, Higher

Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat

Max, IBM, Intel, Uracel, Nokia, Motorola & Digital.