Tuesday, March 10, 2009

Sambutan Maulidur Rasul..

Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad S.A.W.

1. Alhamdulillah pada hari semalam, umat Islam seluruh Malaysia dan dunia menyambut hari keputeraan Nabi S.A.W.

2. Tapi yang menjadi persoalan pada diri kita, apakah kesannya sambutan tersebut kepada kita? Adakah kita menghayati tujuan sambutan tersebut diadakan? Sama-sama kita renungkan.

3. Aku tidak mampu untuk mencoret kisah-kisah sirah Rasulullah S.A.W kerana kurangnya pengetahuan berbanding sahabat-sahabat lain. Tapi, mungkin apa yang ingin aku utarakan ni leh sama-sama kita fikir-fikirkan..

4. Aku buka satu daripada akhbar perdana di pejabat pagi tadi. Sampai di satu halaman, terpapar gambar-gambar perarakan Maulidurrasul yang disertai oleh pemimpin dan pembesar negeri bersama rakyat jelata.

5. Tapi apa yang menimbulkan persoalan dibenak fikiran aku adalah, kenapa perlu perarakan tersebut disertai oleh bendera parti politik tanah air? Aku kurang pastu tujuan bendera tersebut diarak bersama. Mungkin pihak yang berkenaan ada tujuan atau motif yang baik. (Kita kena bersangka baik tau.. Hehehe..)

6. Kalau setakat satu atau dua tu, maybe boleh consider lagi, tapi yang konfiusnya sebab bendera tu banyak. Pendapat peribadi aku, aku kurang setuju dengan apa yang dilakukan.

7. Mungkin lain orang ada pendapat tersendiri yang bertentangan dengan pendapat aku. Itu terpulang la. Tapi kurang molek la dengan keadaan politik sekarang ni yang masih hangat dengan apa yang berlaku di Perak khususnya.

8. Entahla, mungkin diaorang ada niat baik kot, aku je yang buruk sangka. So, korang yang baca ni cmne ek? Apa pendapat korang ya????

No comments: