Wednesday, April 8, 2009

Setelah lama menyepi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

1. Lama rasanya dah tak update blog ni. Tq kat jamil sebab sound aku. Hahahaha.. Dulu duduk UMP leh la tiap-tiap ari update, tapi skang suasana dah lain. Jamil, ko tunggu la sok da keje. Hehehe... Tapi aku yakin, ko tetap leh konsisten.

2. Sedikit perkembangan pasal diri aku yang boleh dikongsi bersama. Pertamanya, Alhamdulillah sekarang aku sudah pun berkerja. Mula 1 April lepas. Masih lagi staff AJP, tapi aku dihantar ke Strength Electrical Sdn. Bhd untuk satu tempoh yang telah dipersetujui. Strength ni kontraktor elektrik.

3. Sebab aku dihantar kat sini adalah untuk memberi pendedahan secara terus macam mana satu-satu projek tu berjalan dan peluang lebih terbuka untuk sentiasa ke site. Ofis aku skarang kat Batu Caves jer, lagi dekat dengan umah. Keje kat Strength, tapi gaji AJP yang bayar. Hahaha...

4. So kat sini aku da mula familiar dengan dokumen-dokumen yang berkaitan dan semakin banyak ilmu tentang cost dan prosedur. Yang bestnya, staff kat sini sama macam AJP, sangat supportive kepada staf yang baru. Dan paling best, bos aku kat sini iaitu Mr. Khor Hoe Chuan sangatlah stylo dan BEST! Kalu nak tau kenapa, korang sms la aku. Hahaha..

5. Tapi yang kureng bestnya, AKU KENA KERJA HARI SABTU! Giler ar, tak pernah2 aku kerja ari sabtu, ttba kena lak. Tapi xpela, suma ni dugaan la kn?? (Mesti ada yang lepas baca ni gelakkan aku!) Tapi keja sabtu pun, separuh ari je la.

6. Then lepas ni, berdasarkan projek2 semasa, aku dapat bayangkan hidup aku pasni akan 'melancong' ke sana ke mari. Raub la, Sg. Petani la, Rawang lg, Dan tender2 yang baru masuk, sumanya jauh2 gak. Xpe2, best tuh!!

7. Tapi suma yang akan berlaku tu, aku yakin akan memberi kebaikan kepada diri aku gak. At least, aku still lagi ada benda untuk dibuat selepas tamat LI. Aku dengar2, ada kawan2 aku yang still lagi 'berehat' selepas tamat LI. Kiranya aku ni sedikit bernasib baik dari mereka. Syukur atas nikmat Allah.

8. Bila da kerja ni, tetiba lak datang rasa rajin nak belajar. Aku dok terpikir2 gak untuk sambung MASTER. Baca je newspaper, banyak peluang2 untuk sambung wat Master ditawarkan dek kesan Bajet Mini yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak. Tapi terdetik gak untuk teruskan kerja sebab bukan mudah nk dapat peluang kerja sekarang ni.

9. Ah, aku mula rasa berbelah bagi. Aku rasa yang terbaik aku cuba dapatkan sebanyak mungkin pendapat dari mereka yang mungkin pernah lalui atau lagi arif tentang perkara tu. Korang doalah aku dipermudahkan segala yang akan aku lalui. Amin...

10. Cabaran aku pulak lepas ni adalah nak wat rumusan den keputusan yang terbaik lepas dengar pendapat2 orang lain. Susah tuh. Lepas orang ni ckap cmni, aku rasa nak yang ni. Then lepas ade yang ckap mcm lain, aku nak pulak bnda yang lain. Muahahha...Manusia tak pernah puas!

11. Insyallah, dengan sokongan mak abah aku, satu masa aku akan dapat mana yang terbaik untuk diri aku. Korang suma pun try yang terbaik untuk diri sendiri. Kepada yang masih belajar, teruskan belajar sebaiknya, dan make sure ada perancangan yang terbaik untuk diri sendiri. Anda semua akan lalui waktu yang aku lalui ni cuma bezanya cara kita hadapi dan lalui cabaran ni.

12. Apa2 pun, ayuh kita teruskan berdoa dan berusaha untuk capai yang sebaiknya. Semua manusia sama sahaja kemampuan diri, bezanya usaha dan ikhtiar untuk mencapai apa yang dihajati.

13. Sekian dahulu untuk kali ni. Insyallah pasni jumpa lagi ya.

(P/s : Pasal PPSMI tu aku still ingat lagi, juz tnggu masa yang sesuai jer. Skang tgh panas dgn isu lain. Hehehe....)

Wassalam..

No comments: