Assalamualaikum dan salam sejahtera..
1. Kalau sape yang sedar atau perasan, slalu aku antar posting isu yang sudah bbrapa hari atau mggu berlaku. Aku pun xtau nape. Tapi sgbai ayat covernya, aku nk cakap yang aku mengkaji isu tu dulu baru kemudian aku tulis dalam blog. Hahaha...
2. Satu dunia dok bercakap pasal perlantikan Presiden US (aku pggil US sbgai 'Ungka Sial') yang baru, Barrack Hussien Obama. Sebutan Obama dah nk sama dgn Osama. Hehehe..
3. Masing2 punya pendapat tersendiri ttg Obama. Persoalan yang berlegar-legar di setiap kepala kita adakah akan ada perubahan dalam pentadbiran US terutamanya terhadap isu-isu luar.
4. 'US' yang kononnya juara demokrasi, sebenarnya xdemokrasi mana pun. Memang dari satu sudut kita nmpk amalan demokrasi 'US' tu kalau kita tgk dari pemilihan Presidennya. Tapi dalam beberapa perkara, demokrasi diletakkan ketepi hanya untuk menjaga kepentingan mereka dan sekutu utama iaitu Israel.
5. Kalau tidak, kenapa Hamas yang terang-terang memenangi pilihanraya Palestin satu ketika dulu dinafikan hak untuk memerintah? Kenapa demokrasi yang telah berjalan tidak dihormati? Rakyat Palestin yang memilih Hamas tapi dinafikan oleh 'US'.
6. Puncanya hanya kerana Hamas merupakan pergerakan yang menentang Israel. Fatah juga yang diberi kepercayaan untuk memerintah. Fatah ni digelar boneka 'US'. Kita tgk apa yang dilakukan oleh Mahmoud Abbas ketika Gaza diserang?
7. Satu yang buat aku terpikir isu Palestin ni adalah, kenap kalangan negara Arab tidak sepakat? Adakah sebab hati sudah dinodai oleh kekayaan dunia dan kesenangan dunia?
8. Aku juga terpikir, kenapa Mesir, yang kita tau sebuah negara Islam boleh mengadakan sekatan di sempadan Rafah yang telah menyebabkan bantuan yang sangat2 diperlukan tersekat?
9. Ya Allah, apa yang telah berlaku kepada umat Islam hari ini? Kemana perginya semangat persaudaraan sesama Islam? Bila umat Islam akan bangkit semula menebus segala penindasan yang telah dilakukan oleh musuh agama Islam?
10. Tapi aku percaya, harinya akan tiba. Ya, memang akan tiba hari kemenangan tapi bukan dalam sehari dua, sebulan atau setahun. Mungkin sedekad atau berabad lamanya.
11. Kita kena ingat, kota Rom pun tidak didirikan dalam masa sehari!
12. Berbalik kepada Presiden 'US' yang baru tu, sama2 kita nantikan apa perubahan yang akan dilakukan walaupun kita seringkali mendengar tanpa restu pelobi2 Yahudi, seseorang tu tidak akan menang jawatan Presiden 'US'.
13. Samada kata2 yang terkeluar semasa berkempen, "Change, change, change" itu akan menjadi kenyataan atau tidak, masa yang akan menentukannya.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment