Monday, January 5, 2009

Assalamualaikum...

1. Tidak terlambat rasanya nak mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2009.

2. Lama sudah tidak post dalam blog ni. Aku xnk bagi alasan apa-apa kerana memang salah diri sendiri. Kononnya diri ni sibuk la sangat sampai terlupa azam masa mula-mula buat blog ni. Hehehe..

3. Masa sembahyang Jumaat kat Masjid Jamek Manjalara, sebelum masuk Zohor, ada ustaz bagi ceramah. Antara ayat dia yang buat aku terkesan adalah, " saya dulu pun selalu kata sibuk. Bila ada benda yang xselesai ke, alasan saya sibuk. Nak menulis buku tapi alasan kesibukan yang membantutkan. Satu hari saya ke satu seminar penulisan yang mana membawakan tokoh yang kita tahu memang sibuk tapi masih sempat menulis. Antaranya Tun. Dr. Mahathir. Tun cakap, sebenarnya kita bukan sibuk mana pun. Setiap orang suma ada masa yg sama iaitu 24 jam. Orang yang banyak bagi alasan sibuk sebenarnya orang yg malas......"

4. Aku memang terkesan dgn ayat tu. Aduh, malunya aku. Konon sibuk la sgt...

5. Sekarang ni aku kat ofis di Bandar Manjalara, Kepong menjalani Latihan Praktikal (LI). Aku LI kat Antara Jurutera Perunding Sdn. Bhd. Anatra tugas pertama yang aku wat adalah 'update' teknikal drawing Institut Jantung Negara (IJN). So, sbb tugas tu aku leh la masuk hampir kesemua bilik yang ada di IJN. Bilik yg sempat aku masuk hanya di aras G dan aras 1.

6. Sempat la aku masuk ICU, PICU, CCU, wad ICL dan lain2 lagi. Leh kata aku tau la kat mana tempat2 yang ada soket kat IJN tu. Hahaha..

7. Emm..cukup la kot kisah LI aku. Sikit2 dulu. Kita g ke hal-hal lain lak..

8. Ada satu petang tu, aku dgr radio IKIM. Topik ptg tu sangat menarik. Topik berkaitan serangan Israel di Semenanjung Gaza, Palestin.

9. Sewaktu panggilan dibuka, ada sorg Dr. tu telefon dan berkongsi pendapat. Beliau cakap, " saya menyerulah kepada barisan kepimpinan negara agar segala macam sambutan yang melalaikan seperti malam Tahun Baru yang lepas dan sambutan kemerdekaan agar tidak lagi diadakan di masa akan datang. Ini sebagai menghormati saudara kita yang teruk diserang Zionis laknat. Saya tertarik dengan kenyataan saudara Lim Guan Eng yang menyatakan tiada sambutan tahun baru secara pesta di Pulau Pinang tahun ini sebagai tanda protes serangan di Gaza. Kalau saudara Lim yang bukan beragama Islam boleh berkata begitu apakan lagi kita yang beragama Islam ni..."

10. Ha, macammana sekarang?? Setuju x apa yang Dr. tu cakapkan??? So, ape tindakan kita?? BOIKOT!!!

11. Malam tahun baru yang lepas, berapa ramai orang Islam kita yang menjadi bodoh dengan memakai cekak tanduk ala Syaitan??? Then yang kena tangkap basah lg, yang kena tangkap dadah lg?? Nauzubillah..

12. Semalam, aku berkesempatan ambik mak usu aku balik haji di KLIA. Seronok tgk jemaah haji yang pulang. Hepi belaka. Mak uda aku pun baru balik haji Sabtu lepas. Dpat la aku sepasang jubah. Mesti kacak kalau pakai..Heheheh....

13. Oklah, berhenti stakat ni dulu. Insyallah esok sambung lagi. Guna PC kat ofis xle lama2. Kang orang kata curi tulang plak.

Sekian, wassalam.

3 comments:

ak_0143 said...

tiba2 je crite abes gitu...
ape daaa

Aizat Faiz said...

hehehe...kat ofis la...
ttiba bos pggil..so,kena la stop trus..kang kantoi kang..

Anonymous said...

jubah tu leh le pki mase tunang ke, kawen ke...atau g LI..ok gak g opis berjumah...ehe

gurau jer...pakai la ketempat2 yg bersesuaian..jgn plk tak pki..

gud luck LI