Monday, November 17, 2008

Al-Fatihah...

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat ayahanda kepada sahabat kita, Nasrul Hadi bin Johari yang meninggal dunia jam 10mlm semalam (16 November 2008). Semoga rohnya dicucri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah..

Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk melawat Nasrul di rumahnya pagi td. Perjalanan mengambil masa kira2 1 jam 30min dari UMP. Aku bersama Najib Razali, Ubaidillah dan Shaiful Suliman pergi ke Bandar Al-Muktafilbillah dengan niat untuk berkongsi kesedihan bersama sahabat yang tersayang.

Setiba disana, aku lihat sudah ramai org. Kami masuk ke dalam rumah, tapi jenazah sedang dimandikan. Selepas selesai, aku berkesempatan utk masuk dan melihat wajah allahyarham buat kali terakhir. Aku melihat sahabtku Nasrul menghadapinya dengan tenang dan tabah. Tp aku dpt rasakan, di dalam hatinya penuh dgn kesedihan kerana pemergian org yang disayangi di dunia ini..

Selesai solat jenazah, barulah aku dpt bersua muka dgn Nasrul. Aku memeluk Nasrul sambil membisikkan sedikit kata2 semangat supaya ditabahkan hati. Aku dapat melihat linangan air mata seorang anak dihari pemergian ayahanda tersayang menemui Yang Maha Esa. Ingin rasanya aku turut sama menitiskan air mata. Tapi.....

Setelah jenazah dibawa ke tanah perkuburan, hujan turun renyai2 seolah2 menangisi seorang ayah yang telah banyak mengorbankan segala2 demi keluarga. Tepat jam 12 tghari, urusan pengebumian selesai termasuk bacaan talkin. Ketika kaum keluarga menyiram pusara allahyarham, aku melihat dengan penuh simpati ketentuan Allah keatas keluarga sahabatku ini.

Ketika ditanah perkuburan, Ubai sempat berbisik kepadaku. Beliau berkata, " ini la motivasi yang terbesar bg kita. Kalu xsedar lg, entahlah.." Ya, aku setuju. Kematian itu pasti akan tiba. Kita takkan tahu bila kita akan menghadap Ilahi. Mungkin kejap lg, mungkin esok, mungkin minggu depan atau mungkin bertahun2 lagi. Yang pasti kematian semakin hampir dgn kita..

Buat sahabatku Nasrul Hadi,

Hari ini hari mu. Esok lusa pasti aku jua akan turut merasai apa yang engkau rasakan. Aku doakan engkau tabah dan tenang menghadapi dugaan ini. Yang pergi biarlah pergi. Kehidupan mesti diteruskan jua. Aku pasti engkau akan dapat mengambil alih tanggungjawab menjaga keluarga dengan baik setelah ketiadaan ayahmu. Insyallah. Jikalau ada apa yang mungkin boleh aku bantu, jgn segan silu utk dibgtahu kepada aku. Doaku sentiasa buatmu wahai sahabatku...

Wassalam..

No comments: