Sunday, November 9, 2008

Sehari meraikan bakal Jemaah Haji, Akhi Ahmad Johari Mohammad...

Assalamalaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah, hari Ahad yang tenang dan damai ni, dpt amik skit masa utk berkongsi skit kegembiraan semalam, 9 Nov 2009.

Semalam aku n sahabat2 lain meluangkn masa shari suntuk utkbsama bakal peserta haji tahu ni... Sape lagi kalu bukan En. Ahmad Johari Mohammad, Timb. Dekan FKEE yang dikasihi...

Beliau mengadakan sedikit kenduri kesyukuran di rumah mak beliau di Sg. Isap. Insyallah beliau akan menunaikan ibadah haji bersama Ayah, Emak, kakak dan adik beliau. Kami pun tumpang gembira atas rezeki yang diberikan Allah kepada beliau sekeluarga.

Pagi semalam, kami telah bergotong-royong membantu beliau untuk menyembelih 2 ekor kambing. Oh ya, kami tu adalah, aku sendiri, aminurrasyid, shuhairie, syahir, mughirah dan afizal. Jam 10 pg kami smpai d Bkt. Rangin utk urusan penyembelihan.

Bakal 'Haji' menunjukkan skill melapah beliau.. Heheheh..

Malamnya kami ke rumah mak En. Jo utk makan kenduri yang diadakan. Ramai gak suku-sakat UMP yg dtg. Lecture ada, student pun ada. Kami konvoi dr UMP 4 kete. Singgah kat Masjid Permatang Badak, sembahyang Isya.

Dr masjid, kami gerak 7 kete ke rumah mak En. Jo. Smpai sana kami tggu org kat dalam selesai solat Hajat. Selesai je smyang, diaorg kuar dan upacara makan-makan pun bermula. Lauk yang paling best mesti kambing yg kami sembelih pg td tu..

Selesai makan-makan, org pun da makin kurg, rombongan dr UMP pun amik kesempatan berbual-bual jap dgn bakal Haji. Abis kena sakat dgn kami. Soklan panas adalah, "Mana hajjahnya?" Hahaha.. Anak murid yang nakal...

Kemudian, kami pun bergerak pulang ke UMP. Kami doakan agar beliau sekeluarga diberi kesihatan yang baik spjg menunaikan ibadah haji. Utk makluman, insyallah beliau sekeluarga akan berlepas pada 19 November dan pulang ke tanah air pada 30 Disember nnti.

*Asalnya ade lg gambar yg nk di'upload'kan, tp connection prob la plak.. Nnti ya..

Wasalam..










1 comment:

Muzaffar Saifuddin said...

asm...akhi, akhirnya ade juga posting ni..hehe..sdikit pembetulan,yg akan pergi menunaikan haji ialah ayah, mak, 2 orang kakak n akhi johari sndiri.bkn adiknya.hehe..