Sunday, November 16, 2008

Cuti-cuti Malaysia..

Salah satu cara utk ilangkan stress dan tension adalah dgn melihat alam ciptaan Allah SWT. Dengan melihat alam ciptaan Allah, kita akan sedar akan kebesaranNya. Dari situ akan lahir rasa betapa kerdilnya diri ini. Xperlulah kita nak berbangga dengan kebolehan yang dianugerahkan. Walhal, kebolehan atau kelebihan tu semua pinjaman semata-mata. Kalau Allah nk amik balik apa yang dipinjamkan kepada kita tnpa bayaran tu, sekelip mata je boleh dilakukanNya..


Alhamdulillah semalam, Sabtu 15 November aku berkesempatan pegi ke satu daerah di pahang iaitu Temerloh. Kawasan yang lebih spesifik adlah Lanchang. Aku amik peluang dgn ikut Bro Nazrul ke program anjuran Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIPI) UMP. Beliau dijemput untuk bagi ceramah motivasi. So, ape lagi, aku da ade peluang nk g sana free, ikut je la. Hehehe..


Smpai sana, kami masuk ke satu kg yg diberi nama Kg. Bolok. Sekitar tu ade la Kg. Bolok Hilir dan Kg. Sokmik. Pelik gak dgr nama kg tu. Lepas ceramah, kami dibawa g tgk ke satu masjid lama yang dibina pada tahun 1971. Masjid tu dibina sepenuhnya dr kayu. Senibina n ukirannya masih cantik lg walaupun masjid tu da lama xgunakan. Tok Empat tu bawa kami tgk dengan harapan UMP dapat membantu mereka membaikpulih harta peninggalan tradisional tu. Sebelah masjid lama tu, ade satu rumah. Rumah tu dah lebih 70 tahun dibina tapi masih kukuh berdiri. Tok empat Ya bgtau, tu la antara rumah asal Pahang yg masih ade. Gambarnya ada dlm kamera En Wan. Kalu ada nnti aku uploadkn.


Lepas tu, kami dijemput mkan dgn org kampung. Lauk masak lemak nangka, pucuk paku n ikan goreng. Lama xmkan stail kg ni, skali mkan 2 kali aku tambah. Usyaz Zuridan, Ustaz Abdu, abg Azhar, n En wan pun pakat tambah nasi. Hahaha..


Selesai tu, kami melencong jap g ke Pusat Pemuliharaan Gajah. Masuk free je. Tp masa smpai tu air sungai naik sbb smlm ujan. Ni ade gambar skit..



Posing kat pintu masuk....

Tengkorak gajah 35 tahun. Besar giler....

En Wan dan gajahnya... Hahaha...


Gajah ni tgh menari..Serius beb!

Nk masuk kena pakai tag besar mcm aku pakai tu..

Insyallah, lepas ni jom kita suma bykkan pengalaman dgn g tempat2 yg kita xpenah g. Mesti best. G tu jgn g xpa ade ape2 niat, wat penat je g. G tu pasang niat kerana Allah Taala. Insyallah akn dpt manfaatnya..

Wassalam..



No comments: