Monday, November 17, 2008

Al-Fatihah...

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat ayahanda kepada sahabat kita, Nasrul Hadi bin Johari yang meninggal dunia jam 10mlm semalam (16 November 2008). Semoga rohnya dicucri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah..

Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk melawat Nasrul di rumahnya pagi td. Perjalanan mengambil masa kira2 1 jam 30min dari UMP. Aku bersama Najib Razali, Ubaidillah dan Shaiful Suliman pergi ke Bandar Al-Muktafilbillah dengan niat untuk berkongsi kesedihan bersama sahabat yang tersayang.

Setiba disana, aku lihat sudah ramai org. Kami masuk ke dalam rumah, tapi jenazah sedang dimandikan. Selepas selesai, aku berkesempatan utk masuk dan melihat wajah allahyarham buat kali terakhir. Aku melihat sahabtku Nasrul menghadapinya dengan tenang dan tabah. Tp aku dpt rasakan, di dalam hatinya penuh dgn kesedihan kerana pemergian org yang disayangi di dunia ini..

Selesai solat jenazah, barulah aku dpt bersua muka dgn Nasrul. Aku memeluk Nasrul sambil membisikkan sedikit kata2 semangat supaya ditabahkan hati. Aku dapat melihat linangan air mata seorang anak dihari pemergian ayahanda tersayang menemui Yang Maha Esa. Ingin rasanya aku turut sama menitiskan air mata. Tapi.....

Setelah jenazah dibawa ke tanah perkuburan, hujan turun renyai2 seolah2 menangisi seorang ayah yang telah banyak mengorbankan segala2 demi keluarga. Tepat jam 12 tghari, urusan pengebumian selesai termasuk bacaan talkin. Ketika kaum keluarga menyiram pusara allahyarham, aku melihat dengan penuh simpati ketentuan Allah keatas keluarga sahabatku ini.

Ketika ditanah perkuburan, Ubai sempat berbisik kepadaku. Beliau berkata, " ini la motivasi yang terbesar bg kita. Kalu xsedar lg, entahlah.." Ya, aku setuju. Kematian itu pasti akan tiba. Kita takkan tahu bila kita akan menghadap Ilahi. Mungkin kejap lg, mungkin esok, mungkin minggu depan atau mungkin bertahun2 lagi. Yang pasti kematian semakin hampir dgn kita..

Buat sahabatku Nasrul Hadi,

Hari ini hari mu. Esok lusa pasti aku jua akan turut merasai apa yang engkau rasakan. Aku doakan engkau tabah dan tenang menghadapi dugaan ini. Yang pergi biarlah pergi. Kehidupan mesti diteruskan jua. Aku pasti engkau akan dapat mengambil alih tanggungjawab menjaga keluarga dengan baik setelah ketiadaan ayahmu. Insyallah. Jikalau ada apa yang mungkin boleh aku bantu, jgn segan silu utk dibgtahu kepada aku. Doaku sentiasa buatmu wahai sahabatku...

Wassalam..

Sunday, November 16, 2008

Cuti-cuti Malaysia..

Salah satu cara utk ilangkan stress dan tension adalah dgn melihat alam ciptaan Allah SWT. Dengan melihat alam ciptaan Allah, kita akan sedar akan kebesaranNya. Dari situ akan lahir rasa betapa kerdilnya diri ini. Xperlulah kita nak berbangga dengan kebolehan yang dianugerahkan. Walhal, kebolehan atau kelebihan tu semua pinjaman semata-mata. Kalau Allah nk amik balik apa yang dipinjamkan kepada kita tnpa bayaran tu, sekelip mata je boleh dilakukanNya..


Alhamdulillah semalam, Sabtu 15 November aku berkesempatan pegi ke satu daerah di pahang iaitu Temerloh. Kawasan yang lebih spesifik adlah Lanchang. Aku amik peluang dgn ikut Bro Nazrul ke program anjuran Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIPI) UMP. Beliau dijemput untuk bagi ceramah motivasi. So, ape lagi, aku da ade peluang nk g sana free, ikut je la. Hehehe..


Smpai sana, kami masuk ke satu kg yg diberi nama Kg. Bolok. Sekitar tu ade la Kg. Bolok Hilir dan Kg. Sokmik. Pelik gak dgr nama kg tu. Lepas ceramah, kami dibawa g tgk ke satu masjid lama yang dibina pada tahun 1971. Masjid tu dibina sepenuhnya dr kayu. Senibina n ukirannya masih cantik lg walaupun masjid tu da lama xgunakan. Tok Empat tu bawa kami tgk dengan harapan UMP dapat membantu mereka membaikpulih harta peninggalan tradisional tu. Sebelah masjid lama tu, ade satu rumah. Rumah tu dah lebih 70 tahun dibina tapi masih kukuh berdiri. Tok empat Ya bgtau, tu la antara rumah asal Pahang yg masih ade. Gambarnya ada dlm kamera En Wan. Kalu ada nnti aku uploadkn.


Lepas tu, kami dijemput mkan dgn org kampung. Lauk masak lemak nangka, pucuk paku n ikan goreng. Lama xmkan stail kg ni, skali mkan 2 kali aku tambah. Usyaz Zuridan, Ustaz Abdu, abg Azhar, n En wan pun pakat tambah nasi. Hahaha..


Selesai tu, kami melencong jap g ke Pusat Pemuliharaan Gajah. Masuk free je. Tp masa smpai tu air sungai naik sbb smlm ujan. Ni ade gambar skit..



Posing kat pintu masuk....

Tengkorak gajah 35 tahun. Besar giler....

En Wan dan gajahnya... Hahaha...


Gajah ni tgh menari..Serius beb!

Nk masuk kena pakai tag besar mcm aku pakai tu..

Insyallah, lepas ni jom kita suma bykkan pengalaman dgn g tempat2 yg kita xpenah g. Mesti best. G tu jgn g xpa ade ape2 niat, wat penat je g. G tu pasang niat kerana Allah Taala. Insyallah akn dpt manfaatnya..

Wassalam..



Saturday, November 15, 2008

Janji dulu...

Assalamualaikum.. Spt yg dijanjikn dlu, nk letak lg gmbr yg kenduri en jo. Ni ape yg dijanjikan....


Nmpk kamera, terus pgang pisau...Hahaha..


Skil melapah bakal 'Haji'

Anak En. Nizam @ Tukang Sembelih.. Hehehe..


Afizal lagi...Nape muka dia je ni??


Ha, kambing tu tinggl tulang belakang je slepas dikerjakan...


Ni la hasilnya, malam tu... Alhamdulillah..

Eh, afizal lagi.. Pelik gak ni...

Ramai sahabat2 dtg meraikan tuan umah...
Wassalam..



Friday, November 14, 2008

Sekian lama mendiamkn diri....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. Pertama-tamanya, syukur sgt2 sbb dibuka ruang utk menulis lg dlm blog ni. Da beberapa ari da xsempat nk tulis dlm blog ni. Btul la ckap org, cabaran utama blogger adalah nk post bahan2 baru secra konsisten.

Komitmen sbg pelajar membataskan ruang2 utk meluangkan masa yg lebih kat blog ni. 1stly, final exam la. Last paper pg smlm. agak susah....

2ndly, tesis PSM. Alhamdulillah, da antar utk penjilidan da. Ada hikmah rupanya gap seminggu antara exam smlm dgn exam mggu lepas. Dlu msa mula2 jadual kuar, ramai merungut nape la gap jauh sgt. Tp biasa la manusia, sumanya xkena..

Dlm bbrapa hari xtulis blog ni, mcm2 perkara blaku. Ikutkn mmg nk tulis sumanya tp blom mampu lg. Antaranya Psal SPM. Adik bongsu aku amik SPM. Cabar dia kalahkn aku ADD MATH. Hahaha...

Lain2 yg blaku result UPSR kuar. Try call ayah kpd adik Fitri kat Kuala Pahang tp xdpt lak. Xpe2,sok lusa akn try lg..

Then kalu korg perasan dlm chat box tu, ade yg cadangkn supaya pengisian atau bahan2 biar lebih berbentuk Fikrah. Insyallah akan diusahakan dr masa ke semasa. Means dat, i need to gain more and more knowledge about Islam and related it with what happen around us. Eh, speaking lak...

Ni baru balik dr Muar sbnarnya ni. Penat sgt2 da. Mujur da solat siap2 dlm pjalanan td..

Dalam kepala dok fikirkn bila nk mula kemas brg2, bila nk balik, dan sedar xsedar, aku akn meninggalkn UMP rupanya. Sem depan akn wat LI kat KL. Bila la lg akn dtg UMP ya... Emmm..

Skit info psal LI aku, nama company aku wat LI adalah Antara Jurutera Perunnding Sdn. Bhd. Basenya kat Kepong, Kl. Insyallah akn mula LI 15 Disember ni..

Oklah ya, tilam da melambai2.. I need some rest.. See u all later..

Wassalam..

Sunday, November 9, 2008

Sehari meraikan bakal Jemaah Haji, Akhi Ahmad Johari Mohammad...

Assalamalaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah, hari Ahad yang tenang dan damai ni, dpt amik skit masa utk berkongsi skit kegembiraan semalam, 9 Nov 2009.

Semalam aku n sahabat2 lain meluangkn masa shari suntuk utkbsama bakal peserta haji tahu ni... Sape lagi kalu bukan En. Ahmad Johari Mohammad, Timb. Dekan FKEE yang dikasihi...

Beliau mengadakan sedikit kenduri kesyukuran di rumah mak beliau di Sg. Isap. Insyallah beliau akan menunaikan ibadah haji bersama Ayah, Emak, kakak dan adik beliau. Kami pun tumpang gembira atas rezeki yang diberikan Allah kepada beliau sekeluarga.

Pagi semalam, kami telah bergotong-royong membantu beliau untuk menyembelih 2 ekor kambing. Oh ya, kami tu adalah, aku sendiri, aminurrasyid, shuhairie, syahir, mughirah dan afizal. Jam 10 pg kami smpai d Bkt. Rangin utk urusan penyembelihan.

Bakal 'Haji' menunjukkan skill melapah beliau.. Heheheh..

Malamnya kami ke rumah mak En. Jo utk makan kenduri yang diadakan. Ramai gak suku-sakat UMP yg dtg. Lecture ada, student pun ada. Kami konvoi dr UMP 4 kete. Singgah kat Masjid Permatang Badak, sembahyang Isya.

Dr masjid, kami gerak 7 kete ke rumah mak En. Jo. Smpai sana kami tggu org kat dalam selesai solat Hajat. Selesai je smyang, diaorg kuar dan upacara makan-makan pun bermula. Lauk yang paling best mesti kambing yg kami sembelih pg td tu..

Selesai makan-makan, org pun da makin kurg, rombongan dr UMP pun amik kesempatan berbual-bual jap dgn bakal Haji. Abis kena sakat dgn kami. Soklan panas adalah, "Mana hajjahnya?" Hahaha.. Anak murid yang nakal...

Kemudian, kami pun bergerak pulang ke UMP. Kami doakan agar beliau sekeluarga diberi kesihatan yang baik spjg menunaikan ibadah haji. Utk makluman, insyallah beliau sekeluarga akan berlepas pada 19 November dan pulang ke tanah air pada 30 Disember nnti.

*Asalnya ade lg gambar yg nk di'upload'kan, tp connection prob la plak.. Nnti ya..

Wasalam..










Friday, November 7, 2008

Khutbah Jumaat 7 November 2008

Assalamualaikum, salam Jumaat utk semua. Seperti biasa hari ini, da menjadi kewajipan bagi kaum muslimin utk menunaikan kewajipan Fardhu Jumaat. Khutbah hari ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Md Abdu bin Sahak berkait dgn Integriti bersempena sambutan hari Integiti peringkat UMP.

Tapi sebelum tu, aku agak arah td dgn ade 2 org hamba Allah yg dduk dibelakang aku. Tgh khatib membacakan khutbah, boleh plak dia dok sembang2, siap gelak2 lg. Org dok perhati, tp masih xpaham2.. Didoakan mereka akan faham dan tidak ulangi lg pd masa hadapan. Amin..

Antara isi2 yg sempat diambil td berkaitan integriti adalah;

1. Integriti berkait rapat dgn amanah spjg masa, ketelusan dlm sesuatu urusan terutamanya urusan yang melibatkan perkara rasmi dan ramai org.

2. Ada 5 tujuan yg terkandung dlm Pelan Integriti Negara (PIN) antaranya yg aku ingat, mengurangkan rasuah dan penyelewengan dlm urusan2 seharian; mengurangkan karenah birokrasi; meningkatkan kualiti institusi kekeluargaan; menambahbaik kualiti pengurusan dan satu lg xngat la.

Bgus tajuk kali ni. Sebenarnya bukan hanya utk org2 yg da bekerja, tp utk suma terutamanya student2. Da abis keje sok kita pun nk masuk ke alam pekerjaan. So berintegriti la ya.

Wassalam.

Thursday, November 6, 2008

Ex-Gratia : Perlu ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Cadangnya hari ni seperti yg dimaklumkan semalam, nk posting psal hal perkahwinan. Ala, psal Norman Hakim dgn Abby Abadi tu la. Tp ttba bertukar fikiran sbbnya ada satu berita yg lg penting. Hal rumah tangga org tu sekadar tahu pun da memadai. Hehehe..

Arini aku terbaca satu berita yang aku rasa xpuas ati dgn sesetengah pihak. Korg ade baca x pasal bayaran ex-gratia kepada 5 orang bekas hakim? Ex-gratia ni kira mcm bayaran pampasan ataupun saguhati la. Utusanonline (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm) siarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa kerajaan telah membayar RM10.5 juta kepada hakim2 tersebut. Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/92592) pun turut menyiarkan berita tersebut.

Ape yg menjadi ketidakpuasan hati aku adalah kenapa perlu dibayar sebegitu banyak? Pakai duit rakyat pulak tu. Duit RM10.5 juta tu kalu disumbangkan kepada org2 yg lebih memerlukan lg bagus. Di dada akhbar, bape ramai anak2 kecil yg memerlukan ribuan ringgit untuk menampung kos perubatan dan pembedahan?

Tapi ape yg berlaku RM10.5 juta tu hanya diberi kepada 5 org. Dan 5 org tu pulak secara logiknya mmg da kaya da pun. Masing2 ade gelaran 'Tun' la, 'Tan Sri' la, Datuk la... Yg lg best tu, masing2 tiap2 bulan menerima duit pencen dr kerajaan bernilai ribu-ribu ringgit. Paling rendah RM4815 sebulan. Byk tu.. Kalu setahun da bape da.. Bayaran tu plak start dr tahun 1988. Kira la bape juta da dibayar utk duit pencen tu.

Xkisah la pasal bayaran pence tu sbb tu da mmg hak diaorg sbgai pesara yg mmg layak dpt, tp yg xpatutnya bayaran ex-gratia tu. Mcm2 leh wat dg duit berjuta2 tu. Beratus2 org lg leh dapat kebaikan dan lebih memerlukan duit berjumlah jutaan ringgit tu. Kalu ya pun kes tu berlaku kerana kesilapan kerajaan, patut la duit rakyat digadaikan sebyk itu. Salah yg berlaku masa lepas, da berlaku biarkan la berlaku. Jadikan pengajaran.

Aku kesal la dgn pendekatan yang diambil utk kes ni. Kalu nk bg pun, xpayah la sebanyak itu. Kalu duit tu dibagi kat siswa-siswi yg nk g LI sem depan pun ade gak faedahnya. Hehehehe....

Emm.. ni satu kes psal pengurusan duit rakyat. Byk lg kes2 yg peli kita tgk balik. Cthnya mcm pembelian helikopter dari Eurocopter, kapal selam, pesawat sukhoi, tender2 kerajaan yg lain dan mcm2 lg la..

So kita sbgai rakyat ada hak utk tahu kemana duit kita disalurkan. Bukan hanya utk kepentingan sesetengah pihak saje, tp utk kepentingan bersama. Ape yg aku cakap ni hanya dari ape yg dibaca di dlm akhbar2 maya. Kalu nk maklumat lanjut, jom sesama kita kaji. Sape ade ape2 maklumat, kongsi2 la ya....

Wassalam..

Tuesday, November 4, 2008

2 more to go..

Alhamdulillah, da bape ari xantar post, arini dpt gak wat. Td baru selesai 2 paper final. Digital Signal Processing (DSP) & Industrial Control Technology (ICT). Giler btul la jadual kali nih, 2 paper sehari...

So lepas ni tggl lagi 2 paper, Electromagnetic Field Theorem (EMT) & Automation and Robotics a.k.a 'robot'. Dua2 ni paper killer nih. Kelmarin coursework baru masuk, sedey ar markahnya..

Aku xnk la sem ni sangkut plak. Disaat-saat tgh bsemangat nk g LI ni. Kang xpasal je kena extend. Xnk! Xnk!

Ni tgh final, tp ade gak keja lain nk kena wat. 1st skali tesis PSM la.. Last date 17nov. Tp kena la antar awal sbb SV nk check. Pastu lab robot lagi. Kena wat btul2 lab ni, nk bg dpt 10 markah yg sgt2 penting. Hahaha..

Final EMT ari khamis ptg. Sok ptg ade Syarahan Umum dr Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, Pakar perlembagaan dr UIA. Aku plan nk g la dgr. Tajuknya "Political Will: Mendaulatkan Perlembagaan, Memartabatkan Integriti".

Tp ape ek soklan aku nk tnya sok. Ok ke kalu tnya psal perlembagaan yg skang ni rasanya makin byk pihak soalkn. Cthnya mcm kedaulatan agama Islam sbgai agama rasmi negara. Kalu da agama rasmi negara, tp kena agama Islam masih lg leh dipersoalkan oleh agama lain? Sbb mereka xpaham atau mmg dlm perlembagaan hnya nyatakan agama Islam tu agama rasmi je, tnpa menyatakan ape2 yg berkaitan keterancaman Islam spt yg berlaku harini.

Emm.. do sape yg baca ni jom la g skali ya. Jam 2.30ptg di Banquet KPU. Mggu depan lak ade lagi syarahan. Kali ni dr Prof. Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Maklumat lanjut nnti aku bgtau ya.

Oklah, nnti la post lg. Ttba rajin lak nk wat tesis. Ha, mlm ni nk sentuh psal rumah tangga la plak. Hehehe.. Insyallah....

Wassalam..

Sunday, November 2, 2008

Putar fakta.

Assalamualaikum kepada semua. Alhamdulillah, dpt lg antar post walaupun skang ni masa yg amat kritikal untuk final exam. Insyallah aku akan menduduki exam pada Selasa 4 Nov. @ paper skali gus dlm satu hari. Memang dahsyat tul..

Ok, posting kali ni nk share psal satu isu yg timbul membabitkan media massa pada hari ini. Semua org pun tahu ranking kebebasan media massa di Malaysia berada di tahap yg sgt teruk. So tadi dok belek2 berita online, ada satu berita berkait dgn memputar belit fakta di akhbar.

Harakahdaily.net harini melaporkan bahawa Utusan telah memanipulasi kenyataan Presiden PAS. Untuk baca berita tersebut, korg leh view kat link ni;

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017674&Itemid=85

Berita yg dipaparkan menunjukkan macam mana kenyataan satu pihak dimanipulasi sehingga maksud sebenarnya jauh melencong. Pada aku, ni bukan kali pertama berlaku kes mcm ni. Sebelum2 ni pun da byk kali. Media elektronik pun x terkecuali. Cth mcm TV3. Ada gak pernah manipulasi berita.

Antara cth isu yg kalu anda semua ingat lagi paling byk dimanipulasi selepas pilihan raya umum ke-12 bulan MAC lepas. Bila berita yg memburukkan pihak yg tak sealiran dgn kerajaan, punya la pjg dan sgt la detail. Komen rakyat plak sumanya yg mengutuk pihak tersebut. Tp bila isu atau berita yg menampakkan kelemahan pihak kerajaan, xkuar pn lgsg.

Tuhuan aku ckap ni bukan lah nk menyebelahi mana2 pihak. Tp ihak2 yg berkenaan spt akhbar dan stesen televisyen perlulah lebih adil dan telus dalam menyiarkan sesuatu berita. Kenapa perlu takut kalu berita yg dipaparkan itu benar even berita tu seolah2 menyebalahi pihak pembangkang.

Ni kalu org nk kata aku pembangkang ke, aku anti kerajaan ke, kata la. Tp ape yg aku suarakan ni dr ape yg aku lihat berlaku dlm negara kita. Xsalahkan seorg mahasiswa bersuara memberi pendapat dr ape yg dilihatnya. Seorg mahasiswa bijak adalah mahasiswa yg berani memberi pendapat walaupun pendapat tu tidak menyebalahi mana2 pihak. Hehehe..

Oklah, ckup dlu kot. Nk smbg stdy. Exam2... Insyallah slepas ari selasa ni baru ade posting baru. Doakan aku jwab exam dgn tenang ya. Sekian.

Wassalam.

Saturday, November 1, 2008

Minyak turun lagi...

Alhamdulillah, setelah bberapa hari xdpt nk post kat blog ni, arini dpt lg.. Mber2 asik perli jer, ape xupdate blog ni.. Ade gak yg dok baca ya.. Hehehe..

Sehari dua ni mmg agak bz skit. Bukan skit, tp byk gak la.. No. satu psal tesis la. Due to harddisk corrupt last few days, i face a lot of problem. I need to start again to build my VB software coz i need the coding for my tesis. Alhamdulillah, my SV give permission to submit draf tesis next monday.

Ok, back to our topic. Fuel price cut of 15 sen per liter. This make the new price for petrol RON97 down to RM2.15 per liter and diesel down to RM2.05 per litre starting today (Saturday). This is the fourth times the fuel reduces in the last two months.

So, after the fourth times reduction, are we can see the price for grocery, food and other also reduce due to the new price for petrol and diesel? I think it is hard to see happen immediately. But we hope for it. Hope something positive to give benefit for all Malaysian..

Wassalam..

p/s : Langkah awal utk memantapkan penguasaan English. Kalu ade salah silap tu, tlg la tegur ya. TQ..

Tuesday, October 28, 2008

Harga minyak mentah dunia turun lg..

Akhbar online arini menyatakan arga minyak dunia jatuh lagi. Setakat blog ni ditulis, harga setong minyak US$63.22. Dijangkakan harga ni akan turun lagi.

Minyak dunia da turun lagi, tp harga minyak kat Malaysia xturun lagi. Skang ni RM2.30 seliter bg petrol RON97. Kalu ikutkan harga minyak dunia, kita leh dpat harga yg lagi rendah, lagi rendah dr harga dulu RM1.92 seliter.

Kerajaan umukan hujung bulan ni akan ada penurunan. Tapi maksimum penurunan adalah 15 sen sahaja. Katanya nk elakkan kerugian besar kepada pengusaha minyak.

Skang ni kepentingan siapa lg penting? Rakyat atau tokei minyak yg rata2 da kaya. Kalu bg alasan penurunan mendadak akan merugikan pengusaha minyak, kenapa dlu masa kenaikan mendadak sehingga RM2.70 seliter xtimbul plak pengusaha minyak ni untung besar?

Skang ni nmpk la yang kepentingan minoriti lagi diutamakan dr kepentingan majoriti (rakyat). Takut pengusaha minyak rugi, byk lagi sbnarnya rakyat yg lg miskin di luar sana yg menderita kerana kenaikan harga minyak.

Mmg la harga da turun, tp harga barang2, makanan di kedai turun ke? Xjumpa lg pun harga barang2 keperluan yg turun. Cthnya mcm harga tiket bas. Satu penipuan besar da berlaku. Yg tertipu sape lg, rakyat yg naik bas la. Kata surcaj tiket bas 30% smpai 15hb je, tp alih2 dilanjutkan plak. Aku xtau la ape alasan dilanjutkan surcaj tu.

Tgk la skang, yg kaya makin kaya. Rakyat yg lain menderita. Tambang bas naik, gaji pemandu naik x? Korg siasat la sndiri ya. Pak Menteri senang la ckap, dia xpenah naik bas. G mana2 pun ade driver, isi minyak pkai kad, kad tu lak amik duit dr kerajaan. Duit kerajaan sumbernya dr rakyat yg bayar cukai la..

Emmm..ntah la.. Ni sekadar meluahkan pendapat yg rasanya timbul gara2 kesempitan yg dirasai. Mungkin ada sbb2 tertentu kenapa blaku smpai mcmni. Jom la sama2 kita tggu pengumuman penurunan harga minyak..

Wassalam..

TV3.. Politik atau Kemanusiaan??

Alhamdulillah dpt lg tulis dlm blog ni. Last post pun bbrapa hari yg lepas. Btul la kata org, bila da ade blog ni, cabaran yg paling utama ialah nk maintain posting ke blog stiap ari. Aku yg baru bbrapa ari ade blog ni pun da diduga oleh cabaran tu...

Bbrapa ari kebelakangan ni, mmg sgt2 sibuk dgnmcm2 bnda. Testnya, assignment lg, n paling sakit, strat wat balik tesis from zero. Ade sape2 nk tolong taipkn ke tesis aku? Hehehe.. Tp dlm sibuk2 ni, smpat gak aku ke KL ari sabtu yg lepas. Bukan saje nk buang masa g KL, tp nk melepaskn rindu pada mak abah yg kebetulan dtg ke KL...

Aku kalu g KL, mmg akn tido kat umah kak long kat Selayang tu. Mak abah smpai lepas isya. So bila kat umah baru la berkesempatan nk menonton tv. Tepat jam 8mlm aku da tercegat kat depan tv sbb nk tgk berita. Berebut remote tv dgn anak sedara aku, Aleesya sbb dia nk tgk kartun. Tp last2 aku menang. Hahaha...

Aku pun bukak la TV3 dgn harapan nk tau perkembangan banjir di Utara semenanjung yg melibatkan Perak, Kedah n P. Pinang. Then, bila berita mula, headlinenya xde pun psal banjir. Aku pun tggu gak la lg. Smpai la ket segmen berita dlm negeri yg ditaja oleh Celcom. Tggu pnya tggu, smpai abis segmen tu, xde gak. Yg ade kuar psal bnda2 lain. Psal politik, psal survivor org Melayu n mcm2 lg.

Bila tggu xkuar2 gak, aku pun terpikir, nape dgn TV skang ni? Apa hal politik lg penting ke dr msalah kemanusiaan yg melanda utara semenanjung? Pkir pnya pikir, smpai la fikiran aku kaitkan ape yg berlaku dgn politik. Aku tertanya-tanya, apa suma ni blaku sbb negeri2 yg dilanda banjir tu pemerintahnya suma berlainan fahaman politik ke?

Kemudian aku terus membuat perbandingan dulu n skrang. Dulu masa banjir kat mana2 pun, akn kuar la muka org2 politik yg tertentu dlm tv naik bot, redah banjir nk bg bantuan kat mangsa banjir. Tp skang ni lain. Da xde suma tu. Kenapa bila bertukar pemerintah di negeri2 tersebut, masalah2 rakyat pun tidak disiarkan? Ini ke balasan utk rakyat2 yg menggunakan kuasa mereka dlm sistem demokrasi dgn memilih pemimpin yg mereka kehendaki tp pemimpin yg mereka pilih tu tak sehaluan fahaman politik dgn kerajaan pusat?

Ah, fikiran aku melayang tlalu jauh ni. Try pikir positif balik. Mybe banjir da reda. Aku pun lupakn seketika hal banjir tu. Aku tpikir lak msalah survivor org Melayu. Ada yg sebut ketuanan Melayu. Pikir pnya pikir, ttba aku teringat artikel yg penah aku baca psal Dr. Burhanuddin Helmy dan rakan2 seperjuangan org lain dlm Malaysiakini.com.

Menarik artikel tu sbb ia mempertikaikan watak yg sebenarnya yg mula2 memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu. Bukan UMNO yg mulakan perjuangan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Artikel tu gak menyatakan spatutnya bukan Tunku Abdrul Rahman yg digelar Bapa Kemerdekaan.

Ah, aku da pening. Mana satu yg betul nih. Dlu blajar sejarah, Dr. Burhanuddin tu dicop sbgai pihak berhaluan kiri. Bila baca artikel yg menyingkap sejarah kemerdekaan dlu, wat aku terpikir balik. Ni yg wat perlunya kajian lebih lanjut ni...

Aku penah tgk satu video yg ceritakan rentetan perjuangan sejarah kemerdekaan kita. Tp cari balik xjumpa dah katne letak. Nnti kalu ade aku try masukkn dlm blog ni. Alamak, da kul 4.30 la. Keje siap lg nih....

Emm.. Insyallah nnti aku post lg ttg mcm2 yg aku pikirkn psal bnda2 kat atas ni. Ada repot yg kena disiapkan..

Wassalam..

Thursday, October 23, 2008

Pengumuman..

Assalamualaikum..

Wacana Ilmu minggu ini akan dijalankan seperti biasa;

Tempat : Bilik Latihan Makmal FKEE

Masa : 12.00tgh

Sila hadir tepat pada masanya kerana kita akan mulakan tepat jam 12.00tgh kerana watu solat Zohor skang ni awal. Sila sebar2kan pada kawan2 lain ya. Semua dijemput hadir.

Wassalam..

Tuesday, October 21, 2008

Lagi salah guna kuasa????

Malaysiakini.com hari ni melaporkan ada lagi laporan polis dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Malaysia berhubung pembelian helikopter menggantikan Nuri. Artikel semalam, juga dalam Malaysiakini.com turut mempersoalkan pembelian helikopter jenis Eurocopter yang didakwa mahal dari harga yang dibeli oleh Brazil. Brazil beli RM82 juta sebuah, tapi Malaysia pulak beli RM193 juta sebuah. Beza RM111 juta. Tu baru sebuah. Kalau da 12 buah Malaysia beli, korang kira la sndiri.. Nk tau lebih lanjut, g la kat

http://www.malaysiakini.com/news/91603 http://www.malaysiakini.com/news/91678.

Kita pun tak tau mana satu pihak yg betul. Dulu pun masa beli kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi pun ada gak timbul isu harganya. Yg jadi masalahnya ialah, pembelian tu guna duit cukai yang dibayar oleh rakyat. Tu la sbbnya ada bila ada keraguan, rakyat mempersoalkan.

Kalau la betul apa yg dilaporkan tu, apa yang kita sbgai rakyat boleh wat? Ini la yang meresahkan byk pihak. Kita tidak pasti dari segi ketelusan dalam soal-soal pembelian yg melibatkan wang berjuta-juta, bahkan berbilion ringgit.

Ada kawan-kawan yg bila baca berita tu, mulut terus maki hamun org2 yg berkenaan. Macam da bayar cuaki je. Hahaha.... Ada gak yg cakap, biasa la tu. Suma tu politik. Bila da sntuh bab politik, mcm2 la yg kuar. Ada yg xtau psal perkembangan semasa politik Malaysia pun turut berminat. Yg lg best tu, isu yg berbulan2 lepas pun disebutnya. Nmpk sgt jarang baca berita kawan2 aku nih. Ishhkk3...

Emm.. Politik.. Isu yg menarik untuk dibincangkan. Mcm2 pendapat, mcm2 hujah kuar bila ckap hal politik ni. Aku pun sama la. Best sbnarnya baca mcm2 artikel psal politik ni. Then bila timbl satu2 isu tu, kita akn dpt tgk mcm2 komen dari org2 penting di Malaysia. Dan akan ada yg saling berbalas2 komen dalam akhbar. Aku juz nk nasihatkn kpd korg suma, kalu nk baca ape2 pastikan kita baca dari kedua2 pihak. Agak tidak adil la kalu kita dgr satu pihak je kn?

Mcmmana nk dpt berita dr kedua2 pihak tu, aku rasa korg pun tau cmne. Then gunakan kebijaksanaan masing dgn melihat situasi semasa sebelum mebuat kesimpulan sape yg salah, sape yg cepat melatah n sape yg betul. Politik ni kalu xde penyokong n pembangkang, xmeriah la jadinya. Masing2 saling memerlukan sbnarnya. Korg bayangkan kalu Malaysia ni xde pembangkang, ape akan jd? Then bayangkan plak Malaysia ni ade pembangkang jer, ape plak akan jadi? Kena ade dua2, baru la ade persaingan. Bila ade persaingan, baru la xde pihak yg leh wat sesuka ati jer masa mentadbir..

Aku belum bersedia lg nk komen lg mendalam pasal politik ni. Xnk nmpk menyebelahi mana2 pihak. Juz leh sentuh scara general jer. Kang lebih2 kang kena AUKU plak, susah aku. Xkawin nnti.. Hahaha...

So, ape plak pendapat korg? Fikir-fikirlah yer...

Wassalam..

Monday, October 20, 2008

Arghh!! Laptop rosak...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah dpt lg tulis arini. Ni baru leh online slepas bbarapa jam xle nk online. Sbbnya harddisk laptop rosak. Abis suma fail2 dlm tu xle nk bkak. Fail lain tu xkisah sgt, tp fail PSM tu yg sgt2 la penting. Kalu x cmne nk wat tesis PSM. So skang ni, tpaksa bgantung pada fail backup. Tp still byk yg kena wat sbbnya fail backup tu ade kekurangan. Xsepenuhnya mcm masa present n demo aritu... Sedihnya...

Mungkin ni la dugaan utk aku. Ye la,b4 dis asyik tgk laptop org je rosak. Xsangka lak arini laptop aku lak yg rosak. Nk antar kedai lak, warranty da abis. Tepon abah, kena sound "yang [andai2 bukak harddisk tu nape. G antar kedai.." Hehehe... Aku bukak sndiri harddisk tu, then try la pasang kat laptop org lain, tp xle gak. Still gak kuar bunyi "ktak, ktak,ktak...". Ni nasib ade external harddisk. Ape lg, pasang terus la. Kalu nk tggu g kedai, ntah bila nk kuar. Dgn testnya, assgmnt lg..

So kat sini aku nk sarankn kat kawan2 suma, bukan antivirus je kena update. Fail yg kita wat backup pun kena update. Hahaha.. Jgn nnti masalah yg aku dpt ni, korg pun dpt. Pening kpla oo... Tambah2 kalu bnda tu sgt2 penting, mcm PSM ke, surat LI ke, or ape2 yg rasmi la...

B4 stop, nk promote skit. Rabu ni kat astaka ade pameran R&D FKEE jam 9pg smpai 5ptg. So suma dijemput hadir. Ade pameran projek2 FKEE dr lecture n student. Then utk student, ade ptndingan projek PSM tbaik, design tbaik nape lg ntah. Jemput la dtg beramai2 ya. Bukan FKEE pun leh dtg. Kalu x,xdenya wat kat astaka.. Sebar2kan ya bnda baik ni..

Wassalam..

Saturday, October 18, 2008

Kenapa Mencari??

Alhamdulillah dpt lg kesempatan utk post yg seterusnya. Mesti org cakap, "semangat giler antar posting", "biasa tu baru2 je, lama2 sok da xpost"...Hehe..Mmg da sijangka akan ada yg ckap mcm2. Ape2 pun, suma tu dugaan sorg blogger yg baru bermula..(poyo jer ayat..)

Ok,kali ni aku nk citer skit nape blog ni guna "Mencari, mencari dan terus mencari..". Ada mber yg tnya nape ek 'Mencari?'.. Emm...i'll try my best to huraikn persoklan tu..

Setiap kita ada sasaran ataupun target masing2kn? Dan sasaran tu plak xkn sama antara satu sama lain. Aku sndiri pun ada sasaran yg aku nk capai. So dalam mencapai sasaran tu, aku mencari apa yg perlu utk aku gapai sasaran yg aku tuju. Nk mencari tu plak, bukannya akn terhenti ataupun sekadar seketika sahaja tp berterusan.. Jadi aku gunakan ayat "Mencari, mencari dan terus mencari.." supaya aku akan teruskan pencarian tu.

Bila kita terus mencari, insyallah kita akn mendapat sesuatu. Cuma terpulang pada kita mcmana nk menilai ape yg kita jumpa tu dan mcmana nk aplikasikn penemuan kita tu supaya dpt dijadikan panduan dlm meniti kehidupan di dunia dan seterusnya membawa bekalan ke akhirat. Aku xreti nk huraikn dari segi Islamic sbb ye la, background aku pun bukannya dari aliran agama. Cuma yg ada sedikit ilmu yg dikutip2 dari sahabat2, buku dan majlis2 ilmu...

Aku rasa penerangan yg ringkas ni dpt menjawab kot nape aku 'Mencari..'.. Lgpun da nk masuk Zohor ni.. Jom kita solat ya....

Wassalam..

Friday, October 17, 2008

Wacana Ilmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Seperti yang dijanjikan, mlm ni aku post lg. Hehehe.. Ni baru balik g makan kat Sinar slepas berpeluh2 jawab test EMT. Giler susah..

Ok,berbalik pada topik Wacana Ilmu. Mesti ada yg xtau ape tu Wacana Ilmu. Wacana Ilmu ni sbnarnya program yg dianjurkan setiap ari Jumaat jam 12.00 tgh. Watu kritikal tuh. Slalunya waktu ni best tdo. Hehehe... Program ni wat kat Bilik Seminar FKEE (kat lab FKEE). Kalu xtau bilik tu katne, leh je tnya, akan aku bg peta menuju ke sana. Sesaper pun leh dtg, xkisah laki pompuan. Program ni kita wat as medium utk mendengar sedikit perkongsian dr penceramah. Slalunya Timb. Dekan FKEE yg bg iaitu En. Ahmad Johari Mohamad. Dalam masa 45 kita akan diberi pengisian yg banyak berkaitan dengan diri kita as student.

Minggu ni En. Jo share tajuk "Pelajar Muslim Cemerlang" aka PMC. Tajuk yang menarik perhatian aku. Slalu kita dgr 'Pelajar Cemerlang", "Mahasiswa cemerlang".. Mana perginya identiti kita as Muslim?? Ok, ade bberapa pkara yang dapat dipetik dr sesi Wacana td utk dikongsikan;

Sebagai seorg PMC, kita haruslah;

1. Meluruskan dan memperbetulkan niat belajar kerana Allah SWT.

2. Mengetahui bahawa dasar atau asas keilmuan moden hari ini adalah dtgnya dari ilmuan Islam

3 Meluaskan pandangan terhadap aktiviti belajar n mengajar.

4. Memahami bhawa aspek pendidikan moral lebih diutamakan drpd aspek ilmu yg lain.

5. Pandai memilih sahabat atau kawan yg perlu rapat atau akrab (point ni best..)

6. Memberikan perhatian yg ckup pada msalah pembelajaran.

7. Tertib dlm menyusun kehidupan dan urusan. (elobaration En. Jo best psal point ni. Heheh..)

8. Membuat jadual dan bsungguh menepati jadual. (aku ckup payah nk ikut jadual. hahaha..)

9. Membiasakan diri utk bersih dlm sgala hal, zahir n batin. (katil korg mesti berteraburkn?)

10. Rajin mengikuti pelajaran dr gurunya.

11. Mengetahui bhawa sbhagian besar plajaran adalah kait mengait.

12. Selalu zikir pada Allah, berlindung kpd Allah dari syaitan, memulakan sgala aktiviti dgn Bismillah dan pohon bantuan dari Allah.

13. Menunaikan kewajipannya thadap pelajarannya, kemudian bertawakal kpd Allah dan mengikuti ujian dgn tenang.

Aku tertarik dgn maksud ayat 5 & 6 surah Al-Insyirah yg bermaksud;

5- Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

6- sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Ayat ni menunjukkan bahawa stiap kesusahan yg kita hadapi, yang tersiratnya adalah kemudahan yg akan kita kecapi. Susah mcmmana pun jika kita usahakan utk atasi, Insyallah dgn izin Allah kita akan dpt selesaikn. Cuma tinggal cepat atau lambat je. Ingat, Allah tidak akan uji hambanya dgn ujian yg xmampu ditanggung oleh hambanya itu..

Jadi sbgai kesimpulannya dptlah aku rumuskn kat sini bahawa kita kalu nk jadi sorg PMC, cuba penuhi ciri2 yg disebutkan diatas. Alwaz kita ngat, PMC akan dpt pahala atas usahanya utk belajar bahkan setiap perbuatan, tindakkan even tido pun dpt pahala. Pemurahnya Allah SWT..

Ada satu quote yg best masa Wacana td, "jgn sampai studi menggangu masa tidurnya, jgn smpai tidur dan lainnya menggangu masa studinya.."

Oklah,aku rasa stakat ni dulu sikit perkongsian dr Wacana Ilmu. Insyallah utk minggu hadapan kalu dpt diadakan Wacana Ilmu akan dimaklumkan kat blog ni. Insyallah...

Wassalam..

Khutbah Jumaat 17 Oktober

Alhamdulillah td selesai solat Jumaat di Masjid UMP.. Khutbah arini disampaikn oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Hilmi Mohd Said. Khutbah berkaitan keperluan memilih sumber atau keperluan yang halal. Tajuk penuh xbape nk ingat. Tapi berkaitan hal2 memilih bnda yg halal lg bersih..

Antara isi khutbah yg dpt sempat diambil adalah betapa setiap jasad ni ada seketul daging yg mana daging tu yang akan menentukan baik buruk jasad tersebut. Baik daging tu, baiklah jasadnya, kalau buruk daging tu, buruklah jasadnya. Daging itulah HATI. Apa yg kita makan akan menjadi darah daging kita..

Kita sbgai org Islam perlu menitik beratkan sumber2 makanan kita terutamanya yang dibeli di kedai. Pastikan halal haramnya dgn melihat tanda atau logo halal yg sah. Kalau kita tgk arini kat kedai, logo halal tu ade je kat mana2 produk. Ade tu yg juz tulis halal dlm jawi je tu. Kalu kita was2- baik jgn beli lgsg...

Then khutbah bg gak cth ape yg mungkin pernah kita hadapi iaitu makan di hotel. Tnya je psal halal haram tu. Slalunya kita merasakan soklan tu sensitif tp kita sbg seorg yg beragama Islam patutnya berani kerana itu syiar Islam... Tp aku tgk la kn, skang ni da lain lak. Bila sntuh certain2 isu yg dianggap sensitif, terus diam. Syiar islam pun diletak dibelakang dek kerana takutkn pkara sensitif tu... Cmne ek nk ubah?

Oklah, insyallah mlm ni aku akn post lg smthing ttg Wacana Ilmu yg aku g tghari td.. Nk tau ape tu wacana ilmu,mlm ni aku bgtau ya. Nk kena g stdy plak, mlm ni terst EMT...

Wassalam..

1st posting..

Semakin hari semakin ramai rakan-rakan aku yg ade blog sendiri. Makin hari makin ramai jugak yg dok tanya bila lg aku nk wat blog. Aku terdiam tnpa bg ape2 jawapan. Sekadar senyuman yg manis (manis ke??) je yg dpt aku bg. Ntah la nape mcm malas je nk ber'blog' ni..

Tp mlm ni tepat jam 12.54am 17 oktober, aku tetiba jadi rajin plak.. So ape lg, trus la create blog ni. Ni suma gara-gara jumpa Nasrul Hadi td la kat masjid masa forum 'Tsunami Cinta'.Dia yg bersalah dalam hal dia..Dia punca aku jd rajin wat blog ni. Hehehe..Dia promote blog dia..Dlam ati ni makin membuak-buak semangat nk ber'blog'....Xleh jadi nih..

Da lama da pendam sbnarnya tp dek kerna malas n kesibukan sbg plajar tahun Akhir kat UMP ni (malas je pun yg sbnarnya, sibuk tu xla sgt..hahaha), membantutkan niat nk wat blog..

Masa aku tulis blog ni, byk berlaku perkara2 kat sekeliling aku. 1st yg paling berkaitan n kena mengena dgn aku ape lagi kalu bukan Projek Sarjana Muda (PSM). Aku selesai present n demo ari selasa lepas. Alhamdulillah dpt wat sebaiknya. Tggu je la keputusan cmne. Projek aku tu tajuknya pjg la skit, "Computer-based instrumentation for Pressure Instrument using Visual Basic Application". Pjgkn tajuk tuh? Supervisor aku En. Anwar Zawawi. Sorg lecture muda yg cool n tenang je. Bila jumpa dia rasa relax je..Hehehe..

Ok,cukup dulu utk PSM, nnti aku citer detail lg.. 2nd yg berlaku adalah Pilihanraya Kampus (PRK) UMP yg baru jer sudah ptg td. Keputusan pun da kuar. Nk tau keputusan korg g la laman web ni.. http://suburbanzero.blogspot.com/. Tq ya jamil..Hehehe..

PRK kali ni aku lihat tenang n tiada insiden2 yg xjangka berlaku. Ye la, UMP ni bukan mcm U yg lain.. Tp xbermakna calon2 yg bertanding xhebat. Ade ramai je yg sama hebat, bahkan lebih hebat dr calon U yg lain. Dlu slalu gak g program dgn IPTA yg lain. Jumpa la dak2 Universiti2 perdana mcm UM, UPM, UKM n so on. Aku tgk, dak UMP sama je hebatnya. Sape kata dak UMP xbagus????

So aku ucapkan selamat maju jaya kat adik2 yg dah menang utk kerusi masing2. Ingat jnji anda dlm manifesto yg lepas. Usaha sedaya upaya utk laksanakan. Ingat amanah n tanggungjawab yg student2 lain berikan pada anda semua. Kami menyokong anda sbgai MPP kami , sbgai suara kami. Teruskan perjuangan!!

3rd lak citer kat kelas DSP td. Mlm td ade kelas ganti DSP. Ada la blaku smthing yg kecoh. 2 kali lak tuh..Tau ape yg berlaku??? Meja dlm dewan kuliah YDK13 tu jatuh. 1st skali si Jing Hue tu yg wat. Gelak satu kelas.. En Hazizuldeen, lecture kitaorg relax je, xsenyum, xmarah... Ttiba, skali lg meja jatuh. Kali ni btul2 blakang Faris. Faris lak duk sbelah aku. Yg jatuhkn tu si Izhan. Lagi kuat kelas gelak. En Hazizuldeen pun gelak skali.. Da agak reda skit dia ckap, "I think this is the last time i will conduct class at night" Hahahaha..kami gelak punya la kuat. Si izhan da merah muka tahan malu.. Tp meja tu mg sengal skit. aku pun penah jatuhkn meja masa kelas ICT dgn En Reza. Ha, dewan kuliah yg sama lak tuh.. Gara2 jatuh meja, udah aku kena wat soklan kat depan. Hampeh tul....

Emmm..aku rasa aku stop dulu kot. Giler ape, 1st post pun da pjg berjela. Mesti lpas ni org xkn masuk blog aku. Hehehe...Insyallah lepas ni aku akan berkongsi apa2 saja hal2 berkaitan yg mungkin kalu xbyk manfaat, sedikit pun akan diusahakan. Mybe akan disentuh isu2 semasa dlm dan luar kampus, dalam dan luar negara.. Yg peribadi pun insyallah akan cuba dikongsi..

So, aku harap aku akan terus aktif updatekn blog ni.. So, i need comment. N also i need advise on how to make this blog more attractive... Please someone help me...

K ya, jumpa lg in da next post..

Wassalam..