Tuesday, October 21, 2008

Lagi salah guna kuasa????

Malaysiakini.com hari ni melaporkan ada lagi laporan polis dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Malaysia berhubung pembelian helikopter menggantikan Nuri. Artikel semalam, juga dalam Malaysiakini.com turut mempersoalkan pembelian helikopter jenis Eurocopter yang didakwa mahal dari harga yang dibeli oleh Brazil. Brazil beli RM82 juta sebuah, tapi Malaysia pulak beli RM193 juta sebuah. Beza RM111 juta. Tu baru sebuah. Kalau da 12 buah Malaysia beli, korang kira la sndiri.. Nk tau lebih lanjut, g la kat

http://www.malaysiakini.com/news/91603 http://www.malaysiakini.com/news/91678.

Kita pun tak tau mana satu pihak yg betul. Dulu pun masa beli kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi pun ada gak timbul isu harganya. Yg jadi masalahnya ialah, pembelian tu guna duit cukai yang dibayar oleh rakyat. Tu la sbbnya ada bila ada keraguan, rakyat mempersoalkan.

Kalau la betul apa yg dilaporkan tu, apa yang kita sbgai rakyat boleh wat? Ini la yang meresahkan byk pihak. Kita tidak pasti dari segi ketelusan dalam soal-soal pembelian yg melibatkan wang berjuta-juta, bahkan berbilion ringgit.

Ada kawan-kawan yg bila baca berita tu, mulut terus maki hamun org2 yg berkenaan. Macam da bayar cuaki je. Hahaha.... Ada gak yg cakap, biasa la tu. Suma tu politik. Bila da sntuh bab politik, mcm2 la yg kuar. Ada yg xtau psal perkembangan semasa politik Malaysia pun turut berminat. Yg lg best tu, isu yg berbulan2 lepas pun disebutnya. Nmpk sgt jarang baca berita kawan2 aku nih. Ishhkk3...

Emm.. Politik.. Isu yg menarik untuk dibincangkan. Mcm2 pendapat, mcm2 hujah kuar bila ckap hal politik ni. Aku pun sama la. Best sbnarnya baca mcm2 artikel psal politik ni. Then bila timbl satu2 isu tu, kita akn dpt tgk mcm2 komen dari org2 penting di Malaysia. Dan akan ada yg saling berbalas2 komen dalam akhbar. Aku juz nk nasihatkn kpd korg suma, kalu nk baca ape2 pastikan kita baca dari kedua2 pihak. Agak tidak adil la kalu kita dgr satu pihak je kn?

Mcmmana nk dpt berita dr kedua2 pihak tu, aku rasa korg pun tau cmne. Then gunakan kebijaksanaan masing dgn melihat situasi semasa sebelum mebuat kesimpulan sape yg salah, sape yg cepat melatah n sape yg betul. Politik ni kalu xde penyokong n pembangkang, xmeriah la jadinya. Masing2 saling memerlukan sbnarnya. Korg bayangkan kalu Malaysia ni xde pembangkang, ape akan jd? Then bayangkan plak Malaysia ni ade pembangkang jer, ape plak akan jadi? Kena ade dua2, baru la ade persaingan. Bila ade persaingan, baru la xde pihak yg leh wat sesuka ati jer masa mentadbir..

Aku belum bersedia lg nk komen lg mendalam pasal politik ni. Xnk nmpk menyebelahi mana2 pihak. Juz leh sentuh scara general jer. Kang lebih2 kang kena AUKU plak, susah aku. Xkawin nnti.. Hahaha...

So, ape plak pendapat korg? Fikir-fikirlah yer...

Wassalam..

No comments: