Friday, October 17, 2008

Wacana Ilmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Seperti yang dijanjikan, mlm ni aku post lg. Hehehe.. Ni baru balik g makan kat Sinar slepas berpeluh2 jawab test EMT. Giler susah..

Ok,berbalik pada topik Wacana Ilmu. Mesti ada yg xtau ape tu Wacana Ilmu. Wacana Ilmu ni sbnarnya program yg dianjurkan setiap ari Jumaat jam 12.00 tgh. Watu kritikal tuh. Slalunya waktu ni best tdo. Hehehe... Program ni wat kat Bilik Seminar FKEE (kat lab FKEE). Kalu xtau bilik tu katne, leh je tnya, akan aku bg peta menuju ke sana. Sesaper pun leh dtg, xkisah laki pompuan. Program ni kita wat as medium utk mendengar sedikit perkongsian dr penceramah. Slalunya Timb. Dekan FKEE yg bg iaitu En. Ahmad Johari Mohamad. Dalam masa 45 kita akan diberi pengisian yg banyak berkaitan dengan diri kita as student.

Minggu ni En. Jo share tajuk "Pelajar Muslim Cemerlang" aka PMC. Tajuk yang menarik perhatian aku. Slalu kita dgr 'Pelajar Cemerlang", "Mahasiswa cemerlang".. Mana perginya identiti kita as Muslim?? Ok, ade bberapa pkara yang dapat dipetik dr sesi Wacana td utk dikongsikan;

Sebagai seorg PMC, kita haruslah;

1. Meluruskan dan memperbetulkan niat belajar kerana Allah SWT.

2. Mengetahui bahawa dasar atau asas keilmuan moden hari ini adalah dtgnya dari ilmuan Islam

3 Meluaskan pandangan terhadap aktiviti belajar n mengajar.

4. Memahami bhawa aspek pendidikan moral lebih diutamakan drpd aspek ilmu yg lain.

5. Pandai memilih sahabat atau kawan yg perlu rapat atau akrab (point ni best..)

6. Memberikan perhatian yg ckup pada msalah pembelajaran.

7. Tertib dlm menyusun kehidupan dan urusan. (elobaration En. Jo best psal point ni. Heheh..)

8. Membuat jadual dan bsungguh menepati jadual. (aku ckup payah nk ikut jadual. hahaha..)

9. Membiasakan diri utk bersih dlm sgala hal, zahir n batin. (katil korg mesti berteraburkn?)

10. Rajin mengikuti pelajaran dr gurunya.

11. Mengetahui bhawa sbhagian besar plajaran adalah kait mengait.

12. Selalu zikir pada Allah, berlindung kpd Allah dari syaitan, memulakan sgala aktiviti dgn Bismillah dan pohon bantuan dari Allah.

13. Menunaikan kewajipannya thadap pelajarannya, kemudian bertawakal kpd Allah dan mengikuti ujian dgn tenang.

Aku tertarik dgn maksud ayat 5 & 6 surah Al-Insyirah yg bermaksud;

5- Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

6- sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Ayat ni menunjukkan bahawa stiap kesusahan yg kita hadapi, yang tersiratnya adalah kemudahan yg akan kita kecapi. Susah mcmmana pun jika kita usahakan utk atasi, Insyallah dgn izin Allah kita akan dpt selesaikn. Cuma tinggal cepat atau lambat je. Ingat, Allah tidak akan uji hambanya dgn ujian yg xmampu ditanggung oleh hambanya itu..

Jadi sbgai kesimpulannya dptlah aku rumuskn kat sini bahawa kita kalu nk jadi sorg PMC, cuba penuhi ciri2 yg disebutkan diatas. Alwaz kita ngat, PMC akan dpt pahala atas usahanya utk belajar bahkan setiap perbuatan, tindakkan even tido pun dpt pahala. Pemurahnya Allah SWT..

Ada satu quote yg best masa Wacana td, "jgn sampai studi menggangu masa tidurnya, jgn smpai tidur dan lainnya menggangu masa studinya.."

Oklah,aku rasa stakat ni dulu sikit perkongsian dr Wacana Ilmu. Insyallah utk minggu hadapan kalu dpt diadakan Wacana Ilmu akan dimaklumkan kat blog ni. Insyallah...

Wassalam..

1 comment:

UMPian said...

PMC = Pendakwah Muda Capet