Tuesday, October 28, 2008

Harga minyak mentah dunia turun lg..

Akhbar online arini menyatakan arga minyak dunia jatuh lagi. Setakat blog ni ditulis, harga setong minyak US$63.22. Dijangkakan harga ni akan turun lagi.

Minyak dunia da turun lagi, tp harga minyak kat Malaysia xturun lagi. Skang ni RM2.30 seliter bg petrol RON97. Kalu ikutkan harga minyak dunia, kita leh dpat harga yg lagi rendah, lagi rendah dr harga dulu RM1.92 seliter.

Kerajaan umukan hujung bulan ni akan ada penurunan. Tapi maksimum penurunan adalah 15 sen sahaja. Katanya nk elakkan kerugian besar kepada pengusaha minyak.

Skang ni kepentingan siapa lg penting? Rakyat atau tokei minyak yg rata2 da kaya. Kalu bg alasan penurunan mendadak akan merugikan pengusaha minyak, kenapa dlu masa kenaikan mendadak sehingga RM2.70 seliter xtimbul plak pengusaha minyak ni untung besar?

Skang ni nmpk la yang kepentingan minoriti lagi diutamakan dr kepentingan majoriti (rakyat). Takut pengusaha minyak rugi, byk lagi sbnarnya rakyat yg lg miskin di luar sana yg menderita kerana kenaikan harga minyak.

Mmg la harga da turun, tp harga barang2, makanan di kedai turun ke? Xjumpa lg pun harga barang2 keperluan yg turun. Cthnya mcm harga tiket bas. Satu penipuan besar da berlaku. Yg tertipu sape lg, rakyat yg naik bas la. Kata surcaj tiket bas 30% smpai 15hb je, tp alih2 dilanjutkan plak. Aku xtau la ape alasan dilanjutkan surcaj tu.

Tgk la skang, yg kaya makin kaya. Rakyat yg lain menderita. Tambang bas naik, gaji pemandu naik x? Korg siasat la sndiri ya. Pak Menteri senang la ckap, dia xpenah naik bas. G mana2 pun ade driver, isi minyak pkai kad, kad tu lak amik duit dr kerajaan. Duit kerajaan sumbernya dr rakyat yg bayar cukai la..

Emmm..ntah la.. Ni sekadar meluahkan pendapat yg rasanya timbul gara2 kesempitan yg dirasai. Mungkin ada sbb2 tertentu kenapa blaku smpai mcmni. Jom la sama2 kita tggu pengumuman penurunan harga minyak..

Wassalam..

No comments: