Tuesday, October 28, 2008

Harga minyak mentah dunia turun lg..

Akhbar online arini menyatakan arga minyak dunia jatuh lagi. Setakat blog ni ditulis, harga setong minyak US$63.22. Dijangkakan harga ni akan turun lagi.

Minyak dunia da turun lagi, tp harga minyak kat Malaysia xturun lagi. Skang ni RM2.30 seliter bg petrol RON97. Kalu ikutkan harga minyak dunia, kita leh dpat harga yg lagi rendah, lagi rendah dr harga dulu RM1.92 seliter.

Kerajaan umukan hujung bulan ni akan ada penurunan. Tapi maksimum penurunan adalah 15 sen sahaja. Katanya nk elakkan kerugian besar kepada pengusaha minyak.

Skang ni kepentingan siapa lg penting? Rakyat atau tokei minyak yg rata2 da kaya. Kalu bg alasan penurunan mendadak akan merugikan pengusaha minyak, kenapa dlu masa kenaikan mendadak sehingga RM2.70 seliter xtimbul plak pengusaha minyak ni untung besar?

Skang ni nmpk la yang kepentingan minoriti lagi diutamakan dr kepentingan majoriti (rakyat). Takut pengusaha minyak rugi, byk lagi sbnarnya rakyat yg lg miskin di luar sana yg menderita kerana kenaikan harga minyak.

Mmg la harga da turun, tp harga barang2, makanan di kedai turun ke? Xjumpa lg pun harga barang2 keperluan yg turun. Cthnya mcm harga tiket bas. Satu penipuan besar da berlaku. Yg tertipu sape lg, rakyat yg naik bas la. Kata surcaj tiket bas 30% smpai 15hb je, tp alih2 dilanjutkan plak. Aku xtau la ape alasan dilanjutkan surcaj tu.

Tgk la skang, yg kaya makin kaya. Rakyat yg lain menderita. Tambang bas naik, gaji pemandu naik x? Korg siasat la sndiri ya. Pak Menteri senang la ckap, dia xpenah naik bas. G mana2 pun ade driver, isi minyak pkai kad, kad tu lak amik duit dr kerajaan. Duit kerajaan sumbernya dr rakyat yg bayar cukai la..

Emmm..ntah la.. Ni sekadar meluahkan pendapat yg rasanya timbul gara2 kesempitan yg dirasai. Mungkin ada sbb2 tertentu kenapa blaku smpai mcmni. Jom la sama2 kita tggu pengumuman penurunan harga minyak..

Wassalam..

TV3.. Politik atau Kemanusiaan??

Alhamdulillah dpt lg tulis dlm blog ni. Last post pun bbrapa hari yg lepas. Btul la kata org, bila da ade blog ni, cabaran yg paling utama ialah nk maintain posting ke blog stiap ari. Aku yg baru bbrapa ari ade blog ni pun da diduga oleh cabaran tu...

Bbrapa ari kebelakangan ni, mmg sgt2 sibuk dgnmcm2 bnda. Testnya, assignment lg, n paling sakit, strat wat balik tesis from zero. Ade sape2 nk tolong taipkn ke tesis aku? Hehehe.. Tp dlm sibuk2 ni, smpat gak aku ke KL ari sabtu yg lepas. Bukan saje nk buang masa g KL, tp nk melepaskn rindu pada mak abah yg kebetulan dtg ke KL...

Aku kalu g KL, mmg akn tido kat umah kak long kat Selayang tu. Mak abah smpai lepas isya. So bila kat umah baru la berkesempatan nk menonton tv. Tepat jam 8mlm aku da tercegat kat depan tv sbb nk tgk berita. Berebut remote tv dgn anak sedara aku, Aleesya sbb dia nk tgk kartun. Tp last2 aku menang. Hahaha...

Aku pun bukak la TV3 dgn harapan nk tau perkembangan banjir di Utara semenanjung yg melibatkan Perak, Kedah n P. Pinang. Then, bila berita mula, headlinenya xde pun psal banjir. Aku pun tggu gak la lg. Smpai la ket segmen berita dlm negeri yg ditaja oleh Celcom. Tggu pnya tggu, smpai abis segmen tu, xde gak. Yg ade kuar psal bnda2 lain. Psal politik, psal survivor org Melayu n mcm2 lg.

Bila tggu xkuar2 gak, aku pun terpikir, nape dgn TV skang ni? Apa hal politik lg penting ke dr msalah kemanusiaan yg melanda utara semenanjung? Pkir pnya pikir, smpai la fikiran aku kaitkan ape yg berlaku dgn politik. Aku tertanya-tanya, apa suma ni blaku sbb negeri2 yg dilanda banjir tu pemerintahnya suma berlainan fahaman politik ke?

Kemudian aku terus membuat perbandingan dulu n skrang. Dulu masa banjir kat mana2 pun, akn kuar la muka org2 politik yg tertentu dlm tv naik bot, redah banjir nk bg bantuan kat mangsa banjir. Tp skang ni lain. Da xde suma tu. Kenapa bila bertukar pemerintah di negeri2 tersebut, masalah2 rakyat pun tidak disiarkan? Ini ke balasan utk rakyat2 yg menggunakan kuasa mereka dlm sistem demokrasi dgn memilih pemimpin yg mereka kehendaki tp pemimpin yg mereka pilih tu tak sehaluan fahaman politik dgn kerajaan pusat?

Ah, fikiran aku melayang tlalu jauh ni. Try pikir positif balik. Mybe banjir da reda. Aku pun lupakn seketika hal banjir tu. Aku tpikir lak msalah survivor org Melayu. Ada yg sebut ketuanan Melayu. Pikir pnya pikir, ttba aku teringat artikel yg penah aku baca psal Dr. Burhanuddin Helmy dan rakan2 seperjuangan org lain dlm Malaysiakini.com.

Menarik artikel tu sbb ia mempertikaikan watak yg sebenarnya yg mula2 memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu. Bukan UMNO yg mulakan perjuangan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Artikel tu gak menyatakan spatutnya bukan Tunku Abdrul Rahman yg digelar Bapa Kemerdekaan.

Ah, aku da pening. Mana satu yg betul nih. Dlu blajar sejarah, Dr. Burhanuddin tu dicop sbgai pihak berhaluan kiri. Bila baca artikel yg menyingkap sejarah kemerdekaan dlu, wat aku terpikir balik. Ni yg wat perlunya kajian lebih lanjut ni...

Aku penah tgk satu video yg ceritakan rentetan perjuangan sejarah kemerdekaan kita. Tp cari balik xjumpa dah katne letak. Nnti kalu ade aku try masukkn dlm blog ni. Alamak, da kul 4.30 la. Keje siap lg nih....

Emm.. Insyallah nnti aku post lg ttg mcm2 yg aku pikirkn psal bnda2 kat atas ni. Ada repot yg kena disiapkan..

Wassalam..

Thursday, October 23, 2008

Pengumuman..

Assalamualaikum..

Wacana Ilmu minggu ini akan dijalankan seperti biasa;

Tempat : Bilik Latihan Makmal FKEE

Masa : 12.00tgh

Sila hadir tepat pada masanya kerana kita akan mulakan tepat jam 12.00tgh kerana watu solat Zohor skang ni awal. Sila sebar2kan pada kawan2 lain ya. Semua dijemput hadir.

Wassalam..

Tuesday, October 21, 2008

Lagi salah guna kuasa????

Malaysiakini.com hari ni melaporkan ada lagi laporan polis dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Malaysia berhubung pembelian helikopter menggantikan Nuri. Artikel semalam, juga dalam Malaysiakini.com turut mempersoalkan pembelian helikopter jenis Eurocopter yang didakwa mahal dari harga yang dibeli oleh Brazil. Brazil beli RM82 juta sebuah, tapi Malaysia pulak beli RM193 juta sebuah. Beza RM111 juta. Tu baru sebuah. Kalau da 12 buah Malaysia beli, korang kira la sndiri.. Nk tau lebih lanjut, g la kat

http://www.malaysiakini.com/news/91603 http://www.malaysiakini.com/news/91678.

Kita pun tak tau mana satu pihak yg betul. Dulu pun masa beli kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi pun ada gak timbul isu harganya. Yg jadi masalahnya ialah, pembelian tu guna duit cukai yang dibayar oleh rakyat. Tu la sbbnya ada bila ada keraguan, rakyat mempersoalkan.

Kalau la betul apa yg dilaporkan tu, apa yang kita sbgai rakyat boleh wat? Ini la yang meresahkan byk pihak. Kita tidak pasti dari segi ketelusan dalam soal-soal pembelian yg melibatkan wang berjuta-juta, bahkan berbilion ringgit.

Ada kawan-kawan yg bila baca berita tu, mulut terus maki hamun org2 yg berkenaan. Macam da bayar cuaki je. Hahaha.... Ada gak yg cakap, biasa la tu. Suma tu politik. Bila da sntuh bab politik, mcm2 la yg kuar. Ada yg xtau psal perkembangan semasa politik Malaysia pun turut berminat. Yg lg best tu, isu yg berbulan2 lepas pun disebutnya. Nmpk sgt jarang baca berita kawan2 aku nih. Ishhkk3...

Emm.. Politik.. Isu yg menarik untuk dibincangkan. Mcm2 pendapat, mcm2 hujah kuar bila ckap hal politik ni. Aku pun sama la. Best sbnarnya baca mcm2 artikel psal politik ni. Then bila timbl satu2 isu tu, kita akn dpt tgk mcm2 komen dari org2 penting di Malaysia. Dan akan ada yg saling berbalas2 komen dalam akhbar. Aku juz nk nasihatkn kpd korg suma, kalu nk baca ape2 pastikan kita baca dari kedua2 pihak. Agak tidak adil la kalu kita dgr satu pihak je kn?

Mcmmana nk dpt berita dr kedua2 pihak tu, aku rasa korg pun tau cmne. Then gunakan kebijaksanaan masing dgn melihat situasi semasa sebelum mebuat kesimpulan sape yg salah, sape yg cepat melatah n sape yg betul. Politik ni kalu xde penyokong n pembangkang, xmeriah la jadinya. Masing2 saling memerlukan sbnarnya. Korg bayangkan kalu Malaysia ni xde pembangkang, ape akan jd? Then bayangkan plak Malaysia ni ade pembangkang jer, ape plak akan jadi? Kena ade dua2, baru la ade persaingan. Bila ade persaingan, baru la xde pihak yg leh wat sesuka ati jer masa mentadbir..

Aku belum bersedia lg nk komen lg mendalam pasal politik ni. Xnk nmpk menyebelahi mana2 pihak. Juz leh sentuh scara general jer. Kang lebih2 kang kena AUKU plak, susah aku. Xkawin nnti.. Hahaha...

So, ape plak pendapat korg? Fikir-fikirlah yer...

Wassalam..

Monday, October 20, 2008

Arghh!! Laptop rosak...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah dpt lg tulis arini. Ni baru leh online slepas bbarapa jam xle nk online. Sbbnya harddisk laptop rosak. Abis suma fail2 dlm tu xle nk bkak. Fail lain tu xkisah sgt, tp fail PSM tu yg sgt2 la penting. Kalu x cmne nk wat tesis PSM. So skang ni, tpaksa bgantung pada fail backup. Tp still byk yg kena wat sbbnya fail backup tu ade kekurangan. Xsepenuhnya mcm masa present n demo aritu... Sedihnya...

Mungkin ni la dugaan utk aku. Ye la,b4 dis asyik tgk laptop org je rosak. Xsangka lak arini laptop aku lak yg rosak. Nk antar kedai lak, warranty da abis. Tepon abah, kena sound "yang [andai2 bukak harddisk tu nape. G antar kedai.." Hehehe... Aku bukak sndiri harddisk tu, then try la pasang kat laptop org lain, tp xle gak. Still gak kuar bunyi "ktak, ktak,ktak...". Ni nasib ade external harddisk. Ape lg, pasang terus la. Kalu nk tggu g kedai, ntah bila nk kuar. Dgn testnya, assgmnt lg..

So kat sini aku nk sarankn kat kawan2 suma, bukan antivirus je kena update. Fail yg kita wat backup pun kena update. Hahaha.. Jgn nnti masalah yg aku dpt ni, korg pun dpt. Pening kpla oo... Tambah2 kalu bnda tu sgt2 penting, mcm PSM ke, surat LI ke, or ape2 yg rasmi la...

B4 stop, nk promote skit. Rabu ni kat astaka ade pameran R&D FKEE jam 9pg smpai 5ptg. So suma dijemput hadir. Ade pameran projek2 FKEE dr lecture n student. Then utk student, ade ptndingan projek PSM tbaik, design tbaik nape lg ntah. Jemput la dtg beramai2 ya. Bukan FKEE pun leh dtg. Kalu x,xdenya wat kat astaka.. Sebar2kan ya bnda baik ni..

Wassalam..

Saturday, October 18, 2008

Kenapa Mencari??

Alhamdulillah dpt lg kesempatan utk post yg seterusnya. Mesti org cakap, "semangat giler antar posting", "biasa tu baru2 je, lama2 sok da xpost"...Hehe..Mmg da sijangka akan ada yg ckap mcm2. Ape2 pun, suma tu dugaan sorg blogger yg baru bermula..(poyo jer ayat..)

Ok,kali ni aku nk citer skit nape blog ni guna "Mencari, mencari dan terus mencari..". Ada mber yg tnya nape ek 'Mencari?'.. Emm...i'll try my best to huraikn persoklan tu..

Setiap kita ada sasaran ataupun target masing2kn? Dan sasaran tu plak xkn sama antara satu sama lain. Aku sndiri pun ada sasaran yg aku nk capai. So dalam mencapai sasaran tu, aku mencari apa yg perlu utk aku gapai sasaran yg aku tuju. Nk mencari tu plak, bukannya akn terhenti ataupun sekadar seketika sahaja tp berterusan.. Jadi aku gunakan ayat "Mencari, mencari dan terus mencari.." supaya aku akan teruskan pencarian tu.

Bila kita terus mencari, insyallah kita akn mendapat sesuatu. Cuma terpulang pada kita mcmana nk menilai ape yg kita jumpa tu dan mcmana nk aplikasikn penemuan kita tu supaya dpt dijadikan panduan dlm meniti kehidupan di dunia dan seterusnya membawa bekalan ke akhirat. Aku xreti nk huraikn dari segi Islamic sbb ye la, background aku pun bukannya dari aliran agama. Cuma yg ada sedikit ilmu yg dikutip2 dari sahabat2, buku dan majlis2 ilmu...

Aku rasa penerangan yg ringkas ni dpt menjawab kot nape aku 'Mencari..'.. Lgpun da nk masuk Zohor ni.. Jom kita solat ya....

Wassalam..

Friday, October 17, 2008

Wacana Ilmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Seperti yang dijanjikan, mlm ni aku post lg. Hehehe.. Ni baru balik g makan kat Sinar slepas berpeluh2 jawab test EMT. Giler susah..

Ok,berbalik pada topik Wacana Ilmu. Mesti ada yg xtau ape tu Wacana Ilmu. Wacana Ilmu ni sbnarnya program yg dianjurkan setiap ari Jumaat jam 12.00 tgh. Watu kritikal tuh. Slalunya waktu ni best tdo. Hehehe... Program ni wat kat Bilik Seminar FKEE (kat lab FKEE). Kalu xtau bilik tu katne, leh je tnya, akan aku bg peta menuju ke sana. Sesaper pun leh dtg, xkisah laki pompuan. Program ni kita wat as medium utk mendengar sedikit perkongsian dr penceramah. Slalunya Timb. Dekan FKEE yg bg iaitu En. Ahmad Johari Mohamad. Dalam masa 45 kita akan diberi pengisian yg banyak berkaitan dengan diri kita as student.

Minggu ni En. Jo share tajuk "Pelajar Muslim Cemerlang" aka PMC. Tajuk yang menarik perhatian aku. Slalu kita dgr 'Pelajar Cemerlang", "Mahasiswa cemerlang".. Mana perginya identiti kita as Muslim?? Ok, ade bberapa pkara yang dapat dipetik dr sesi Wacana td utk dikongsikan;

Sebagai seorg PMC, kita haruslah;

1. Meluruskan dan memperbetulkan niat belajar kerana Allah SWT.

2. Mengetahui bahawa dasar atau asas keilmuan moden hari ini adalah dtgnya dari ilmuan Islam

3 Meluaskan pandangan terhadap aktiviti belajar n mengajar.

4. Memahami bhawa aspek pendidikan moral lebih diutamakan drpd aspek ilmu yg lain.

5. Pandai memilih sahabat atau kawan yg perlu rapat atau akrab (point ni best..)

6. Memberikan perhatian yg ckup pada msalah pembelajaran.

7. Tertib dlm menyusun kehidupan dan urusan. (elobaration En. Jo best psal point ni. Heheh..)

8. Membuat jadual dan bsungguh menepati jadual. (aku ckup payah nk ikut jadual. hahaha..)

9. Membiasakan diri utk bersih dlm sgala hal, zahir n batin. (katil korg mesti berteraburkn?)

10. Rajin mengikuti pelajaran dr gurunya.

11. Mengetahui bhawa sbhagian besar plajaran adalah kait mengait.

12. Selalu zikir pada Allah, berlindung kpd Allah dari syaitan, memulakan sgala aktiviti dgn Bismillah dan pohon bantuan dari Allah.

13. Menunaikan kewajipannya thadap pelajarannya, kemudian bertawakal kpd Allah dan mengikuti ujian dgn tenang.

Aku tertarik dgn maksud ayat 5 & 6 surah Al-Insyirah yg bermaksud;

5- Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

6- sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Ayat ni menunjukkan bahawa stiap kesusahan yg kita hadapi, yang tersiratnya adalah kemudahan yg akan kita kecapi. Susah mcmmana pun jika kita usahakan utk atasi, Insyallah dgn izin Allah kita akan dpt selesaikn. Cuma tinggal cepat atau lambat je. Ingat, Allah tidak akan uji hambanya dgn ujian yg xmampu ditanggung oleh hambanya itu..

Jadi sbgai kesimpulannya dptlah aku rumuskn kat sini bahawa kita kalu nk jadi sorg PMC, cuba penuhi ciri2 yg disebutkan diatas. Alwaz kita ngat, PMC akan dpt pahala atas usahanya utk belajar bahkan setiap perbuatan, tindakkan even tido pun dpt pahala. Pemurahnya Allah SWT..

Ada satu quote yg best masa Wacana td, "jgn sampai studi menggangu masa tidurnya, jgn smpai tidur dan lainnya menggangu masa studinya.."

Oklah,aku rasa stakat ni dulu sikit perkongsian dr Wacana Ilmu. Insyallah utk minggu hadapan kalu dpt diadakan Wacana Ilmu akan dimaklumkan kat blog ni. Insyallah...

Wassalam..

Khutbah Jumaat 17 Oktober

Alhamdulillah td selesai solat Jumaat di Masjid UMP.. Khutbah arini disampaikn oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Hilmi Mohd Said. Khutbah berkaitan keperluan memilih sumber atau keperluan yang halal. Tajuk penuh xbape nk ingat. Tapi berkaitan hal2 memilih bnda yg halal lg bersih..

Antara isi khutbah yg dpt sempat diambil adalah betapa setiap jasad ni ada seketul daging yg mana daging tu yang akan menentukan baik buruk jasad tersebut. Baik daging tu, baiklah jasadnya, kalau buruk daging tu, buruklah jasadnya. Daging itulah HATI. Apa yg kita makan akan menjadi darah daging kita..

Kita sbgai org Islam perlu menitik beratkan sumber2 makanan kita terutamanya yang dibeli di kedai. Pastikan halal haramnya dgn melihat tanda atau logo halal yg sah. Kalau kita tgk arini kat kedai, logo halal tu ade je kat mana2 produk. Ade tu yg juz tulis halal dlm jawi je tu. Kalu kita was2- baik jgn beli lgsg...

Then khutbah bg gak cth ape yg mungkin pernah kita hadapi iaitu makan di hotel. Tnya je psal halal haram tu. Slalunya kita merasakan soklan tu sensitif tp kita sbg seorg yg beragama Islam patutnya berani kerana itu syiar Islam... Tp aku tgk la kn, skang ni da lain lak. Bila sntuh certain2 isu yg dianggap sensitif, terus diam. Syiar islam pun diletak dibelakang dek kerana takutkn pkara sensitif tu... Cmne ek nk ubah?

Oklah, insyallah mlm ni aku akn post lg smthing ttg Wacana Ilmu yg aku g tghari td.. Nk tau ape tu wacana ilmu,mlm ni aku bgtau ya. Nk kena g stdy plak, mlm ni terst EMT...

Wassalam..

1st posting..

Semakin hari semakin ramai rakan-rakan aku yg ade blog sendiri. Makin hari makin ramai jugak yg dok tanya bila lg aku nk wat blog. Aku terdiam tnpa bg ape2 jawapan. Sekadar senyuman yg manis (manis ke??) je yg dpt aku bg. Ntah la nape mcm malas je nk ber'blog' ni..

Tp mlm ni tepat jam 12.54am 17 oktober, aku tetiba jadi rajin plak.. So ape lg, trus la create blog ni. Ni suma gara-gara jumpa Nasrul Hadi td la kat masjid masa forum 'Tsunami Cinta'.Dia yg bersalah dalam hal dia..Dia punca aku jd rajin wat blog ni. Hehehe..Dia promote blog dia..Dlam ati ni makin membuak-buak semangat nk ber'blog'....Xleh jadi nih..

Da lama da pendam sbnarnya tp dek kerna malas n kesibukan sbg plajar tahun Akhir kat UMP ni (malas je pun yg sbnarnya, sibuk tu xla sgt..hahaha), membantutkan niat nk wat blog..

Masa aku tulis blog ni, byk berlaku perkara2 kat sekeliling aku. 1st yg paling berkaitan n kena mengena dgn aku ape lagi kalu bukan Projek Sarjana Muda (PSM). Aku selesai present n demo ari selasa lepas. Alhamdulillah dpt wat sebaiknya. Tggu je la keputusan cmne. Projek aku tu tajuknya pjg la skit, "Computer-based instrumentation for Pressure Instrument using Visual Basic Application". Pjgkn tajuk tuh? Supervisor aku En. Anwar Zawawi. Sorg lecture muda yg cool n tenang je. Bila jumpa dia rasa relax je..Hehehe..

Ok,cukup dulu utk PSM, nnti aku citer detail lg.. 2nd yg berlaku adalah Pilihanraya Kampus (PRK) UMP yg baru jer sudah ptg td. Keputusan pun da kuar. Nk tau keputusan korg g la laman web ni.. http://suburbanzero.blogspot.com/. Tq ya jamil..Hehehe..

PRK kali ni aku lihat tenang n tiada insiden2 yg xjangka berlaku. Ye la, UMP ni bukan mcm U yg lain.. Tp xbermakna calon2 yg bertanding xhebat. Ade ramai je yg sama hebat, bahkan lebih hebat dr calon U yg lain. Dlu slalu gak g program dgn IPTA yg lain. Jumpa la dak2 Universiti2 perdana mcm UM, UPM, UKM n so on. Aku tgk, dak UMP sama je hebatnya. Sape kata dak UMP xbagus????

So aku ucapkan selamat maju jaya kat adik2 yg dah menang utk kerusi masing2. Ingat jnji anda dlm manifesto yg lepas. Usaha sedaya upaya utk laksanakan. Ingat amanah n tanggungjawab yg student2 lain berikan pada anda semua. Kami menyokong anda sbgai MPP kami , sbgai suara kami. Teruskan perjuangan!!

3rd lak citer kat kelas DSP td. Mlm td ade kelas ganti DSP. Ada la blaku smthing yg kecoh. 2 kali lak tuh..Tau ape yg berlaku??? Meja dlm dewan kuliah YDK13 tu jatuh. 1st skali si Jing Hue tu yg wat. Gelak satu kelas.. En Hazizuldeen, lecture kitaorg relax je, xsenyum, xmarah... Ttiba, skali lg meja jatuh. Kali ni btul2 blakang Faris. Faris lak duk sbelah aku. Yg jatuhkn tu si Izhan. Lagi kuat kelas gelak. En Hazizuldeen pun gelak skali.. Da agak reda skit dia ckap, "I think this is the last time i will conduct class at night" Hahahaha..kami gelak punya la kuat. Si izhan da merah muka tahan malu.. Tp meja tu mg sengal skit. aku pun penah jatuhkn meja masa kelas ICT dgn En Reza. Ha, dewan kuliah yg sama lak tuh.. Gara2 jatuh meja, udah aku kena wat soklan kat depan. Hampeh tul....

Emmm..aku rasa aku stop dulu kot. Giler ape, 1st post pun da pjg berjela. Mesti lpas ni org xkn masuk blog aku. Hehehe...Insyallah lepas ni aku akan berkongsi apa2 saja hal2 berkaitan yg mungkin kalu xbyk manfaat, sedikit pun akan diusahakan. Mybe akan disentuh isu2 semasa dlm dan luar kampus, dalam dan luar negara.. Yg peribadi pun insyallah akan cuba dikongsi..

So, aku harap aku akan terus aktif updatekn blog ni.. So, i need comment. N also i need advise on how to make this blog more attractive... Please someone help me...

K ya, jumpa lg in da next post..

Wassalam..