Friday, January 30, 2009

Scorpene??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Lama xantar posting. Alasannya sama la, kesibukan. Kat umah plak da xde connection wireless. Maybe tuan umah yang provide free wireless tu cuti Raya Cina. Hopefully dalam dua tiga hari ni ada balik connection tu.

2. Pagi tadi sbelum g keje, aku sempat la belek2 Harian Metro 29 Januari 2009. Selak punya selak, tetiba aku terbaca satu berita yang menarik, berita yang buat aku terpikir lagi.

3. Muka surat berapa aku tak ingat, tapi bukan muka hadapan or page yg depan2 gak la. Berita tentang penerimaan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman. Setelah sekian lama tunggu, akhirnya sampai juga kapal selam ni, yang mana pembeliannya menimbulkan isu yang agak hangat satu masa dulu.

4. Aku sertakan URL berita tu untuk korang semua baca;

i) http://www.hmetro.com.my/Current_News
/myMetro/Thursday/Setempat/20090129090526/Article/index_html

ii)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0129&pub=utusan_malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_03.htm&arc=hive

5. Apa yang buat aku terpikir, kenapa berita ini tidak keluar pun di muka hadapan akhbar, terutama UTUSAN MELAYU?? Aku mula musykil...

6. Kenapa tiada liputan yang meluas tentang penerimaan harta milik negara sepertimana sewaktu pembeliannya satu ketika dulu? Kenapa ek? Tapi aku rasa maybe sebab aku yang xbaca news ni.

7. Ke sebab xnk jadi isu lg? Hahaha.. Aku dah mula bersangka buruk even apa yang aku pikir ni maybe sebab aku yang xamik tau hal tu...

8. Yang aku konfius, nape bukan Menteri or PM yang jadi ketua sewaktu penerimaan kapal selam pertama negara? Hanya Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan yang mengetuainya.

9. Takpe2, maybe sebab diaorang tengah sibuk uruskan hal politik diaorang yang sedikit bergolak dengan apa yang berlaku di Perak.

10. Saja aku tulis ni, sebab otak ni suka sangat pikir yang buruk kat orang lain. Nauzubillah..

11. By da way, sebut pasal Perak, aku berasa bangga bila baca berita yang sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah akan diadakan dengan semua perbelanjaan ditanggung keluarga Diraja. Inilah contoh Raja yang sepatutnya diikuti oleh pemimpin lain.

12. Hal-hal berkaitan diri sendiri, tidak menyusahkan atau membebankan orang lain. Kali ikutkan memang hak baginda as Sultan yang memerintah. Sungguh berjiwa rakyat. Aku as rakyat Perak Darul Ridzuan sangat-sangat berbangga dengan keluarga Diraja Perak.

13. Ini info tentang baginda; http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Azlan_Shah

13. Syabas dan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah serta kerabat diRaja Perak!!! Daulat Tuanku!

Sekian, wassalam.

Friday, January 23, 2009

'US' = ' Ungka Sial'..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Kalau sape yang sedar atau perasan, slalu aku antar posting isu yang sudah bbrapa hari atau mggu berlaku. Aku pun xtau nape. Tapi sgbai ayat covernya, aku nk cakap yang aku mengkaji isu tu dulu baru kemudian aku tulis dalam blog. Hahaha...

2. Satu dunia dok bercakap pasal perlantikan Presiden US (aku pggil US sbgai 'Ungka Sial') yang baru, Barrack Hussien Obama. Sebutan Obama dah nk sama dgn Osama. Hehehe..

3. Masing2 punya pendapat tersendiri ttg Obama. Persoalan yang berlegar-legar di setiap kepala kita adakah akan ada perubahan dalam pentadbiran US terutamanya terhadap isu-isu luar.

4. 'US' yang kononnya juara demokrasi, sebenarnya xdemokrasi mana pun. Memang dari satu sudut kita nmpk amalan demokrasi 'US' tu kalau kita tgk dari pemilihan Presidennya. Tapi dalam beberapa perkara, demokrasi diletakkan ketepi hanya untuk menjaga kepentingan mereka dan sekutu utama iaitu Israel.

5. Kalau tidak, kenapa Hamas yang terang-terang memenangi pilihanraya Palestin satu ketika dulu dinafikan hak untuk memerintah? Kenapa demokrasi yang telah berjalan tidak dihormati? Rakyat Palestin yang memilih Hamas tapi dinafikan oleh 'US'.

6. Puncanya hanya kerana Hamas merupakan pergerakan yang menentang Israel. Fatah juga yang diberi kepercayaan untuk memerintah. Fatah ni digelar boneka 'US'. Kita tgk apa yang dilakukan oleh Mahmoud Abbas ketika Gaza diserang?

7. Satu yang buat aku terpikir isu Palestin ni adalah, kenap kalangan negara Arab tidak sepakat? Adakah sebab hati sudah dinodai oleh kekayaan dunia dan kesenangan dunia?

8. Aku juga terpikir, kenapa Mesir, yang kita tau sebuah negara Islam boleh mengadakan sekatan di sempadan Rafah yang telah menyebabkan bantuan yang sangat2 diperlukan tersekat?

9. Ya Allah, apa yang telah berlaku kepada umat Islam hari ini? Kemana perginya semangat persaudaraan sesama Islam? Bila umat Islam akan bangkit semula menebus segala penindasan yang telah dilakukan oleh musuh agama Islam?

10. Tapi aku percaya, harinya akan tiba. Ya, memang akan tiba hari kemenangan tapi bukan dalam sehari dua, sebulan atau setahun. Mungkin sedekad atau berabad lamanya.

11. Kita kena ingat, kota Rom pun tidak didirikan dalam masa sehari!

12. Berbalik kepada Presiden 'US' yang baru tu, sama2 kita nantikan apa perubahan yang akan dilakukan walaupun kita seringkali mendengar tanpa restu pelobi2 Yahudi, seseorang tu tidak akan menang jawatan Presiden 'US'.

13. Samada kata2 yang terkeluar semasa berkempen, "Change, change, change" itu akan menjadi kenyataan atau tidak, masa yang akan menentukannya.

Sekian, wassalam.

Wednesday, January 21, 2009

Salah satu musim di Malaysia...

Assalamualaikum dan salam perpaduan...

1. Firstly aku nk ucapkan Selamat Tahun Baru kepada kawan-kawan yang berbangsa Cina. Wish awal sebab takut nanti terlupa or tak sempat. Bila xwish sok, macam-macam la alasan kluar. Hahaha..

2. Secondly, terima kasih kat member aku, Muhammad Akmal Ishak sebab bagi respon kat posting sebelum ni. Bestkn belajar "Maintenance Technology?". Hehehe..

3. Okay, kita berbalik pada tajuk yang aku tulis kat atas tu. Malaysia ni ada banyak musim. Sedar tak sedar, bermacam musim yang ada tanpa kita perasan. Musim buah, musim cuti sekolah, dan macam-macam musim lg la. Dan musim yang paling panas adalah 'Musim Pilihanraya'.

4. Kita semua dah tau keputusan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang berlangsung 17 Januari lepas. Calon PAS, Haji Mohd Abdul Wahid telah menang dengan majoriti lebih 2000 undi. Tahniah kepada barisan kepimpinan Pakatan Rakyat.

5. Calon BN, Dato Wan Farid Wan Salleh yang tewas terpaksa menerima kenyataan kekalahan bahkan terpaksa menerima kehilangan jawatan Senator yang disandangnya. Moralnya, bila berpolitik ni kita tak semestinya sentiasa diatas.

6. Aku nak kuarkan statement yang akan wat orang kata aku menyokong pembangkang. Hehehe.. Korang perasan x kat media massa dan media cetak perdana, lepas kekalahan calon BN, berita psal pilihanraya kecil tu sikit je kn? Kenapa ya? Fikir la sendiri.. Hehehe...

7. Ok, satu lagi jenis pilihanraya adalah Pilihanraya Kampus (PRK) yang masih panas di UM. Calon Pro-Mahasiswa telah memenangi PRK tahun ni. Calon Pro-Aspirasi telah mengaku akan kekalahan mereka. Pada masa artikel ni ditulis, kabinet MPMUM masih blom ade lg..

8. Macam-macam kisah dan cerita timbul masa kempem kat UM tu. Korang search la dalam internet. Banyak kisah2 yang berlaku, cthnya mcm isu kepala khinzir dalam masjid dan sbgainya. Tapi nasihat aku, baca sumber dari kedua belah pihak. Biar la adil baru kita leh wat penilaian.

9. Banyak benda yang boleh dicoretkan pasal politik ni. Kalu korang xminat mybe la rasa mcm xde ape je. Hehehe.. Ade sorang mber aku tu, Fuad (bukan nama sebenar) cakap dia spy KJ (bukan nama sebenar gak), sorang org kuat pemimpin Malaysia. Dia nk lapor pasal aku dok hentam kerajaan. Hahaha...

10. Btul ckap sorang TNC tu, (aku xngat TNC mana) memang student bebas bersuara tp ada tak kebebasan selepas bersuara? Btul kn?

11. Aku sarankan, kita teruskan suara apa yang kita rasa betul. Orang nak kata kita sebelah mana2 pihak, itu adatlah. Orang akan terus bersuara, tapi jgn biarkan suara orang tu menyekat kita..

Renung-renungkan...

Wassalam..

Monday, January 12, 2009

Apa yang buat aku terfikir minggu ni..

Asalamualaikum...

1. Firstly aku rasa geram, nk marah n nk bunuh orang jer... Mesti la psal Israel laknatullah tuh! Aku xnk tulis panjang lagi da sebab hampir suma akhbar dan tv cerita psal kekejaman Israel syaitan tu. Juz aku yakin, umat yang akan menakluk semula Al-Quds umat yang dibentuk dalam tempoh berpuluh, beratus bahkan beribu tahun. Ayuh, kita teruskan tanpa putus2 panjatkan doa kepada Allah SWT!

2. Ok, yang kedua aku nk luahkan sikit apa yang aku rasa akan buat orang anggap aku ni pembangkang. Hahaha.. Ckap la ape pun ya, aku xkisah.

3. Isunya adalah pembelian kereta Toyota Camry oleh kerajaan Perak dan Selangor. Dalam Buletin Utama semalam (11 Januari) ada dipaparkan berita kerajaan negeri telah terima sebahagian kereta yang dibeli.

4. Macam2 reaksi timbul. Yang masuk ke akhbar perdana sumanya kenyataan dan pandangan dan menghentam kerajaan negeri. Ada yang kata xde semangat patriotik la, menipu rakyat dan macam2 lagi la. Korang nilai la sendiri ya..

5. Xde pun kenyataan yang menyebelahi pihak kerajaan negeri dalam akhbar perdana dan berita TV. Suma masing2 nak jadi hero berjiwa patriotik. Dulu masa kes kerajaan Terengganu, sumanya senyap membisu. Dulu xckap ape pulak sebab pihak yang sama parti yang buat. Skang ni berdentam-dentum ckap soal patriotik. Tu yang buat aku rasa kurang senang.

6. Pada aku, langkah tu praktikal untuk jangka masa panjang. Nilai baik pulih kereta V6 untuk tempoh 5 tahun sbgai cthnya, lebih dari nilai baik pulih untuk tempoh sama bagi Camry. Mana sumbernya, korang semak la balik bape juta da abis untuk baik pulih kete V6 yang pernah dipaparkan nilainya dlu.

7. Bleh ke semangat cintakan negara dinilai dari segi kereta semata-mata? Adil ke? Kalu camtu, PM kita tu berjiwa Jerman la ya? Sbbnya kete rasmi PM Malaysia BMW 7 Series. So, nape xtimbul lak isu xpatriotik?? Btulkan?

8. Aku yakin keputusan yang dibuat untuk beli Camry tu sudah dikaji oleh pihak yang wat keputusan tu. Bukan main senang-senang je nak beli. Aku yakin dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat negeri kesayanganku, Perak Darul Ridzuan!

9. Ha,satu lg wat aku xpuas ati, kerajaan pusat xbagi pelepasan cukai kepada kereta yang dibeli oleh kerajaan Perak. Dulu Mercedes Terengganu boleh plak dapat pengecualian cukai. Sungguh tidak adil btul. Dan sungguh TIDAK PROFESSIONAL la...

10. Aku ni pembangkang? Hahaha... Ikutla korang nak nilai cmne pun. Aku juz menggunakan kebebasan yang ade pada aku untuk bersuara. Korang pulak macammana??

13. Fikir-fikirla ya...

Sekian, wassalam..

Wednesday, January 7, 2009

Take a look.... Boikot!

* Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.

* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.

* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.

* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.

* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam?

Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?

*(thanks to Sahabat Firdaus forum..)

List of Boikot..

Makanan

Syarikat Tasty Foods

Produk: Makanan Ringan Jenama: Samba, Fun, Lays... dan sebagainya.

Syarikat Heinz

Produk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato... dan sebagainya.

Syarikat Lambert

Produk: Gula-gula Jenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls... dan sebagainya.

Syarikat Hosstess

Produk: Makanan Ringan & Kek Jenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake... dan sebagainya.

Syarikat Cadbury

Produk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan... dan sebagainya.

Syarikat Coca-cola

Produk: Minuman bergas Jenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, Mountain Dew, Miranda... dan sebagainya.

Syarikat Hadaiq California Syarikat Rocky

Produk: Basbuosah, Jeli Om-Ali... dan sebagainya.

Syarikat Perrier-Vittel

Produk: Air Galian Barakah... dan sebagainya

Syarikat Nestle

Produk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran Masakan Jenama: Kit-kat, Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips... dan sebagainya.

Syarikat Americana

Produk: Burger, Sausage, Ayam... dan sebagainya. Minyak Sayuran Rawabi, Fern Makaroni Columbus, Hayo Chipsy Delta

Super Market

Sainsburry Heiz Edge Tesco

Kedai Makan/Restoran

McDonalds, Tikka, Kentucky Fried Chicken (KFC), Kantis Arby's, Pizza Hut, Chicken Tikka, Paradise.

Alat Pencuci dan Kecantikan

Syarikat Procter & Gamble

Produk: Kesihatan, Syampu, Sabun Jenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean... dan sebagainya.

Syarikat Palmolive

Produk: Pencuci dan Sabun Jenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy... dan sebagainya.

Syarikat Johnson & Johnson

Produk: Kesihatan dan Penjagaan Diri Syarikat Johnson Produk: Pewangi dan Ubat Nyah Serangga Jenama: Raid, Glade... dan sebaginya.

Syarikat Revlon Make-up

Syarikat East In Sambel

Syarikat Beverly Hills Syarikat Sitreen

Bahan Tenaga

Bateri Kenderaan Milestone, Bateri Kenderaan Powder, Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Everady... dan sebagainya.

Alatan Sukan

Nike, Universal, Power, Paramount & Youngers.

Pakaian

Jean's Basic, Kelvin Klein, Levi's & Ralph Lauren

Alatan Pejabat

Syarikat Delta Egypt, Parker Schiffer, Pen Schiffer, Higher

Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat

Max, IBM, Intel, Uracel, Nokia, Motorola & Digital.

Ayuh BOIKOT!!!!

Assalamualaikum..

1. Rejim Zionis semakin mengganas. Serangan tentera yang bermula 27 Disember 2008 sudah masuk minggu yang ke-2 telah mengorbankan lebih 500 orang dan lebih 2700 cedera. Mereka yang terkorban termasuklah kanak2 dan wanita. Ibu yg sarat mengandung pun turut menjadi mangsa.

2. Bukan setakat manusia, tapi rumah ibadat seperti masjid pun turut menjadi sasaran. Alasan mereka, masjid dijadikan tempat Hamas menyorok.

3. Ah, suma tu kata2 dusta Israel yang memang sengaja hendak menyerang Gaza. Hamas dijadikan kambing hitam untuk membolehkan mereka menyerang Gaza. Dulu Iraq diserang dengan alasan ada senjata pemusnah tapi smpai sekarang xdijumpai satu pun senjata tu.

4. Kita yang di negara yang serba mewah dan aman ni apa pulak sumbangan kita kepada saudara kita yang diserang di sana??

5. Ayuh, kita BOIKOT barang2 keluaran Yahudi yang banyak disokong oleh Amerika durjana!

6. Kalau nk tau apa barang2 yg perlu kita elakkan beli boleh masuk beberapa laman web antaranya;

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

7. Hendak pegi berperang dengan saudara seIslam di sana memang kita xmampu. Jadi kita kena sama2 usahakan kempen boikot ni. Kalau umat Islam seramai 20% penduduk dunia ni sepakat memboikot, Insyallah dengan izin Allah, Israel dan Amerika akan merasa kesannya apabila ekonomi mereka tergugat.

8. Ayuh wahai saudara Islamku semua, kita BOIKOT! BOIKOT! BOIKOT!

Sekian, wassalam..

Tuesday, January 6, 2009

Minyak nak naik lagi???

1. Akhbar Harian Metro 5 Januari 2009 menyiarkan kenyataan Menteri hal Ehwal Pengguna, harga minyak mungkin dinaikkan ke RM1.90 jika harga minyak mentah dunia mencecah USD50 satu tong.

2. Uishhh, nak naik cepat jer. Minyak da turun rendah dari dulu (RM1.92/liter) pun harga barang masih xturun2. Alasannya kos itu masih naik la, kos ini mahal la, mcm2 lak alasannya.

3. Dulu masa turun ke harga sekarang RM1.80/liter orang ramai da dapat agak da harga barang xkan turun. Skarang, selepas bberapa lama, memang btul la apa yang dijangka.

4. Tapi ada satu statement yang dikuarkan oleh seseorang yang aku da lupa siapa, dia kata "masa harga naik suma marah, tapi masa turun walaupun 10 sen or 15 sen, berapa ramai diantara kita yang bersyukur? yang pastinya lagi ramai yg merungut dari yang ucapkan kata2 kesyukuran"

5. Perghh..terasa aku. Korang lak cmne?

6. So btul la, manusia ni mudah lupa. Bila da biasa dengan kesenangan, kemudian ditimpa kesusahan, akan terkeluarla sikap sebenar kita. Bila datang walau sedikit pun kesenangan kita akan lupa untuk besyukur gara-gara kesenangan yg sedikit tu tidak memuaskan hati kita.

7. Jadi, aku nak nasihatkan diri sendiri dan korang yang baca ni, kita cuba la ubah mana yang patut. Kalu tak dapat banyak, sikit pun jadi la. Sikit lagi baik dari xde langsung.

8. Ok, on the way balik keje, smpai kat Bulatan Batu Caves, tetiba jammed. Xpenah2 jammed sebelum ni, ttba lak leh jammed. Teruk gak la. Aku bajet ade excident. Smpai depan Pasar Borong Selayang, btul apa sangkaan aku. Sorang penunggang motosikal da terbaring btul2 tengah jalan. Lalu kat tepi dia, aku tgk dah bertutup da muka dengan kain putih. So,korang pikir la sndiri ape maksudnya...

9. Niat aku nak ke ofis tiap2 pagi naik motor sedikit tergugat. Memang aku ada pasang angan2 nak naik moto mak long aku sebab leh gak jimat kos minyak. Bila tgk excident tu, aku mula terpikir, bahaya naik motor ni..

10. Nak tido aku dok pikir lg. Kemudian aku teringat kata2 sorg sahabat aku, "syeikh, mati ada dimana2 jer. Naik motor ke, naik kete ke, naik bas ke, kalu ditakdirkan nak jadi, anytime jer.."

11. Betul gak tu. So apa yang boleh aku simpulkan, kita suma tau yang mati tu kita tak boleh lari dan elak. Cuma yang termampu kita wat adalah berhati2 dalam setiap perkara yang kita buat. Naik moto ke, naik kete ke, bawak2 la beringat ya...

12. So lepas ni, pakai la tali pinggang belakang ya (tetiba je, xde kaitan lgsg dgn topik motor tuh..hahaha..). Anda mampu mengubahnya. (sebenarnya xnak kena saman, tu psal pakai.hehehe..)

13. Jumpa lagi posting seterusnya...

Sekian, wassalam.

Monday, January 5, 2009

Assalamualaikum...

1. Tidak terlambat rasanya nak mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2009.

2. Lama sudah tidak post dalam blog ni. Aku xnk bagi alasan apa-apa kerana memang salah diri sendiri. Kononnya diri ni sibuk la sangat sampai terlupa azam masa mula-mula buat blog ni. Hehehe..

3. Masa sembahyang Jumaat kat Masjid Jamek Manjalara, sebelum masuk Zohor, ada ustaz bagi ceramah. Antara ayat dia yang buat aku terkesan adalah, " saya dulu pun selalu kata sibuk. Bila ada benda yang xselesai ke, alasan saya sibuk. Nak menulis buku tapi alasan kesibukan yang membantutkan. Satu hari saya ke satu seminar penulisan yang mana membawakan tokoh yang kita tahu memang sibuk tapi masih sempat menulis. Antaranya Tun. Dr. Mahathir. Tun cakap, sebenarnya kita bukan sibuk mana pun. Setiap orang suma ada masa yg sama iaitu 24 jam. Orang yang banyak bagi alasan sibuk sebenarnya orang yg malas......"

4. Aku memang terkesan dgn ayat tu. Aduh, malunya aku. Konon sibuk la sgt...

5. Sekarang ni aku kat ofis di Bandar Manjalara, Kepong menjalani Latihan Praktikal (LI). Aku LI kat Antara Jurutera Perunding Sdn. Bhd. Anatra tugas pertama yang aku wat adalah 'update' teknikal drawing Institut Jantung Negara (IJN). So, sbb tugas tu aku leh la masuk hampir kesemua bilik yang ada di IJN. Bilik yg sempat aku masuk hanya di aras G dan aras 1.

6. Sempat la aku masuk ICU, PICU, CCU, wad ICL dan lain2 lagi. Leh kata aku tau la kat mana tempat2 yang ada soket kat IJN tu. Hahaha..

7. Emm..cukup la kot kisah LI aku. Sikit2 dulu. Kita g ke hal-hal lain lak..

8. Ada satu petang tu, aku dgr radio IKIM. Topik ptg tu sangat menarik. Topik berkaitan serangan Israel di Semenanjung Gaza, Palestin.

9. Sewaktu panggilan dibuka, ada sorg Dr. tu telefon dan berkongsi pendapat. Beliau cakap, " saya menyerulah kepada barisan kepimpinan negara agar segala macam sambutan yang melalaikan seperti malam Tahun Baru yang lepas dan sambutan kemerdekaan agar tidak lagi diadakan di masa akan datang. Ini sebagai menghormati saudara kita yang teruk diserang Zionis laknat. Saya tertarik dengan kenyataan saudara Lim Guan Eng yang menyatakan tiada sambutan tahun baru secara pesta di Pulau Pinang tahun ini sebagai tanda protes serangan di Gaza. Kalau saudara Lim yang bukan beragama Islam boleh berkata begitu apakan lagi kita yang beragama Islam ni..."

10. Ha, macammana sekarang?? Setuju x apa yang Dr. tu cakapkan??? So, ape tindakan kita?? BOIKOT!!!

11. Malam tahun baru yang lepas, berapa ramai orang Islam kita yang menjadi bodoh dengan memakai cekak tanduk ala Syaitan??? Then yang kena tangkap basah lg, yang kena tangkap dadah lg?? Nauzubillah..

12. Semalam, aku berkesempatan ambik mak usu aku balik haji di KLIA. Seronok tgk jemaah haji yang pulang. Hepi belaka. Mak uda aku pun baru balik haji Sabtu lepas. Dpat la aku sepasang jubah. Mesti kacak kalau pakai..Heheheh....

13. Oklah, berhenti stakat ni dulu. Insyallah esok sambung lagi. Guna PC kat ofis xle lama2. Kang orang kata curi tulang plak.

Sekian, wassalam.