Wednesday, April 8, 2009

Politik2...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Ok, kali aku juz nak sentuh sikit2 hal yang berlaku dan yang penting buat aku terpikir sejenak. Kalu ikutkan banyak, tapi aku juz coretkan mana yang terlintas kat fikiran ni.

2. Firstly pasal peralihan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Datuk Sri Najib Tun Razak secara rasminya telah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6. Syabas dan tahniah kepada beliau dan keluarga. Yang wat aku terpikir adalah tentang betapa Malaysia ni berkali-kali baik keadaannya berbanding negara lain di luar sana.

3. Even keadaan politik kita agak kelam kabut kebelakangan ni, tapi peralihan kuasa masih berjalan dengan aman. Kita lihat jiran terdekat kita, Thailand. Even dah ade PM baru, tapi skang masih huru hara suruh desak PM Thai tu letak jawatan. Kat Malaysia ni sekadar kuar retorik2 politik je pun antara kerajaan dan pembangkang.

4. Biasa la tu, da nama pun pembangkang, mestilah tidak setuju Datuk Sri Najib jadi PM kerana katanya beliau banyak skandal yang masih belum dibersihkan. Kalu setuju je semuanya dengan kerajaan, tu penyokong bukan pembangkang namanya. Betul kn?

5. Ok, next thing is ape yang PM sarankan kepada pihak media. Jujur dan adil dalam menjalankan tugas. Jujur ke? Dan yang paling penting ADIL ke? Aku rasa masing2 ada pendapat masing2.

6. Tapi pada aku, aku amik contoh TV3. Dalam membuat liputan kempen pilihanraya, adakah TV3 berlaku adil kepada semua calon? Adil ke kalau hanya yang baik semuanya hanya tertumpu pada seorang calon sahaja dan calon lain semua berita buruk2 belaka? Ini ke prinsip keadilan yang dimaksudkan?

7. Kadang aku rasa sedih dengan apa yang berlaku. Sampai bila keadaan ni akan berterusan. Betul la kata penganalisis politik yang majoriti golongan muda menolak kerajaan yang memerintah. Ini kerana golongan muda ni mendapat sumber maklumat dan berita terus dari internet.

8. Dengan akal dan fikiran orang muda yang matang, mereka dapat nilai sendiri yang mana satu yang betul. Skang bukan lagi zaman nak berkempen dengan cara yang tidak adil tu, semakin banyak saluran untuk rakyat dapatkan berita yang sebenarnya.

9. Sekrang keputusannya telah pun diketahui. Ketiga-tiga DUN/Parlimen masih dipegang oleh calon dari parti terdahulu. Tapi yang aku rasa paling menarik perhatian adalah di Parlimen Bukit Gantang yang mana menyaksikan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin bertanding dan telah menang dengan majoriti yang lebih berbanding PRU ke-12 dulu.

10. Apa2 pun. Tahniah juga kepada calon BN di Batang Air dan Calon PKR di Bukit Selambau. So sekarang ni kita akan melihat berbagai-bagai komen dan ulasan dari semua pihak terutama yang menang dan kalah. Korang suma da bijak pandai kan? So nilai la sendiri ya. Apa yang korang nak percaya, tu pilihan diri sendiri.

11. Oh ya, kepada sape yang baca blog ni, tima kasih byk2. Juz nk mintak tolong satu pkara je, korang rasa apa isu atau perkara yang menarik untuk aku ceritakan ya? Juz nak dapatkan feedback je sebabnya kang kalu asik citer pasal kehidupan sndiri, orang meluat pulak kn? So, tolong ek...

12. K la, da lewat ni. Sok keje lak. Insyallah kalu sok keje siap cepat, leh aku update lagi. Jumpa lagi ya.

Sekian, wassalam.

2 comments:

pujah said...

huhu..aku setuju ngn ko..ko da keje eh?besnye!bile nk blanje adik kesayangan ko nih?

Aizat Faiz said...

aku stat 1 april arituh..
belanja?hehehe..tggu aku pnya kewangan stabil dlu yek..Insyallah nnti aku blanja k?tapi xjanji..hehehe..