Monday, August 30, 2010

Orang Ikhlas Itu Tertindas?

Assalamualaikum...

Kali terakhir blog ni ada post baru kira-kira 7 bulan lepas, awal tahun ini. Sekarang ni sudah nak masuk bulan September pun. Betul la kawan saya cakap dulu, da tulis blog ni kena rajin-rajin. Tapi nak buat macammana, dah memang perangai malas tu ade. Hehehee...

Selamat berpuasa juga kepada semua. Dan selamat hari raya jugalah diucapkan. Maybe terlalu awal lagi untuk diucapkan, tp memandang tidak diketahui bila agaknya entry baru akan ada, so ucapan raya diawalkan. Hehe.. Saya ambil kesempatan nak memohon seribu kemaafan kepada semua terhadap segala tindak tanduk dan ungkapan yang secara sedar atau tidak sakiti hati siapa-siapa. Minta ampun ya.

Oklah, disini ada sedikit benda yang rasanya boleh dikongsi sama-sama. Memandangkan saya dan rakan-rakan yang lain kebanyakkannya semua baru bekerja, atau akan memasuki alam pekerjaan, artikel dibawah ni mungkin boleh dijadikan sedikit pengajaran dan iktibar. Artikel ini saya dapat dari email, tidak tahu mana puncanya. So, terima kasih kepada orang yang asal menulis dan juga yang meng'forward'kan sampailah ke inbox saya. Semoga apa yang baik kita dapat jadikan renungan dan ingatan.


ORANG IKHLAS TERTINDAS??

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?


*Kredit untuk Nurul Adleena Bt. Md. Zin dari RHB Islamic atas email yang di'forward'kan.

Thursday, January 7, 2010

Cukup-cukuplah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

First of all, SELAMAT TAHUN BARU (Hijrah dan Masihi). Sudah 7 bulan rasanya blog ni tidak di'update' dengan posting baru. Nak kata tak online, ade je. Emm..entahlah, tak tahu nak bagi alasan apa lagi dah. Sampai sudah bertukar company pun tak juga update. Hehehe...

Ok, untuk posting yang pertama bagi tahun 2010 ni, ada sesuatu yang dirasakan menarik untuk dikongsikan bersama. Satu email yang di'forward'kan oleh seorang rakan yang boleh kita sama-sama jadikan renungan.

Ini kandungan email tersebut :

SALAM......

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranahla dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itudapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya.
Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 – 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULILLAH ....."

" Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN. Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA. Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu.

Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita "

''..Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..


Lepas baca apa yang tertera diatas, apa yang anda semua rasa?? Ayuh kita fikir-fikirkan..


*Kredit untuk Nurul Adleena Bt. Md. Zin dari RHB Islamic atas email yang di'forward'kan.

Monday, June 29, 2009

Demokrasi di Malaysia? Ye ke ni...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Aku terpanggil untuk luahkan pa ang aku rasa satu ketidakadilan di dalam sistem Demokrasi di Malaysia.

2. Aku sekarang duduk di Johor, jadi kadang2 tu dapat la tengok siaran TV 2 buah negara jiran kita iaitu Singapura dan Indonesia.

3. Semalam sewaktu bermalam di JB, aku amik peluang la menonton TV Indonesia. Tengah tengok satu cerita best iaitu "Pemberian Misterius" (jap lagi aku citer pasal citer ni), tetiba kuar la iklan. Aku pun tengok la dengan penuh minat sebab nak bandingkan dengan iklan TV Malaysia.

4. Lebih kurang je pun iklannya. Contoh kalu iklan sabun, sama ke cuma yang bezanya jenama sabun tu. Hehehe... Ok, tetiba kuar la satu iklan yang menarik. Rupanya iklan kempen pilihanraya Presiden Indonesia.

5. Mula2 aku tgk kempen Presiden skrang Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dengan pasangannya Boediono dalam TV tu. So kuar la janji2 politik yang akan dilaksanakan. So aku pun just wat biasa la sebab tau SBY tu Presiden skarang. So bila ditampuk kuasa, kuar TV tu biasala.

6. Tapi bila tiba sesi iklan skali lagi, aku teruja sebab kuar pula kempen pesaing SBY-Boediono iaitu Megawati Sukarnoputri - Prabowo Subianto. So TV tu pun tunjuk la apa pula janji2 Megawati andai terpilih menjadi Presiden Indonesia.

7. Aku terpikir, bagaimana pula di Malaysia sewaktu Pilihanraya? Xkisah la pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Adakah berlaku sama seperti di Indonesia? Adakah kedua2 pihak iaitu kerajaan dan pembangkang diberi peluang untuk berkempen di TV? Aku rasa semua tahu, hanya satu pihak je yang boleh kuar kat TV. Semua siaran TV perdana dan radio hanya menyiarkan kempen sebelah pihak yang berkuasa sahaja.

8. Kenapa pihak yang satu lagi dinafikan hak untuk dapat kemudahan yang sama? Kalau nak kata itu TV kerajaan, kita kena ingat duit untuk kerajaan berfungsi, peratus terbesar pun datang dari cukai yang dibayar kerajaan. Kerajaan yang sebenar adalah kerajaan rakyat bukan kerajaan parti. Anda setuju?

9. Malam tu pula aku g kedai makan. So ambil la peluang tengok Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam. Seperti biasa la, mesti ada berita tentang H1N1 yang makin teruk menular di negara kita. Then kuar la berita pasal pilihanraya kecil di Manik Urai.

10. Apa berita pasal Manik Urai tu, aku xyah la cerita. tapi berkisar tentang calon dari parti yang bertanding. Apa yang menimbulkan rasa kurang selesa adalah sikap tidak professional media tersebut iaitu TV3.

11. Apa motifnya menyebut calon dari PAS hanya seorang 'pemborong ikan'? Kenapa tidak disebut peniaga ke, usahawan ke? Sedikit rasa kurang selesa dengan ayat yang digunakan media.

12. Entahlah, korang suma pikir la sendiri yang samada adanya keadilan atau tidak........ Oh ya, aku bukan menyebelahi mana2 pihak ya. Sekadar rakyat yang menilai setiap yang berlaku dalam negara tercinta ni...

13. Ok, pasal cerita "Pemberian Misterius" yang aku cakap tadi. Memang sangat2 menarik cerita ni. Cerita ni nak cari orang yang betul2 punya hati yang ikhlas nak bantu orang lain dengan menggunakan seorang pengemis yang pakaiannya kotor, tidak terurus dan rambut yang kusut masai.

14. Pengemis tu akan berjalan dan jumpa jer sape2 dia akan cuba dekati. Ala, macam kita jumpa pengemis kat jalanan tu la. Then mesti hampir kesemua kita akan lari. Btul x?

15. Ok, bila pengemis tu berjaya tegur sape2, dia akan mulakan untuk minta bantuan orang ni. Dia akan minta tolong hantarkan satu bungkusan berisi wang ke satu rumah yang alamatnya ada dalam bungkusan tu. Bila buka bungkusan tu akan nmpak la wang n alamatnya. Mean that orang tu tau dalam bungkusan tu ada duit. Disini la nak uji kejujuran orang tu pulak.

16. Suma individu yang pengemis tadi jumpa semuanya xnak tolong. Smpailah kepada seorang pakcik ni, nama dia Pak Sukarno. Pak Sukarno seorang pengawal lalulintas jer. Pengemis tadi dekati Pak Sukarno ni, then cakap nak minum. Pak Sukarno ni belikan air untuk dia. Kemudia baru la dia ckap nak mintak tlg antarkan wang tu kepada satu keluarga yang pengemis tu kata adik dia.

17. Pak Sukarno ni setuju nak bantu. Dia siap tanya kepada pengemis tu, "bapak percaya sama saya?". Ye la kan, silap2 kang Pak Sukarno tu kebas duit tu lak.

18. Sebelum Pak Sukarno nak beredar, pengemis tu uji lagi Pak Sukarno. Dia pesan minta belikan roti untuk adik dia tu. Pak Sukarno setuju dan siap belikan untuk pengemis tu sekali.

19. So bila Pak Sukarno g hantar, rupanya adik pengemis tadi satu keluarga yang sangat susah. Nama adik pengemis td Sutinah. Ibu Sutinah ni anaknya pula cacat sejak lahir lagi. Duduk pun di rumah nelayan yang mana hanya satu bilik untuk didiami oleh satu keluarga.

20. Lepas je Pak Sukarno bagi wang dan roti, menangis2 keluarga ni. Sebak gak aku tgk babak tu. Then selepas tu, Pak Sukarno pun balik la.

21. Kemudian di rumah Pak Sukarno, sesuatu yang surprise menanti keluarga Pak Sukarno. Ketika wakil produksi ke rumah Pak Sukarno, dia xbalik kerja lagi pun. So hadiah misteri tu akan diberikan kepada keluarganya. Hadiahnya adalah satu lori yang penuh dengan ayam hidup untuk diternak. Menangis2 keluarga Pak Sukarno ni. Oh ya, keluarga Pak Sukarno ni pun keluarga susah tau.

22. So bayangkan, diri sendiri susah, tapi bila lihat orang lagi susah, adakah kita akan sedia membantu seperti Pak Sukarno? Renungan untuk aku sendiri dan kawan2 semua....

23. Apa yang wat aku tertarik adalah konsep yang digunakan dalam "Pemberian Misterius" ni. Keluarga susah seperti Pak Sukarno dibantu bukan dengan beri wang ringgit tapi satu benda yang boleh diusahakan dan dengan benda tu boleh merubah kehidupan keluarga tersebut.

24. Aku rasa kaedah ni lagi berkesan untuk membantu keluarga miskin. Kalu di Malaysia, kita ada rancangan "Bersama mu". Aku kurang setuju dengan cara memberi wang, tapi beri benda yang boleh diusahakan. So faedahnya adalah untuk jangkamasa panjang..

25. Jadi kalau ada sape2 yang kenal dengan pihak TV3 atau produksi "Bersama mu", cadang2 kan la ya konsep "Pemberian Misterius" td tu..

Wassalam...

Monday, June 22, 2009

hari ini, 22 Jun 2009..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. First of all, Selamat Ulang tahun kelahiran yang ke-59 buat ayahanda tercinta, Hj. Mohd Yazid bin Ibrahim yang berada nun jauh di Ipoh sana. Semoga abah yang terbaik kat dunia ni kekal diberikan kesihatan menjalani kehidupan seharian bersama emak tersayang. Aminn...

2. K, arini gak aku jumpa kawan2 di UMP dekat Bandar Penawar ni. Aku g pejabat pos bayar bil, tetiba ternamak sorang mamat ni. Tgk mcm kenal jer. Rupanya mmg kenal pun, dak meki UMP. So kami tukar2 la no n janji nk makan melam sesama. And yang bestnya, ada lagi 3 orang dak UMP yang keje skali dgn dia. Salah sorangnya Vicky, dak letrik gak.

3. So tadi kami jumpa la kat Tasik Bandar Penawar. Macam2 citer kuar. So pasni xla aku bosan dah kat Bandar Penawar ni, da jumpa geng. Insyallah la xde lagi la makan sorang2, kuar g Kota tggi sorang2 n xde lagi dah kot g tgk wayang kat Jusco Tebrau City sorang2 macam aritu. Hahaha..

4. Arini gak aku rasa sgt best sebab cuaca mendung sepanjang ari. Xnampak lgsg matahari. Tgh mlm smlm ujan, so pagi td jalan mash basah. So xbajet la mendung jer. Tgk2 mendung sampai kepetang. Kan best kalu cuaca berterusan camni, tak la aku ni makin gelap. Hehehe..

5. Ada satu situasi yang best berlaku masa sembang pasal mendung ni...

Aizat : Kalau macamni tiap2 ari kan senang...

Hairul : Tak jugak. Kalu mendung jer, nak cat paip pun susah..

Aizat : Tu ar pasal. Time kita nak wat keje luar, sikit pnya panas. Mintak mendung.

Tapi time mendung nak wat keje yg perlu panas lak..

Hairul : Tu la dugaan keje namanya..

Mamat : Tu maknanya hidup ni ada tuhan..

Hairul & Aizat : ........

6. Perghhh..memang best dialog terakhir tu. Leh wat jadi pengajaran. Tu pasal aku share dengan korang suma.

7. So, ape2 pun kita wat, kita kena ingat ada yang Maha Berkuasa yang memerhatikan kita ya..Sama2 kita tingkatkan amalan kita disamping kita mengejar dunia ini. Insyallah..

8. K ar, da ilang lak idea aku. Nanti aku tulis lagi ya.

Wassalam..

Wednesday, June 17, 2009

I'm back...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Hari ni genap sebulan 2 hari aku tak update blog ni. Hari ni gak genap umur aku 24 tahun 1 bulan. So dalam sebulan 2 hari ni macam2 perkara yang berlaku. mana yang aku ingat je la aku leh tulis dalam ni..

2. Firstly, Selamat Pengantin Baru kepada Akmal Hariz bin Mansor a.k.a sepupu aku yang selamat diijab kabulkan dengan wife dia 2 minggu lepas di taman Melawati. Minggu lepas, 13 Jun pula kenduri sebelah laki kat kampung aku di Pedas, Rembau.

3. So kat sana dapat la aku jumpa mak abah n adk bradik aku setelah sekian lama xjumpa. Rindu oo.. Suma balik kali ni. Ha, ada satu pengajaran untuk aku sewaktu kenduri ni iaitu, 'kalau kenduri sepupu, xpayah mengade-ngade nak pakai segak2. Pakai t-shirt sudah..'

4. Alkisahnya, aku dan sorang sepupua aku, Izzul Syafiq a.k.a Kacang pakat la pakai kemeja pagi Sabtu tu. Tiba je kat sana, xsampai 15 minit da kena dduk kat tempat basuh pinggan. Mula tu tahan la gak basuh pakai kemeja, tapi da asik kena kutuk je, kitaorang terus tukar pakai t-shirt. hampeh tul..

5. Lepas kenduri tu, aku cabut lari ikut mak abah g dusun durian even keje kat kenduri tu banyak lagi. Hahaha.. Kitaorang satu family ikut family kak long g dusun durian kat Linggi. Dusun tuan umah sewa yang kat KL tu. Da lama aku xmakan durian sepuas-puasnya. aritu aku belasah memang xingat pnya. Aku bajet kalu demam pun xpe, puas ati. Tapi Alhamdulillah tak demam.

6. Emm..ape lagi ya yang aku nak citer kat sini. Tadi macam banyak idea. Tapi skang da ilang. Adeiii.. Banyak yang berlaku pun pasal keje la especially kat site. Macam-macam jenis manusia aku jumpa. So macam2 jenis dugaan gak la aku kena hadapi. Insyallah aku akan kuatkan ati untuk survive dalam bidang ni. Amin..

7. Aku dapat makluman yang tarikh konvokesyen aku 3 dan 4 October. So lepas raya la. Aku rasa dah xsabar lak nak g konvo. Leh jumpa kawan2. Aku jamin mesti seronok bila masing2 bukak cerita n pengalaman masing2. Huhuhu...

8. K la, insyallah aku akan antar posting lagi minggu ni. Actually aku dapat broadband ni da dekat 2 minggu tapi baru malam ni aku tetiba jadi rajin nak update blog ni. Hehehe... Kemalasan menguasai diri ini...

9. K ya, jumpa lagi.

Wassalam..




Friday, May 15, 2009

Lamanya..

Assalamualaikum..

1. Lamanya aku tak antar posting kat blog ni. Kesibukan bekerja yang asyik keluar sana sini membataskan aku nak menulis dalam blog nih.

2. Jangan kata masa nak tulis blog, masa untuk diri sendiri pun da semakin kurang rasanya. Takpe la, nak berjaya mesti ada sesuatu yang kita korbankan. Balasan pengorbanan suma tu akan tiba nanti. Insyallah.

3. Dulu masa mula keje, aku bawa la juga laptop ni. So ade masa free kejap2 tu leh la online jap. Tapi masuk je mggu kedua, aku da mula xbawak laptop. Sebabnya banyak masa diluar ofis berbanding masa kat ofis.

4. Kena ulang alik g Raub, g antar tender da g jumpa macam2 orang. Yang terbaru aku kena outstation kat Bandar Penawar, Johor. Ade projek IKBN kat sana. Jauh lak tu, kira2 5 jam dari KL. 5 jam kalu naik kete bos, kalu naik ABU, mau 7 jam. Hahaha..

5. So lepas ni aku rasanya bukan stakat seminggu dua aku xupdate blog ni, mau cecah sebulan kot. Aku da kena stay kat Bandar Penawar mula isnin ni (18 Mei). Tak tau la ape nak jadi kat blog ni pasni..

6. Ape2 pun, aku enjoy la dengan keje aku skang ni. Macam2 bnda baru aku blajar. Tq sgt2 la kat bos aku yg stylo tuh. Hehehe..

7. So, mcm aku ckap td, pasni aku akan kurg da antar posting baru.. sape ang free2 tu, teruskan la berblog ya...

Sekian, wassalam....

Friday, April 24, 2009

Susah sangat ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Mesti ada yg tertanya2 kenapa dengan tajuk posting aku kali ni kn? Ya, persoalan utama aku adalah "Susah sangat ke nak wat keputusan?".

2. Aku sebenarnya dalam dilema dengan banyak sangat perkara yang memerlukan aku membuat satu keputusan yang terbaik samada untuk diri sendiri atau melibatkan orang lain. Terutamanya keputusan yang berkait dengan kelangsungan hidup masa depan.

3. Ya, aku dah merasa cmne susahnya bila bekerja. Aku da sedar bahawa ayat " bestnya kalu keje nnti" yang sering terkeluar masa belajar dulu, tidak membawa maksud seperti yang diharapkan.

4. Memang la da keje xyah pikir dah pasal kuiz ke, assignment ke, test or final exam (or yang paling best PSM tu la), tapi dari segi masa untuk diri sendiri, kawan2 dan keluarga, waktu belajar la yang paling banyak untuk suma tu. (betul ke ayat aku ni??)

5. Seronok sbnarnya keje especially kalu bnda yang kita minat. Bukan maksud aku, aku tak enjoy or suka keje yang aku dapat skang ni. Cuma kadang2 tu rasa serabut, maybe sebab2 tertentu yang aku je tau or org2 yg da keje je tau. Hehehe..

6. Kenapa ya kita susah sangat untuk capai keputusan dalam satu2 masalah? Actually, bukan kita rasanya. Aku ni kot yang alwaz susah nak wat keputusan.

7. Maybe sebab aku ni terlampau banyak sangat consider pada sekeliling aku ke? Or sebab aku terlampau pikirkan kesan buruk setiap keputusan aku tu ke? Atau memang aku terlampau banyak pilihan untuk setiap masalah yang timbul tu ke?

8. Otak aku kadang2 tu sampai terproses rasa takut bila pikirkan hal masa depan especially bila sentuh hal kewangan. Tak tau la kenapa ya. Betul la cakap orang dan cakap aku sendiri, masalah ni kalu terlampau sangat dipikirkan, leh wat gila.

9. Then kalu tak dipikrkan pula, nnti masalah tu yang menghantui kita. Adus, bisa buntu kalu alwaz cenggini.

10. Tapi as seorang Muslim, aku yakin semua ni dugaanNya untuk uji kekuatan aku. Dah memang dijanjikan Allah, manusia takkan diuji dengan ujian dan dugaan yang tak mampu tertampung oleh seseorang tu. Aku juga yakin aku boleh hadapi semua ini dan juga dugaan yang mendatang. Insyallah..

Arghhh...serabutnya...