Friday, April 24, 2009

Susah sangat ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Mesti ada yg tertanya2 kenapa dengan tajuk posting aku kali ni kn? Ya, persoalan utama aku adalah "Susah sangat ke nak wat keputusan?".

2. Aku sebenarnya dalam dilema dengan banyak sangat perkara yang memerlukan aku membuat satu keputusan yang terbaik samada untuk diri sendiri atau melibatkan orang lain. Terutamanya keputusan yang berkait dengan kelangsungan hidup masa depan.

3. Ya, aku dah merasa cmne susahnya bila bekerja. Aku da sedar bahawa ayat " bestnya kalu keje nnti" yang sering terkeluar masa belajar dulu, tidak membawa maksud seperti yang diharapkan.

4. Memang la da keje xyah pikir dah pasal kuiz ke, assignment ke, test or final exam (or yang paling best PSM tu la), tapi dari segi masa untuk diri sendiri, kawan2 dan keluarga, waktu belajar la yang paling banyak untuk suma tu. (betul ke ayat aku ni??)

5. Seronok sbnarnya keje especially kalu bnda yang kita minat. Bukan maksud aku, aku tak enjoy or suka keje yang aku dapat skang ni. Cuma kadang2 tu rasa serabut, maybe sebab2 tertentu yang aku je tau or org2 yg da keje je tau. Hehehe..

6. Kenapa ya kita susah sangat untuk capai keputusan dalam satu2 masalah? Actually, bukan kita rasanya. Aku ni kot yang alwaz susah nak wat keputusan.

7. Maybe sebab aku ni terlampau banyak sangat consider pada sekeliling aku ke? Or sebab aku terlampau pikirkan kesan buruk setiap keputusan aku tu ke? Atau memang aku terlampau banyak pilihan untuk setiap masalah yang timbul tu ke?

8. Otak aku kadang2 tu sampai terproses rasa takut bila pikirkan hal masa depan especially bila sentuh hal kewangan. Tak tau la kenapa ya. Betul la cakap orang dan cakap aku sendiri, masalah ni kalu terlampau sangat dipikirkan, leh wat gila.

9. Then kalu tak dipikrkan pula, nnti masalah tu yang menghantui kita. Adus, bisa buntu kalu alwaz cenggini.

10. Tapi as seorang Muslim, aku yakin semua ni dugaanNya untuk uji kekuatan aku. Dah memang dijanjikan Allah, manusia takkan diuji dengan ujian dan dugaan yang tak mampu tertampung oleh seseorang tu. Aku juga yakin aku boleh hadapi semua ini dan juga dugaan yang mendatang. Insyallah..

Arghhh...serabutnya...

Monday, April 20, 2009

Susan Boyle??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Ada satu video yang aku rasa ramai yang dah tahu, seorang wanita berusia 47 tahun yang memiliki suara yang mantap (tapi kena ingat, suma tu ciptaan dan kurniaan Allah jua)..

2. Yang bestnya, masa mula dia masuk pentas waktu sesi Britains Got Talent 2009, ada muka2 yang mencebik, mulut2 yang mengata dia. Ye la, dari segi penampilan dia agak kureng la. Tapi once dia nyanyi, suma tergamam!

3. Laman Youtube dia setakat ni pun dah di'view' oleh lebih 33,000,000 @ 33 juta orang dari serata dunia. Dahsyat gak tuh..

4. Nk URL Youtube tu, korang klik je tajuk postong nih ya.

5. Sekadar berkongsi dengan sesape yang maybe tak tahu lagi..

Sekian, wassalam.

Saturday, April 18, 2009

Proton Exora Prestige Concept..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Alhamdulillah, kita suma dah dapat tengok macammana rupabentuk model terbaru pengeluar kereta nasional, PROTON. Aku dulu ade gak masuk peraduan menamakan kereta ni, tapi belum rezeki aku. MAnatau untuk model seterusnya kot. Hehehe...

2. So kat posting ni aku bukan nak citer pasal Proton Exora yang dijual untuk orang ramai, tapi ada satu model concept car yang Proton wat guna platform Exora iaitu Proton Exora Prestige Concept.

3. Lepas aku tengok gambar2 Exora Prestige tu, aku da jatuh ati kat Exora ni. Hehe.. Bukan ape, bila baca spesifikasinya, aku rasa sesuai kalu Prestige ni digunakan oleh VVIP kat Malaysia ni. Kata pun nak support kereta buatan Malaysia kn?

4. OK, antara ciri2 Exora Prestige ni adalah kerusi belakang VIP yang leh dikawal secara automatik dan leh gak mengurut penumpang, sistem bunyi subwoofer 8 inci, 5.1 DVD player (ada 2 tuh), kotak sejuk (cooler box), dan meja sedia bina (built in la).

5. Ada lagi. Pemisah antara ruang pemandu dan penumpang belakang dipisahkan oleh satu panel cermin supaya ada privacy untuk penumpang belakang. Siap ada TV LCD 19 inci dan intercom tu. Da macam dalam kete limousine yg kita slalu tgk kat tv tu. Memang best...

6. Malas la aku nk citer lebih2 lg. Korang baca dan tgk la sndiri kat web ni ya. http://paultan.org/archives/2009/04/16/proton-exora-prestige-concept/

7. Thanks to paultan.org for the info.

Friday, April 17, 2009

Transformasi diri???

1. Kenapa sekarang ni aku rasa banyak benda da xsama macam dulu? Yang paling ketara adalah dulu zaman belajar tapi sekarang da masuk zaman bekerja. Sangat banyak bezanya.

2. Dulu dalam sehari, dari pagi smpai petang macam2 benda leh wat sebab kelas bukannya direct dlm sehari tu. Ada selang sejam la, selang 2 jam la. Siap leh tdo lagi semnetara tunggu next class.

3. Tapi sekarang ni, masa da xmacam tu dah. Masuk keje jul 8.30 pagi, sampai la pukul 5.00 petang. Rehat pun sejam je kul 1.00 tengahari sampai 2.00 petang. Nak tdo?? Mana sempat, dengan nak makan lg, nak solat lagi.

4. Dulu waktu tido tak kisah kul bape pun nak tido. Malam2 kalu xde wat ape, sempat je layan movie sampai lewat mlm, kadang2 sampai ke subuh. Kalu ngantok ke, penat ke, leh je tido kalu xde kelas. Tapi sekarang tak lagi mcm tu.

5. Balik keje je da kul 5.30 petang. G joging (amalkan gaya hidup sihat ya kawan2..), then da masuk magrib. Mandi, solat n apa2 yang patut, then kul 8.00 malam tgk berita sampai la pukul 9.00 malam. Kul 9 naik atas, xpun ajar2 Danial n Aleesya wat homework, da smpai kul 10 lebih. Kul 11 lak da rasa ngantuk.

6. Kalu nak stay smpai lewat2 leh je, tapi sok kat ofis siapla, zikir kat meja. Da la baru keje, xkn la nak tido plak. Agak2 ar. So, nak tak nak, kena la tido paling lewat kul 12 mlm. Cuma Sabtu malam Ahad je la kalu nak layan movie or wat so ever sebab Ahad je cuti..

7. Emm..ni la dugaan hidup sbnarnya. Mana ada bnda yg senang kn? Tambah lak baru mula keje ni kn, da lama2 sok Insyallah la ok. Juz doa la byk2 agar ape je kita wat dipermudahkan. Amin...

8. Ha, ak baru dpt surat agreement dari AJP. Selak punya selak, aku ternampak satu point iaitu pasal Employees Provident Fund (EPF) a.k.a KWSP. Statement tu kata "In accordance with statutory rates, which are currently, 11% by employee and 12% by Employer which sum shall deducted from Employee's monthly salary and contributed by the Company respectively."

9. Adei, aku mana la ingat da aku pnya KWSP pnya no. Aku jumpa admin, dia kata g je KWSP, tunjuk IC nnti diaorg bgtau la ape no account aku. Last skali aku ingat pasal KWSP ni masa aku keje kat Pliss Expressway masa lepas SPM dlu. Dalam 7 tahun lepas tuh..

10. Waa..banyak gak benda2 yg kena amik tau bila da keje. Dalam agreement tu pun ade je lagi bnda2 yg aku kurang paham. Xpe2, Hj. Yazid ada. Nnti aku tanya..

11. So, sape yg skang ni tgh belajar kat U, or kat mana2, abiskan sisa masa korg tu dengan sebaiknya. Nnti rindu maa nak belajar semula. Tapi yg best keje ni, xyah ingat da test ke, assignment ke, kuiz ke. Hehehhe...

12. K la. Aku nk wat2 rajin jap. Kang bos nampak asik ngadap laptop je, kang dia ngat ape plak kn? So, all da best utk korang suma untuk ape saja yang korang wat. Wat something tu, biar bnda yg kita minat ya..

Sekian, wassalam.

Thursday, April 9, 2009

Gaya Hidup Sihat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

1. Susulan dari posting sebelum ni, aku teruskan niat asal aku nak post pasal kesihatan. Actually, juz nak share apa yang aku wat as rutin tiap-tiap ari.

2. Memandangkan kat tempat keje baru ni aku abis keje awal, iaitu kul 5.00ptg (tapi Sabtu kene keje maa..), so aku ada masa untuk diri sendiri setiap petang. Kalu sebelum ni, kul 6.15 baru smpai umah. Tu pun paling awal.

3. Skarang, dalam pukul 5.20 aku da leh smpai umah. Jadi aku dah tetapkan tiap2 petang adalah masa untuk bersenam. Ye la, aku g UMP aritu, suma pakat tanya pasal perut aku yang makin sihat ni. Hahaha.. Ni belum kawin da naik, da kawin sok cmne la yek... Cuak2..

4. Aku dah mulakan rutin aku ni da seminggu. Minggu lepas Alhamdulillah aku dapat disiplinkan diri aku tanpa tinggal sehari pun joging. Penat beb! Ye la, last skali aku joging pun ntah bila ntah. Aku pun da xingat.

5. 1st day tu aku joging je. Abis basah kuyup baju aku. So 2nd day dan seterusnya aku berbasikal smpai ke padang tempat jog tu. So kat padang tu la aku jog n exercise macam2 gaya yg lain. Pumping la, sit-up la, star jump and so on. Aku guna la sedikit pengalaman masa aktif bersukan kat SMK Gunung Rapat dulu.

6. So, minggu ni masuk minggu kedua aku dgn rutin baru nih. Da timbul rasa malas lak ni ha. Adeii.. Baru seminggu.. Hahaha... Takpe2, aku bagi masa kat diri aku selama 1 bulan, nak tgk ada hasil ke tak, especially kat perut aku ni ha. Hahaha..

7. Oh ya, makan pun kena jaga gak kn? Ha, aku skang mlm da xmakan nasi. Tapi xla tiap2 malam tak makan nasi. Kempunan aku nnti..

8. Kalu ade sape2 yg ade idea cmne aku nk wat supaya lagi efisien untuk aku menjadi 'kurus' dan 'slim' macam dulu bgtau la yek. Korang pun sama gak, kena bersenam. Jgn sok da jadi mcm aku ni, susah ooo nak turun especially yg perut da makin ke depan. Hahaha...

9. Ok la ya, da leh balik umah. Nak g jog lagi. Sape2 yg nak join, leh la datang kat Taman Prima Selayang, aku tggu sana. Heheheh..

Majulah sukan untuk negara!

Sekian, wassalam..

p.s : aku jamin, mesti ada yg kutuk2 aku pasni. Hahaha...

6 Natural Tips for Deep Sleep

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ni ada artikel menarik tentang kesihatan. Kebetulan pulak aku pun nak tulis skit pasal kesihatan. Artikel ni aku amik kat Yahoo!.

Would you like to sleep like a baby without taking drugs? Americans spend upwards of 3 billion dollars a year on sleep medications, but to avoid the side effects, there are a number of natural remedies you can try first. Read on to learn some of the ways to get a good quality night's sleep.

1. Relaxing Rituals to Rest Easy
In Chinese Medicine, nighttime is yin time—or, simply, when the body takes care of itself instead of your desires. Proper sleep is required for your body to repair itself and regenerate. To reach deep, restful sleep, your spirit and heart must be calm. Excessive worry, anxiety, and depression can all disturb the spirit and activate the mind—making it near impossible to fall asleep and stay asleep. Rituals to sooth your spirit and induce a sleep response before bed include soaking your feet in Epson salts for 15 minutes, writing all of your thoughts in a journal to get them out of your head, and practicing relaxation before bed, like the Stress Release meditation below.

2. When Food Disturbs Sleep
When you eat late, you wake up tired. Your body will be busy digesting your dinner while you are trying to sleep, so you won't feel rested in the morning. Do not eat anything for at least three hours before bedtime. Also, cut back on eating bacon, cheese, chocolate, ham, potatoes, tomatoes, and sausage, especially before bed. These foods contain tyramine, which inhibits neurochemicals like norepinephrine and can cause insomnia. And, of course if you have sleep problems, caffeine should be cut out.

Eat for sleep! Try eating more grains at dinner; carbohydrates tend to make people sleepy. Another snooze snack is a warm cup of milk; because milk is rich in the amino acid tryptophan, it can sometimes aid in deep sleep. Mix in natural vanilla flavoring for a soothing snack. Or if you prefer, eat 1 cup of natural yogurt an hour before bedtime.

3. A Peaceful Place for Sleep
Your sleeping environment makes a huge difference to the quality of your sleep. Do everything you can to create a quiet and cozy atmosphere. Ideally, your bedroom should be located in the quietest area of your home. Keep the d├ęcor minimal. Lighting should be dim and any music that is played should be soothing. Research has found that lavender, vanilla, and green apple are among the best scents to help lower anxiety and induce sleep, making these smells a good choice for a scented candle or heated essential oil. Try to limit your pets to outside of the bedroom because their movements will keep with your body from fully relaxing into deep R. E. M. sleep. As much as possible, your bedroom should be only for sleep.

4. Exercise Enables Sleep
People with regular exercise routines often sleep better and have fewer incidents of insomnia than those don't get regular physical activity. Exercise promotes sleep and improves sleep quality by altering brain chemistry. Exercising moderately for 20 to 30 minutes three times a day, combined with meditation or tai chi in the evening, will not only help you fall and stay asleep, but will also increase the amount of time you spend in R.E.M. sleep. In fact, for some people, exercise alone is enough to overcome sleep problems. Exercise in the morning or afternoon, but do not exercise for at least two hours before bed.

5. Herbs to Sleep Tight
A calming tea before bedtime can ensure a good night's sleep. Drink valerian or passionflower (or passiflora) tea before bedtime every night for one month. Simply steep 1 to 2 tablespoons of the dried herbs in one cup of hot water and drink just before bed. Or look for one with the traditional Chinese herbs zizyphus or jujube seed, bamboo shavings, and oyster shell, which soothe the mind and spirit.

You might also try Calm-Fort/Sleep formula with useful herbs like lily bulbs, polygala and turmeric that help manage stress and calm the spirit while relieving restlessness and insomnia.

6. A Sleep-Friendly Meditation
I had one patient with insomnia who also felt anxious and even a little depressed. In addition to acupuncture and herbal therapies, I decided to teach her a stress release meditation that she could do before bedtime to help with her anxiety. I am happy to report that she is now sleeping like a baby.

Try this Stress Release meditation, which works for the majority of my patients who have sleeping problems:

Sit comfortably or lie down on your back. Slow your respiration to deep, abdominal breathing. Utter the word "calm" in your mind with every exhalation. Focus on relaxing each area of your body in sequence, from the top of your head to your toes. Starting with the top of your head, inhale and then exhale while visualizing your scalp muscles relaxing. Say "calm" in your mind. Repeat this with each body part as you move down through all body parts, front, back, and sides, in succession: your face, throat, chest, arms, stomach, abdomen, thighs, knees, legs, ankles, until finally you reach your feet. When you've relaxed your feet, visualize all the tension in your body leaving through your toes as dark smoke. Practice this for at least 15 minutes before bedtime.

*Thanks to Dr. Maoshing Ni for the article.

Wednesday, April 8, 2009

Politik2...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Ok, kali aku juz nak sentuh sikit2 hal yang berlaku dan yang penting buat aku terpikir sejenak. Kalu ikutkan banyak, tapi aku juz coretkan mana yang terlintas kat fikiran ni.

2. Firstly pasal peralihan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Datuk Sri Najib Tun Razak secara rasminya telah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6. Syabas dan tahniah kepada beliau dan keluarga. Yang wat aku terpikir adalah tentang betapa Malaysia ni berkali-kali baik keadaannya berbanding negara lain di luar sana.

3. Even keadaan politik kita agak kelam kabut kebelakangan ni, tapi peralihan kuasa masih berjalan dengan aman. Kita lihat jiran terdekat kita, Thailand. Even dah ade PM baru, tapi skang masih huru hara suruh desak PM Thai tu letak jawatan. Kat Malaysia ni sekadar kuar retorik2 politik je pun antara kerajaan dan pembangkang.

4. Biasa la tu, da nama pun pembangkang, mestilah tidak setuju Datuk Sri Najib jadi PM kerana katanya beliau banyak skandal yang masih belum dibersihkan. Kalu setuju je semuanya dengan kerajaan, tu penyokong bukan pembangkang namanya. Betul kn?

5. Ok, next thing is ape yang PM sarankan kepada pihak media. Jujur dan adil dalam menjalankan tugas. Jujur ke? Dan yang paling penting ADIL ke? Aku rasa masing2 ada pendapat masing2.

6. Tapi pada aku, aku amik contoh TV3. Dalam membuat liputan kempen pilihanraya, adakah TV3 berlaku adil kepada semua calon? Adil ke kalau hanya yang baik semuanya hanya tertumpu pada seorang calon sahaja dan calon lain semua berita buruk2 belaka? Ini ke prinsip keadilan yang dimaksudkan?

7. Kadang aku rasa sedih dengan apa yang berlaku. Sampai bila keadaan ni akan berterusan. Betul la kata penganalisis politik yang majoriti golongan muda menolak kerajaan yang memerintah. Ini kerana golongan muda ni mendapat sumber maklumat dan berita terus dari internet.

8. Dengan akal dan fikiran orang muda yang matang, mereka dapat nilai sendiri yang mana satu yang betul. Skang bukan lagi zaman nak berkempen dengan cara yang tidak adil tu, semakin banyak saluran untuk rakyat dapatkan berita yang sebenarnya.

9. Sekrang keputusannya telah pun diketahui. Ketiga-tiga DUN/Parlimen masih dipegang oleh calon dari parti terdahulu. Tapi yang aku rasa paling menarik perhatian adalah di Parlimen Bukit Gantang yang mana menyaksikan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin bertanding dan telah menang dengan majoriti yang lebih berbanding PRU ke-12 dulu.

10. Apa2 pun. Tahniah juga kepada calon BN di Batang Air dan Calon PKR di Bukit Selambau. So sekarang ni kita akan melihat berbagai-bagai komen dan ulasan dari semua pihak terutama yang menang dan kalah. Korang suma da bijak pandai kan? So nilai la sendiri ya. Apa yang korang nak percaya, tu pilihan diri sendiri.

11. Oh ya, kepada sape yang baca blog ni, tima kasih byk2. Juz nk mintak tolong satu pkara je, korang rasa apa isu atau perkara yang menarik untuk aku ceritakan ya? Juz nak dapatkan feedback je sebabnya kang kalu asik citer pasal kehidupan sndiri, orang meluat pulak kn? So, tolong ek...

12. K la, da lewat ni. Sok keje lak. Insyallah kalu sok keje siap cepat, leh aku update lagi. Jumpa lagi ya.

Sekian, wassalam.

Setelah lama menyepi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

1. Lama rasanya dah tak update blog ni. Tq kat jamil sebab sound aku. Hahahaha.. Dulu duduk UMP leh la tiap-tiap ari update, tapi skang suasana dah lain. Jamil, ko tunggu la sok da keje. Hehehe... Tapi aku yakin, ko tetap leh konsisten.

2. Sedikit perkembangan pasal diri aku yang boleh dikongsi bersama. Pertamanya, Alhamdulillah sekarang aku sudah pun berkerja. Mula 1 April lepas. Masih lagi staff AJP, tapi aku dihantar ke Strength Electrical Sdn. Bhd untuk satu tempoh yang telah dipersetujui. Strength ni kontraktor elektrik.

3. Sebab aku dihantar kat sini adalah untuk memberi pendedahan secara terus macam mana satu-satu projek tu berjalan dan peluang lebih terbuka untuk sentiasa ke site. Ofis aku skarang kat Batu Caves jer, lagi dekat dengan umah. Keje kat Strength, tapi gaji AJP yang bayar. Hahaha...

4. So kat sini aku da mula familiar dengan dokumen-dokumen yang berkaitan dan semakin banyak ilmu tentang cost dan prosedur. Yang bestnya, staff kat sini sama macam AJP, sangat supportive kepada staf yang baru. Dan paling best, bos aku kat sini iaitu Mr. Khor Hoe Chuan sangatlah stylo dan BEST! Kalu nak tau kenapa, korang sms la aku. Hahaha..

5. Tapi yang kureng bestnya, AKU KENA KERJA HARI SABTU! Giler ar, tak pernah2 aku kerja ari sabtu, ttba kena lak. Tapi xpela, suma ni dugaan la kn?? (Mesti ada yang lepas baca ni gelakkan aku!) Tapi keja sabtu pun, separuh ari je la.

6. Then lepas ni, berdasarkan projek2 semasa, aku dapat bayangkan hidup aku pasni akan 'melancong' ke sana ke mari. Raub la, Sg. Petani la, Rawang lg, Dan tender2 yang baru masuk, sumanya jauh2 gak. Xpe2, best tuh!!

7. Tapi suma yang akan berlaku tu, aku yakin akan memberi kebaikan kepada diri aku gak. At least, aku still lagi ada benda untuk dibuat selepas tamat LI. Aku dengar2, ada kawan2 aku yang still lagi 'berehat' selepas tamat LI. Kiranya aku ni sedikit bernasib baik dari mereka. Syukur atas nikmat Allah.

8. Bila da kerja ni, tetiba lak datang rasa rajin nak belajar. Aku dok terpikir2 gak untuk sambung MASTER. Baca je newspaper, banyak peluang2 untuk sambung wat Master ditawarkan dek kesan Bajet Mini yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak. Tapi terdetik gak untuk teruskan kerja sebab bukan mudah nk dapat peluang kerja sekarang ni.

9. Ah, aku mula rasa berbelah bagi. Aku rasa yang terbaik aku cuba dapatkan sebanyak mungkin pendapat dari mereka yang mungkin pernah lalui atau lagi arif tentang perkara tu. Korang doalah aku dipermudahkan segala yang akan aku lalui. Amin...

10. Cabaran aku pulak lepas ni adalah nak wat rumusan den keputusan yang terbaik lepas dengar pendapat2 orang lain. Susah tuh. Lepas orang ni ckap cmni, aku rasa nak yang ni. Then lepas ade yang ckap mcm lain, aku nak pulak bnda yang lain. Muahahha...Manusia tak pernah puas!

11. Insyallah, dengan sokongan mak abah aku, satu masa aku akan dapat mana yang terbaik untuk diri aku. Korang suma pun try yang terbaik untuk diri sendiri. Kepada yang masih belajar, teruskan belajar sebaiknya, dan make sure ada perancangan yang terbaik untuk diri sendiri. Anda semua akan lalui waktu yang aku lalui ni cuma bezanya cara kita hadapi dan lalui cabaran ni.

12. Apa2 pun, ayuh kita teruskan berdoa dan berusaha untuk capai yang sebaiknya. Semua manusia sama sahaja kemampuan diri, bezanya usaha dan ikhtiar untuk mencapai apa yang dihajati.

13. Sekian dahulu untuk kali ni. Insyallah pasni jumpa lagi ya.

(P/s : Pasal PPSMI tu aku still ingat lagi, juz tnggu masa yang sesuai jer. Skang tgh panas dgn isu lain. Hehehe....)

Wassalam..